CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 2, 2009

dont think you are,know you are..

Ramai manusia yang sering kali berfikir mereka boleh. Berfikir yang mereka mampu,sedang jauh di dalam diri mereka, mereka sendiri tak yakin dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka masih lagi meragui kemampuan mereka sendiri. Seringkali, apabila duduk termenung, berbagai soalan negatif muncul di benak mereka.

Dan mereka yang pada mulanya berfikir mereka mampu melakukannya, akhirnya mula goyah. Mula menjadi gerun dan takut. Takut pada sesuatu yang mereka sendiri ciptakan. Takut kepada matlamat mereka yang mungkin agak terlalu tinggi. Walhal,mereka belum lagi mencuba. belum lagi mereka menjejakkan kaki untuk cuba menggapai cita-cita mereka. Mereka terus mengubah pendirian, dan memilih cara yang kurang berisiko, serta melupakan apa yang mereka impikan suatu masa dahulu.

Ketika mereka mula berfikir mereka tidak mampu melakukannya, mereka telah menjadi orang-orang yang kalah. ya,kalah. Mengapa? ini kerana, mereka umpama seorang manusia yang berdiri di hadapan sebuah gunung. Dari kejauhan mereka melihat gunung tersebut begitu rendah dan percaya yang mereka mampu untuk menawan puncak gunung itu. Pabila mereka benar-benar berada di hadapan gunung tersebut, melihat kepada ketinggiannya, mereka terus takut dan membatalkan niat mereka.

walhal, mereka tahu, mereka belum lagi mencuba. Belum lagi berusaha. Padahal, telah ada manusia lain yang berjaya menawan gunung tersebut. Lihat? Jika pernah ada manusia yang berjaya dan mampu berbuat sedemikian, mengapa mereka tidak mampu?

Semuanya adalah kerana apa yang mereka fikirkan. Ya, semuanya bergantung kepada minda kita. Mindalah yang mengawal segala pergerakan tubuh kita. Jika kita bersungguh-sungguh memikirkan yang kita mampu, maka, untuk saat itu, kita benar-benar mampu.

Pernahkan kita dengar cerita seorang lelaki, yang lari dikejar anjing,lalu ketika sedang berlari itu,ada pula di hadapannya sebuah pagar yang agak tinggi. Tak pernah dalam hidupnya melompat pagar setinggi itu. Tapi ketika itu, mindanya mengatakan dia "boleh!" dan akhirnya, dengan mudah dia boleh melepasi pagar tersebut.

Pabila dicuba sekali lagi untuk melompat dalam keadaan biasa, kelihatan lelaki itu tidak mampu.

Lihat perbezaannya. Bagaimana kuasa minda memainkan peranan yang penting dalam menjana kejayaan dalam kehidupan kita.

suatu dialog yang amat saya gemari ketika menonton filem Matrix dahulu,

"dont think you are, know you are"

"Jangan fikir kamu boleh,ketahuilah yang kamu boleh!"

Saturday, November 14, 2009

Antara wang dan redaNya..

ok! hari ini kita bercakap pasal duit! Petang tadi,seusai membaca sebuah buku,saya agak kagum dengan apa yang diperbincangkan dalam buku itu. Penulisnya menekankan cara-cara untuk kita menguruskan duit.

Tidak dinafikan,duit merupakan satu benda yang amat penting dalam kehidupan kita sekarang ini. Namun,kebahagiaan sebenar tak terletak pada duit itu sendiri. Duit itu hanyalah medium yang dicipta untuk memudahkan transaksi antara manusia.

Kalau kita renungi balik,zaman dahulu,manusia memulakan transaksi dengan menggunakan sistem barter. Kemudian diikuti dengan kulit kerang,lalu berevolusi menjadi emas,perak dan akhirnya pada hari ini,manusia menggunakan wang atau duit untuk memudahkan transaksi.

Namun,lama kelamaan, medium yang dicipta untuk memudahkan transaksi itu akhirnya disalah anggap sebagai erti kebahagiaan yang sebenar di dunia ini. Disitulah bermulanya satu kesilapan besar manusia.

