CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 22, 2008

RenunGkanLah...





Assalamualaikum kembali kita sekali lagi. Hm, hari demi hari, kita semakin enak di buai mimpi indahkan? Setiap hari, kita akan memasang cita-cita dan impian baru dengan harapan semua itu akan menjadi suatu kenyataan pada suatu hari nanti.
Namun tanpa kita sedari kita semua telah melupakan satu hakikat hakiki, satu hakikat yang pasti, di mana kita semua tidak akan dapat melarikan diri kita iaitu hakikat penciptaan manusia di muka bumi ini.


Pengalaman saya semasa bercerita dengan seorang rakan, kami memang selalu bertanya khabar. Pada suatu hari, saya telah menyoal rakan saya ini tentang bagaimana kehidupannya sekarang, malah jawapan yang diberikan adalah, hidup terasa tidak bermakna. Katanya dia seolah-olah sudah bosan dengan kehidupannya.
Jadi persoalan yang ingin saya timbulkan hari ini adalah, kenapa kita sampai boleh bosan dengan kehidupan kita di dunia ini? Walhal di dalam Al-Quran banyak menyebut bagaimana keadaan orang-orang yang banyak berbuat dosa.
Mereka selalu berkeinginan untuk kembali semula ke dunia kerana mereka ingin bertaubat dan beramal soleh.




So, yang paling saya hairan sangat ni, macam mana sampai kita bosan pula? Padahal Allag s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah tentang penciptaan khalifah di muka bumi.
Bagaimana pada waktu itu para malaikat membantah kerana memikirkan manusia ini hanya akan mendatangkan kerosakan dan kemusnahan kepada bumi. Namun Allah s.w.t sesungguhnya lebih mengetahui apa yang dibuat.
Jadi, sebelum kita berasa bosan dengan kehidupan seharian kita, cuba kita fikir dan renungkan, adakah kita sudah mencapai tahap yang sepatutnya untuk bergelar seorang khalifah Allah di muka bumi ini?





semestinya jawapan kita adalah tidak. Jadi kenapa kita mahu berasa bosan dengan kehidupan walhal kita ini masih lagi tidak layak untuk bergelar khalifah Allah? Masih lagi kita ini sering lupa kepadaNya, masih lagi kita melakukan dosa dan maksiat kepadaNya, kita masih lagi mensia-siakan kepintaran yang dianugerahkan olehNya.
Semua itu menunjukkan kita masih lagi perlu berusaha untuk menjadikan diri kita sebaik mungkin. Selagi mana kita mampu melangkah jauh teruskan melangkah dan jangan berpaling ke belakang. Masa lalu adalah sesuatu yang pasti tak akan kembali lagi, hari ini merupakan realiti yang perlu kita hadapi, dan masa hadapan itu pula sesuatu ilusi yang masih tak pasti.
Jadi, sama-samalah kita menyusun langkah sebaiknya agar kita tidak terjatuh buat kesekian kalinya..


Pernahkah kita memikirkan penciptaan pelangi yang menunjukkan kekuasaan Ilahi walau pun kita sering memuji keindahannya?? Fikirkanlah...









0 comments: