CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 15, 2008

There's No Turning BACK!!!







Ya!! Bertemu lagi kita di dalam blog yang sederhana meriah ini. Saya tahu walaupun feed back yang saya dapat tidak begitu memberansangkan namun ramai yang menatap dan membaca blog ini. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua kerana tanpa anda, saya tetap diri saya dan kerana anda saya masih lagi tetap diri saya..hehe..Itu sebenarnya nak buat lawak akan tetapi, tak tahulah anda semua gelak ke tidak. Kalau anda gelak, alhamdulillah, bermakna anda telah menceriakan hari anda dengan warna-warni kehidupan. kalau anda tak gelak pula, bererti anda sengaja memudarkan hidup anda yang sememangnya tak berwarna. Hehe..tu dah ramai yang cuba menggelakkan diri mereka sendiri. Tepukan untuk diri anda semua.

NO TURNING BACK??!!

Sengaja saya pilih tajuk ini. Untuk sama-sama kita ambil pengajaran yang berguna. So apa yang saya nak ulas untuk kali ini? Maksud tajuk ini ialah, tiada jalan untuk kembali. Kalau pembaca semua suka menonton filem-filem action, kata-kata ini biasa dilafazkan. Menunjukkan mereka perlu teruskan juga apa yang telah mereka buat. Jadi apa yang ingin saya terangkan di sini ialah, bagi setiap masalah dalam hidup kita ini, semestinya ada jalan untuk kembali. Kalau tidak, takkanlah orang tua-tua pernah berkata," sesat di tengah jalan, kembali ke pangkal jalan." Ye ke tidak? Ini bermaksud kita sentiasa mempunyai ruang dan waktu untuk bertaubat. Jika kita singkap perjalanan sirah Nabi s.a.w, kita akan temui hadis yang mengatakan Nabi s.a.w dalam sehari akan memohon keampunan daripada Allah melebihi 70 kali, atau seperti yang terdapat dalam hadis sohih. Jadi bayangkanlah, jika Nabi s.a.w yang bertaraf maksum dan dijanjikan oleh Allah s.w.t syurga pun berbuat demikian, cuba kita fikir kita ini siapa di hadapan Allah s.w.t.


So, sementara pintu taubat masih lagi di buka, sewaktu kita masih lagi boleh bernafas, gunakan kesempatan ini untuk bertaubat.
Walau sebanyak mana pun dosa yang pernah kita lakukan, walau sebanyak mana sekali pun kesalahan dan kesilapan yang telah kita buat, walau jatuh berkali-kali ke lembah maksiat, teruskan bertaubat dan bertaubat kerana sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan, ialah mereka yang selalu bertaubat.

Walau pun sejarah hidup kita umpama jalan raya yang bersimpang siur, bagai ular dipalu,kita semua masih lagi berpeluang untuk bertaubat. Malah, Allah amat menyukai mereka yang suka bertaubat. We still have our chance.





Sujudlah kepadaNya, mohon keampunan sebanyak mungkin. Jangan hiraukan apa kata orang lain kerana ini semua untuk diri kita kelak. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari pula. Kelak, walau mengalir air mata darah sekali pun, kita tidak akan dapat kembali ke dunia. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah As-sajdah," dan jika kamu melihat apabila orang-orang yang bersalah menundukkan kepalanya di sisi tuhanmu lalu mereka berkata," wahai tuhan kami, kami telah melihat, dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan beramal soleh dan sesungguhnya kami berasa amat yakin."



Dalam ayat tersebut, Allah menceritakan saat dimana orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka lalu memohon kepada Allah agar mereka dihidupkan kembali kerana mereka telah melihat dan mendengar semua janji yang telah Allah janjikan kepada mereka iaitu azab api neraka. Namun, ianya mustahil untuk berlaku para pembaca yang budiman sekalian. Yakinlah, kita semua akan kembali kepadanya. Teguhkan iman kita, yakini syahadah yang telah kita ucapkan.



Allah banyak berfirman di dalam Al-Quran tentang kehidupan dunia yang hanya sementara cuma. Tidak akan kekal. Ia hanyalah tempat bagi hambanya menyediakan bekalan untuk kehidupan abadi kelak. Jadi, mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mengejar yang sementara walhal yang abadi kekal berada di hadapan mata?




1 comments:

skatype said...

bertemu kiter kmbali.
segeralah bertaubat.
smntara masih ad waktu.,
haha,
xgtue ustaz.
bler nk komen my blog??