Manusia perlu sedar,wang tidak menjanjikan apa-apa. Sebab itu,selalu kita lihat si miskin mampu tersenyum walhal dia tidak mempunyai wang yang cukup,manakala si kaya yang mempunyai harta melimpah ruah,namun tak merasa apa-apa dengan kekayaan dan kemewahannya itu.

Lihat,dari situ kita sudah dapat menangkis tanggapan wang sebagai kebahagiaan. Banyak duit tak bermakna kita akan bahagia.Tak ada duit juga tak bermakna kita akan bermuram durja.

Jadi,di mana hendak kita cari kebahagiaan itu?

Semua kebahagiaan itu datangnya daripada Allah s.w.t. Maka,jika kita mahukan kebahagiaan, mintalah kepadaNya.

Umpamanya,kita mahukan kereta,maka kita perlu pergi ke kedai yang menjual kereta. Tidak ada kedai runcit yang menjual kereta kecuali kereta mainan sahaja.

Lihat,sesuatu itu perlulah di cari di tempat yang seharusnya.

Maka,dalam mengejar harta dunia itu, kita sertakan niat untuk mencari redaNya. Nescaya kita akan mendapat keduanya. Maka,ketika itu,kita akan menjadi golongan yang berjaya.

Apabila kita mengejar dunia, maka kelihatan seolah-olah dunia itu semakin menjauh dari kita,namun bila kita kejar akhirat,dunia itu sendiri yang akan datang kepada kita. Bak kata orang putih,"killing two birds with one stone".

Inilah yang dikatakan pelaburan yang bijak. Menggunakan satu cara untuk mendapatkan dua benda. Namun,satu benda itu tak dapat kita lihat pada hari ini,ianya sebagai bekalan di hari esok. Sebab itulah,kita perlu benar-benar yakin.

Kebanyakkan manusia hari ini, mereka percaya namun tidak yakin. Mereka percaya akan mati,namun mereka tidak yakin. Mereka percaya macam-macam lagi, namun mereka masih lagi tidak yakin. Kerana itulah kita lihat mereka tidak membuat persediaan apa-apa.

Jadi,kesimpulannya janganlah kita jadikan wang itu sebagai raja,namun jadikanlah ia sebagai hamba kita dalam usaha kita mencari reda Ilahi di dunia ini.

Friday, November 13, 2009

Fenomena sekarang

Fenomena sekarang,manusia menjadikan diri mereka robot tanpa mereka sedari. Walaupun mereka berkali-kali menafikan perkara tersebut, namun hari semakin hari, mereka cenderung berubah menjadi robot. Robot-robot yang hanya melakukan perkara lazim bagi mereka. Robot-robot yang cuba menggembirakan diri mereka dengan kenikmatan dunia bila mereka rasa sunyi. Dan mereka dengan penuh hati mengatakan itulah kehidupan mereka. Teringat kata kawan dahulu. Memang benar, manusia sekarang memang sudah jadi robot.

Apa yang mereka fikir cuma pasal kehidupan mereka. Bangun pagi, kerja. Habis kerja, pulang dan tidur. Esoknya, perkara yang sama mereka ulangi. Kadang kala sampai suatu ketika, rasa kekosongan mula membejat di jiwa mereka. Ketika itu, mereka cuba mencari pengisian dengan kegembiraan yang dibuat-buat oleh mereka. Faham?

Bila kita buat sesuatu yang tak sama dengan apa yang kita mahu, secara otomatik, benda tu tak akan memberikan kita kepuasan. Malah, ianya hanya akan memenatkan kita. Akhirnya, kita akan rasa tiada makna kehidupan kita di dunia ini.

Sebagaimana sabda Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W," aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang mana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan tersesat di dunia, untuk selama-lamanya, kitab alquran dan sunnah rasulNya" *atau sebagaimana sabda Nabi S.A.W.

Lihat? Jalan penyelesaiannya sudah ada di depan kita.

Umpamanya, kita sedang duduk di meja makan. Ubat sudah tersedia di hadapan bersama segelas air. Apa yang perlu kita lakukan cuma makan ubat tersebut.

Jadi,bila kita dah tahu jalan penyelesaian untuk masalah kita itu, bersegeralah buat apa yang perlu untuk menyelesaikannya.

Dalam hal keduniaan ni, tidak boleh tidak, kita kena kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Barulah hidup kita terselamat dan bahagia.

Bahagia yang sebenar-benar bahagia kali ini...
Bukan yang dusta apatah lagi nista..

Thursday, September 17, 2009

Suatu ketika,dengarlah kata hati kita

Kadangkala, apabila kita sedang hanyut dibawa arus keindahan duniawi
kita seolah-olah lupa asal usul kita, semuanya kita lakukan
semuanya terasa kekal abadi
lalu, tiba-tiba macam ada satu suara, berbunyi halus
mahu mengingatkan kita.

dan ketika kita dengar suara itu, kita cuba buat-buat tak dengar. Kita cuba buat-buat tak endah. masa tu, maknanya kita telah memilih untuk tidak kembali ke jalan yang benar.

Suara yang kita dengar tu, adalah suara hati kita. Suara hati?? Ya, suara hati.
hakikat kejadian manusia ini, diciptakan manusia dengan suka kepada benda-benda yang baik. tu sifat manusia. Semua manusia sukakan benda-benda yang baik. Tak ada manusia yang suka benda-benda yang jahat atau kotor.

Andai diberi pilihan antara baju baru yang harum dengan baju buruk yang busuk, mesti semua manusia normal akan pilih baju baru yang harum tu. Begitulah hati manusia. Ketika mana manusia tersalah langkah dalam menjalani kehidupan, hatinya akan bagitau, "ini salah! itu salah!"

namun, kenapa ada juga manusia yang tidak merasa bersalah walhal hati mereka sudah bagitau benda tu salah?

Sebab, sekali kita ingkar kata hati kita tu, maka, kesensitifan hati kita mula berkurang. Begitulah ia seterusnya jika kita terus menidakkan kata hati kita. Akhirnya, hati kita akan mati dan tak berguna lagi untuk memimpin perjalanan kita ini.

Kerana itulah,banyak kita dengar, orang-orang yang terus-terusan membangkang, terus melawan, walhal mereka tahu mereka salah.

Maka, gunakanlah peluang ini. Muhasabah diri kita. Renung segala kejadian alam. Moga-moga hati kita akan hidup kembali.



InsyaAllah~

Thursday, August 27, 2009

Sewaktu aku keletihan,dia masih cekal...

Pernah tak kita terjumpa sesuatu yang mengagumkan kita? Semestinya pernahkan. Jadi kali ini,saya mahu berkongsi pengalaman saya,yang saya rasa agak mengagumkan dan menyebabkan saya terasa agak kerdil.

Suatu ketika di bulan terawih,saya seperti biasa pergi ke masjid untuk solat terawih. Disebabkan keletihan yang agak luar biasa pada hari itu,sehabis lapan rakaat,saya segera bersolat witir lalu bersandar keletihan di tiang masjid dengan harapan untuk mendapatkan rehat.

Sambil bersandar keletihan,telinga saya asyik mendengar alunan bacaan ayat-ayat Quran oleh imam. Tatkala itu juga,saya melilaukan pandangan mata ke arah jemaah dan kawasan sekitar masjid.

Pada mulanya,tiada apa yang menarik untuk dijamah oleh mata ini melainkan keindahan seni khat yang dipamerkan di dinding-dinding masjid,juga seni reka dalaman masjid yang agak grand dan kelihatan mendamaikan. Kesejukan pendingin hawa juga amat menyamankan diri saya.

Ketika mata hendak mula tertutup,saya terpandang seorang anak kecil. Beliau berdiri agak jauh dari jemaah lain kerana beliau tak cukup umur lagi. Dan saya lihat,budak kecil ini begitu tabah mengikut solat terawih tersebut,walhal ramai kanak-kanak yang sebaya dengannya sedang asyik bermain dan bergurau senda.

Kejadian ini tiba-tiba merembeskan kembali adrenalin saya lalu mencelikkan mata,mengaktifkan kembali neuron-neuron otak lantas saya mula berfikir. Betapa kesungguhan budak ini dalam beribadat kepada Allah s.w.t.

Teringat kisah yang pernah saya baca suatu ketika dahulu bagaimana seorang budak yang melihat seorang tua menghidupkan api. Si tua itu memasukkan kayu api yang kecil-kecil dahulu sebelum memasukkan yang besar. Tiba-tiba,anak kecil itu menangis. Maka bertanyalah si tua itu kepada si kecil mengapakah dia menangis. Lantas dijawab,"engkau menghidupkan api tersebut dengan membakar kayu-kayu yang kecil dahulu sebelum yang besar,aku takut jika di akhirat kelak,Allah s.w.t membakar aku dahulu."

Alangkah indahnya jika kita juga memiliki rasa ketakutan seperti itu. Rasa takut yang akan membuatkan kita sentiasa mengumpul bekalan untuk perjalanan kita kelak. Rasa takut yang membuatkan kita sedar bahawasanya kehidupan ini sementara cuma. Rasa takut yang sentiasa membuatkan kita tidak alpa dan leka akan matlamat penciptaan kita ke dunia ini.

Sentiasa kita ini dilalaikan dengan semua keindahan dunia ini,kita disibukkan dengan segala kerja dunia,hingga kita melupakan tujuan kita yang sebenarnya.


Ya Allah,janganlah engkau golongkan kami dari golongan yang melupakan Mu ya Allah....


Monday, July 27, 2009

itu mahu,ini mahu dan??

"aku mahu berjaya dalam periksa kali ni!"

"aku akan study betul-betul!"

"aku akan belanja duit aku sebaik mungkin!"

"aku nak jadi yang terbaik!"

"aku tak mahu gagal!"


Kita sering kali berazam macam ni. Kita fikir,kita ulang-ulang,kita ingat,namun jarang sekali kita dapati semua yang kita azamkan ini terjadi.

Mengapa? Adakah azam kita tak cukup baik? Azam kita tak cukup sempurna?
Atau mungkin jugak kita hanya sekadar berazam?

Ya! Semua benda yang kita azamkan sebenarnya tak musthil untuk kita capai,namun ianya akan jadi mustahil andaikata kita hanya menanam azam di hati. Macam mana nak ada output kalau tiada inputnya? Macam mana lampu nak menyala andai suis tidak dipetik? Macam mana kereta nak bergerak kalau enjin tak dihidupkan?

Begitu juga dengan kita. Apa yang kita azamkan hanyalah sekadar sebuah ilusi dan medium yang sedang menanti untuk kita jadikan realiti.

Sebuah ilusi tanpa usaha untuk merealitikannya akan kekal menjadi ilusi dan akan mati ditelan waktu yang berlalu. Namun sebuah ilusi yang disertakan dengan usaha untuk merealisasikannya,akan bertukar menjadi sebuah benda yang benar-benar dapat dinikmati hasilnya.

Kita telah berilusi,kita telah berfantasi,kta juga telah cuba mengukir mimpi namun bilakah masa yang sesuai untuk merealisasikannya?


Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr

"Demi masa,Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nsihat-menasihati supaya mentaati kesabaran"

Thursday, July 23, 2009

Disebalik seketul ayam goreng...

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Haikal memicit-micit kepala yang terasa agak pening. Matanya dipejam celikkan,untuk menghilangkan lenguh retina. Nafas dihela perlahan. Kedengaran dengusan kepenatan. "kruuukk" "aduh,lapar la pula".

Tanpa membuang masa,pantas dia bingkas menuju ke pintu bilik. Langkah di atur menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Tangannya mencapai seketul ayam goreng segera yang masih bersisa. Suis microwave dipetik. Kemudian,haikal sabar menanti ayam goreng tersebut siap dipanaskan.

Sambil menanti,matanya merenung jarum jam yang tidak jemu-jemu bergerak. "ting!"
Bingkas dia bangun mengambil makanan. Tanpa membuang masa,tangannya segera mencubit isi ayam tersebut walau pun dia tahu ianya sedang panas.

"aduh!!" segera ayam itu dilepaskan. Jarinya ditiup-tiup. Kepanasan yang amat menyakitkan.
Tiba-tiba,dia berfikir,andai sahaja panas ayam ini pun dia tak tahan,inikan pula panas api neraka yang membara.

Dan ketika itulah,dia mula sedar. Hikmah di sebalik kejadian dalam kehidupan insan. Allah s.w.t amat menyayangi hamba-hambanya. Dia sentiasa memberikan amaran dan peringatan kepada hamba-hambaNya,hanya saja,hamba-hambaNya yang buta daripada peringatan yang diberikan..

Andai sahaja kita tak leka tatkala semua peringatan kepada kita tiba....ye tak? Semua yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya ada hikmahnya. Mungkin hari ini,kita diberi pilihan sama ada mahu makan nasi ayam atau bubur ayam. Apabila kita memilih nasi ayam,mesti ada hikmahnya. Mungkin bubur itu akan mendatangkan penyakit kepada kita?

Pernahkah kita terfikir,mengapa kita menyimpan sesuatu barang untuk sesuatu tempoh yang lama,namun tak pernah kita gunakan?

Sebagai contoh,saya mempunyai dua handphone. Hp A dan hp B. saya menggunakan Hp A. Hp B pula saya simpan tanpa menggunakannya. Saya sendiri tak tahu kenapa,namun saya berfikir,barangkali ada gunanya.

Setelah beberapa lama,barulah saya tahu,bahawa Hp B itu akan saya pinjamkan kepada kawan saya yang kehilangan hp nya.

Nampakkan?

Betapa kejadian atau insiden dalam kehidupan kita saling berkaitan antara satu sama lain.

Pernah juga berlaku kepada saya,saya membeli ubat stapler ketika SPM. Namun,tak saya gunakan sehingga la saya tahu,saya membelinya untuk digunakan di universiti nanti.

Manusia tak akan nampak semua ini,kerana kebanyakkannya hanya mengambil mudah perkara tersebut. "ala,kebetulan aje tu" namun,benarkah semua ini kebetulan? atau semuanya sudah tersurat?


Firman Allah dalam ayat 115 surah Al-Mukminun yang bermaksud : Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami

Wednesday, July 22, 2009

Apabila hatiku mula tertanya....

Aku merenung ke jendela..Melihat hujan yang turun lebat membasahi bumi. Entah mengapa hati keciku mula berkata-kata. Mengatur bicara yang tidak ku tahu asalnya dari mana. "kenapa akhir-akhir ni asyik hujan ek?"

Pernahkah anda semua berfikir? Menggunakan minda dan akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t? Atau selama ini,anda hanya membiarkan minda dan akal anda tersimpan berhabuk di telan zaman? Anda hanya mahu menelusuri kehidupan yang sementara ini tanpa memanfaatkan anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t?

Jika benar,maka anda memang suka disamakan dengan haiwan melata. Bayangkan,memiliki wajah yang kacak,cantik,namun taraf anda hanyalah seperti haiwan. Dimanakah kemuliaan anda sebagai seorang manusia?

Untuk itu para pembaca sekalian,gunakan minda,gunakan akal anda untuk merungkai masalah dalam kehidupan anda. "tapi saya tak ada benda nak fikir laa", mungkin ini jawapan anda,namun kadang kala,kita tak memerlukan sebarang masalah untuk menjana minda kita untuk berfikir..

Sebagai contoh,pengalaman saya,sewaktu melihat hujan yang turun.(Padahal kalau nak diikutkan,apalah sangat yang nak dihairankan dengan turunnya hujan,ya tak?)

Tiba-tiba saya terfikir,mungkinkah hujan yang sering kali turun ini adalah untuk menghilangkan jerebu yang sedang melanda? Mungkin ya,mungkin juga tidak. Tapi,apa yang penting,selagi mana anda dapat menggunakan akal anda unntuk berfikir,maka anda telah melakukan kebaikan dengan pemberian kurniaan Allah s.w.t.

At least,tidak anda biarkan ia berhabuk begitu saja. Cabar minda dan akal kita. Uji ia dan gunakan sehingga tahap yang maksimum. Renung kejadian dalam kehidupan kita then relate kan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Maka,apabila kita berjaya berbuat begitu,InsyaAllah,jadilah kita ini,diantara orang-orang yang tahu erti bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t.


Allah s.w.t berfirman dalam surah al-A'raf ayat 179

“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka memiliki hati, tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”



Friday, May 29, 2009

Merenung~

Dalam kehidupan ini
semestinya kita perlu sentiasa merenungi sesuatu perkara itu
gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk mencari dan memahami
segala apa yang terjadi dalam sama ada
ianya berlaku dalam kehidupan kita,kehidupan sahabat kita
atau pun kehidupan orang lain.

Rebutlah peluang untuk berfikir ini
sementara waktu masih ada
gunakan ia untuk menambahkan rasa kesyukuran kita kepada Allah
tunjukkan yang kita ini bersyukur dapat kurniaannya
tunjukkan yang kita ini dapat dan mampu untuk menjadi
hamba Allah
yang mampu untuk dibanggakan dihadapan para malaikat kelak..

Ramai manusia yang mengambil perkara ini secara lewa
dan akhirnya mereka itu menjadi golongan yang serugi-ruginya.
Maka,bertimbunlah penyesalan datang menimpa-nimpa hati mereka
tatkala mana nikmat itu ditarik oleh Yang Maha Berkuasa.

Maka,nasihatku kepada kamu semua..
Jangan lepaskan peluang ini
sementara kita masih mempunyai masa,
berfikirlah..
renunglah.....
maka insyaAllah
kita akan menjadi orang yang berjaya~

Thursday, April 23, 2009

Sikap kita?

Hari ini kita melawat Pameran Buku Antarabangsa..Banyak buku-buku yang berjaya menarik minat kita untuk mendalaminya dengan lebih dalam,moga-moga dengan membaca dan menelaah isi kandungan buku tersebut,dapat juga kita sedikit ilmu yang cuba disampaikan oleh penulisnya. Kita pun dengan segera membayar harga buku tersebut,tanpa berfikir panjang. Maklumlah,bukannya duit itu digunakan untuk membelia barangan yang tak berfaedah,kan? Sewaktu hendak melangkah keluar,mata kita tertarik pula dengan sebuah buku di gerai yang berlainan.

Peristiwa yang sama berulang-ulang sehinggalah pabila kita pulang,berbuah-buah buku kita bawa pulang. Lalu dengan bangganya,kita letakkan buku-buku tersebut di rak buku, dengan harapan kita akan membacanya nanti. Malam itu,kita tidur dengan semangat,"esok,aku akan membaca buku tersebut."

Namun,esoknya,seperti biasa,kita disibukkan dengan berbagai pekerjaan,kita kembali kepada kehidupan normal kita. Malam itu,sekali lagi kita tidur dengan semangat yang sama.

Begitulah seterusnya sehinggalah debu-debu mula menebal dikulit buku tersebut,kertas yang mulanya putih sudah menjadi coklat kekuningan. Tulisan yang dahulunya pekat mula menjadi pudar dan semakin susah untuk dibaca. Akhirnya,kita memindahkan buku-buku tersebut ke dalam stor kerana kita telah membeli buku baru untuk dibaca. Begitulah nasib buku tersebut.

Dimana semua situasi ini saling berulang dan terus berulang selagi mana kita tidak mengubah sikap kita.

Niat kita membelanjakan wang membeli bahan bacaan yang berguna memang layak dipuji,namun apalah ertinya jika kita hanya membeli tanpa membacanya? Ilmu yang sepatutnya mampu mengenyangkan rohani kita akhirnya dibiarkan terperosok di dalam ruangan stor yang kelam.

Lebih baik kita membeli sebuah buku dan kita memanfaatkan isi kandungannya daripada kita membeli bagai nak rak,lalu semuanya kita simpan sahaja? Fikir-fikirkanlah..Apalah gunanya kita mempunyai sebuah perpustakaan dirumah yang buku-bukunya tak pernah disentuh? Lebih baik kita mempunyai sedikit sahaja buku,namun semua isi kandungannya sudah kita hayati dan fahami?

Bayangkanlah,berapa ramai manusia yang diberikan peluang untuk menuntut ilmu dan berapa ramai pula yang menggunakan peluang tersebut sebaiknya? Walhal,kita sering kali melihat mereka yang berasal dari golongan yang berpendapatan rendah yang sentiasa dahagakan. Walaupun diasak dengan berbagai cabaran,rintangan,mereka tetap cuba membina peluang demi memuaskan rohani mereka.

Mereka ini adalah golongan yang tiada perpustakaan dirumah,hendak membeli buku pun jarang-jarang mempunyai wang,namun mengapakah mereka ini kebanyakkannya lebih berilmu berbanding mereka yang ada library di rumah.

Dan apabila mereka sudah berilmu,secara otomatik darjat mereka diangkat oleh Allah s.w.t sebagaimana dalam firmanNya,"Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"(al-Mujadilah:11)

Renungkanlah
"adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tak mengetahui? Samakah orang yang berlari dengan berjalan? Samakah orang yang lapar dengan yang kenyang?"

Wednesday, March 4, 2009

Wanita 2

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca kali ini.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.

Kali ini
saya nak bawa pembaca semua merenung sekali lagi
tentang wanita
berkenaan dengan topik stongan atau dipanggil stoking tangan.

Zaman sekarang ini,semakin ramai wanita-wanita yang memakai baju tshirt lengan pendek,then mereka pun pakai stongan,kononnya untuk menutup aurat mereka. Its okay,tiada masalah jika mereka nak pakai macam itu.

Apa yang menjadi masalah ialah,stongan tersebut tu,bukan ke ketat sampai nampak bentuk lengan mereka?
Sedangkan,etika berpakaian untuk wanita dalam Islam,ialah supaya mereka tak menampakkan bentuk tubuh mereka kepada kaum adam. So,kalau kita tengok sekali imbas,memanglah nampak umpama menutup aurat,namun ianya tak dilakukan dengan cara yang betul.
Umpamanya,kita ni jadi robin hood. Ada keinginan nak membantu fakir miskin,tapi dengan cara merompak. Salah tetap salah walaupun niat kita tu baik.

So,di sini,saya menyeru kepada semua wanita-wanita diluar sana,agar menutup aurat mereka sebaik mungkin. Sebab, rata-rata wanita mengatakan,leceh nak pakai baju lengan panjangla,mudah sarung baju lengan pendek la,dan macam-macam lagi alasan lain yang mereka rasa munasabah dan boleh diterima.

Tapi ingat,sebelum kita ambil alasan tersebut,cuba renung sejenak,adakah Allah akan menerima alasan kita itu?

Tuesday, March 3, 2009

sorry~Wanita?

Salam
kembali lagi bertemu dengan saya
setelah lama tidak memberikan sedikit suntikan semangat kepada kita semua.
Mungkin Allah telah memberikan hidayah kepada diri penulis
untuk teruskan juga berdakwah dalam arena IT ini
walau pun terasa kemalasan sudah mula menguasai diri ini..

Jadi pada kali ini
penulis ingin membicarakan tentang wanita.Ya, seperti yang kita ketahui,wanita merupakan makhluk ciptaan Allah yang sentiasa disalah gunakan pada zaman moden yang semakin mencabar hari ke hari. Biasanya mereka boleh dilihat berpakaian seksi hanya untuk menjadi model iklan-iklan di televisyen. Begitu murah sekali harga diri mereka pada ketika ini.

Walaupun saya bukanlah tergolong dalam golongan yang bernama wanita,namun saya agak kesal dengan fenomena yang berlaku dewasa ini. Golongan wanita seolah-olah sudah menjadikan keseksian sebagai suatu gaya hidup yang wajib dan perlu dipatuhi untuk survive dalam dunia masa kini.

Tidakkah mereka sedar akan hakikat bahawasanya mereka itu masih lagi merupakan hamba Allah s.w.t? Lupakah mereka pada sunnah-sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W?
Kesal juga penulis apabila melihat golongan itu berjalan dikhalayak ramai dengan pakaian yang tidak seberapa cukup kainnya,namun tidak ada sekelumit rasa malu terpampang di wajah mereka,malah mereka kelihatan suka dan bangga apabila ada golongan lelaki yang bersiulan tatkala berselisih dengan mereka?

Bukanlah penulis ingin menuding jari,memberatkan bahu golongan wanita dengan mengatakan semua golongan wanita itu begitu,segelintir dari mereka masih lagi berpegang teguh dengan prinsip untuk menjaga aurat mereka dan tahniah penulis ucapkan kepada mereka. Semoga mereka semakin tabah dan kuat untuk meneruskan prinsip mereka dalam mengharungi hidup yang semakin hari semakin meliar ini.

Namun ada juga golongan yang bertudung,cuba menutup rambut,namun memakai baju ketat?
Aiyyo!! Apa ini? Sama macam tak pakai la!!!

Macam ni la,apa-apa pun,pastikan aurat kita terjaga. Maaf jika kali ini,penulis kurang menukilkan idea-idea yang memberansangkan dalam bentuk yang menarik untuk dibaca kerana sesuatu mengganggu fikiran penulis tatkala ini. So,segala puji bagi Allah s.w.t dan tiadalah hidayah itu melainkan daripadaNya sahaja..

wslm~

Sunday, January 25, 2009

Problems..

Salam diucapkan kepada semua pembaca..Penulis memohon maaf kerana lama tidak meng"update" blog disebabkan mempunyai sedikit masalah dari segi teknikal dan digital. Segala kesulitan amat dikesali..

Sunday, January 4, 2009

UpDATE..

Cerpen terbaru sedang dalam proses..harap bersabar!!

Adakah aku semakin lupa?

Assalamualaikum dijadikan pembuka bicara buat memulakan pertemuan kita untuk kali ini. Hm,entah kenapa kali ini rasa tandus pula kepala ingin memikirkan apa yang akan dicoretkan sebagai melepaskan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk berdakwah. Baiklah, kali ini saya ingin membawa para pembaca sekalian merenung perihal masa.
Masa merupakan sesuatu yang amat berharga buat kita. Jika seandainya masa itu tidak berharga, nescaya tiada wujudnya berbagai peribahasa yang selalu menceritakan akan kepentingan masa, betul tak? namun, jika kita fikirkan kembali, banyak mana masa yang telah kita bazirkan? Rasanya, saya sendiri pun sudah banyak membazirkan masa saya. Sekejap sahaja sudah berlalu setahun dan kita pula semakin tua meniti sisa usia kita. Seiring dengan itu pula, kita semakin lupa tanggungjawab kita dan kita pun menjadi lalai dan leka. Segala-galanya kita hanya lakukan untuk kehidupan duniawi semata. Makan, minum, pergaulan sesama manusia, semuanya kita lakukan seolah-olah kita ini tidak akan kembali kepada Allah s.w.t.

Walaupun kita sering mendengar berita tentang kematian yang menjemput tak kira tua atau muda, apa yang akan terlafaz dari mulut kita hanyalah, "innalillah wa inna ilaihi rajiun" tanpa ada sebarang perasaan takut di hati tatkala kita melafazkannya. Adakah kita menjadikan ia sebagai suatu adat semata? Sengaja kita lupakan asal usul kejadian kita? Rupanya, keindahan dunia yang sementara ini yang lebih kita mahukan? Tidakkah kita ini tergolong dalam golongan yang bodoh jika kita memilih kehidupan ini berbanding kehidupan kekal abadi kelak?

Fikir-fikirkan lah wahai saudara dan saudariku sekalian..Saya hanya mampu mengatur langkah menyusun bicara, namun andai tiada izin daripadaNya, tidaklah saudara atau pun saudari akan menerima hidayah. Maka selalulah berdoa kepada Allah, agar Dia mengurniakan hidayah kepada kita semua. Ingatlah, usia dunia ini sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Wahai saudara, wahai saudari, kembalilah kepda kebenaran! Sementara pintu taubat masih terbuka, ketika mentari masih terbit dari ufuk timur, bersegeralah kalian bertaubat. Saya berpesan kepada diri saya sendiri secara langsung dan kepada diri pembaca sekalian secara tidak langsung.
Imbas kembali perjuangan Nabi s.a.w dalam menyebarkan dakwah, kenangi keperitannya, bayangi penderitaannya, biarkan air mata kita ini mengalir mengenang dosa-dosa lalu, lazimkan bibir kia ini menyebut namaNya, ringankan kepala ini untuk bersujud kepadanya lantas permudahkanlah hati ini untuk mengingatiNya. Kita semua adalah pengembara yang hampir tiba di tempat pengembaraan kita. Sementara kita masih berhenti ini, kumpullah bekalan secukupnya untuk keperluan kita di hari kelak. Ya Allah, ampunilah dosa kami. Sesungguhnya kami ini orang-orang yang berdosa lagi lalai dan leka kepada Mu Ya Allah...Berikanlah kami cahay hidayah Ya Allah sepertimana yang telah engkau berikan kepada orang-orang yang soleh..Ameen..