tag:blogger.com,1999:blog-30975017903375220182024-03-14T13:03:37.754+08:00Nurun ala NUR...Sedamai hembusan bayu pagi,selembut zikir membasahi bibir,sederas air mata keinsafan mengalir,ku lajukan jemari ini menaip kata-kata,moga-moga selaras petunjuk dari Nya..ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.comBlogger26125tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-64304012796854171262010-03-08T13:15:00.001+08:002010-03-08T13:15:04.754+08:00Ranking ke-5 best speaker~hehehe
Salam,amboi dah lama rasanya aku tak update blog. Post yang kali ni pun terpaksa taip ketika ada masa je. Hm,minggu ni agak bz bahkan minggu yang akan dating lagi bz berbanding minggu ni. Minggu ni aku ada perlawanan debate English piala naib caunselor. Jadi sebab tak ada persediaan, terpaksa curi-curi masa nak berlatih. Namun apa yang agak malang,just sempat berbincang cari points untuk setiap motion je. Tak sempat nak latihan sparring. Jadi agak gelabah jugak la.

Debate ni lawan power match. Aku team dengan fawwaz,ratna n mardhiah. Hahaha! Hari first lawan, kena lawan 3 match. Second day kena fight 2 match.

First fight lawan dengan FEM B. Hehe,abang tu tergagap-gagap. Akhirnya Berjaya menang dengan margin 8. Then lawan kedua dengan FSU A. Sengit betul lawan. Tapi kalah margin 1. Then lawan sekali lagi, bertemu dengan FKP. Hehehehe. Yang ni menarik jugak lawan,menang margin 1. So total kemenangan hari ni two out of three.

Hari kedua,lawan dengan FEM A. Team GG! Hahahaha! Tapi kali ni aku reserve je.malas nak masuk. Sebab malas nak masuk,aku pun buat-buat alas an sakit perut. Mar ganti. Ok la performance beliau untuk seorang beginner, sebab juri pon boleh tahu yang dia first time debater. Menang margin 2.

Lepas tu,lawan sekali lagi kena lawan team tamhidi A. Hahahah! Jumpa geng sendiri. Ape lagi,makin syok nak berlawan bila tahu hakim dia guru-guru tamhidi jugak. Tapi malangnya match ni match silence. Tak tahu keputusan. So,x tahu sapa yang menang.heheh

Cukup2..tak boleh banyak2 tulis,nak buat akaun dulu.wslm~
ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-92040881985421562472010-02-28T10:25:00.004+08:002010-02-28T10:40:25.520+08:00Maksud tersirat di sebalik kejayaan ituAssalamualaikum sidang pembaca sekalian. Harapnya berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam usaha mencari rahmatNya di dunia ini. Kerana selaku pengembara di dunia ini, kita sentiasa memerlukan pertolongan dan hidayah daripadaNya.

Kali ini,saya ingin membincangkan tentang fenomena yang berlaku dalam kehidupan saya,mungkin juga telah berlaku di sekitar diri pembaca sendiri. Apa fenomena itu? Fenomena seorang manusia yang sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilakukannya. Seolah-olah tiada langsung pintu kegagalan dalam kehidupan beliau.

Setiap apa yang diceburi, dilakukan oleh beliau, sering kali mendapat kejayaan yang membanggakan sehinggakan jika dia gagal, manusia lain seolah-olah tak percaya dia gagal.

Jadi di sini,saya ingin membawa para pembaca kepada suatu persoalan,mengapakah beliau disogokkan dengan kejayaan yang melimpah ruah? Adakah ini secara kebetulan? Atau mungkin dek kerana usaha beliau yang berpenat lelah selama ini?

Sedar atau pun tidak, kita seringkali membandingkan diri kita dengan mereka yang terus terusan berjaya,sehingga kita mengeluh, mengapa mereka sering berjaya tanpa gagal. Seolah-olah mereka tidak diberikan ujian langsung dari Allah s.w.t.

Namun,sebenarnya ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada mereka lebih berat dan besar daripada kita. Tidakkah kita pernah terfikir, Allah memberikan kejayaan itu kepada mereka untuk menguji adakah mereka tahu dan pandai bersyukur? Adakah mereka akan menundukkan kepala mereka dikhalayak manusia? Adakah mereka mampu menghilangkan perasaan riak di hati?

Lihat,betapa beratnya ujian mereka. Dan ramai daripadanya yang telah kecundang. Masing-masing memandang kejayaan itu adalah disebabkan usaha mereka. Mereka lupa semua itu adalah dengan rahmat dan kehendakNya.

Jika tidak,mustahil ada manusia yang telah gigih berusaha,lantas tiba-tiba dia gagal?

Maka,marilah kita sama-sama merenung fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita,lantas kita analisis perkara itu,dalam usaha mencari tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. Moga-moga iman kita akan menjadi lebih tebal hari demi hari.

"lihatlah orang di bawahmu untuk mempelajari erti syukur,dan pandanglah orang di atasmu untuk mempelajari erti persaingan"

"Kunci pertama kepada kejayaan ialah percaya yang engkau boleh sebelum engkau mula melakukan sesuatu itu"ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-41828054352789258442010-02-02T21:31:00.001+08:002010-02-02T21:31:26.777+08:00Be Grateful For Those Little Things
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca.

Bagaimana kehidupan kita pada hari ini? Bertambah baik atau masih lagi di takuk lama? Harapnya segalanya menunjukkan kemajuan walau sedikit. Jika kita lihat sekeliling kita, semua benda semakin melangkah maju ke hadapan.

Tak faham? Ambil contoh mudah, masa demi masa, hari yang kita lalui semakin bertambah? Betulkan? Begitu juga usia kita, hari demi hari, ianya turut berubah. Jadi, adakah kita masih lagi mahu berada dan berkelakuan seperti mana ketika kita berumur 7 tahun? Adakah sekarang kita masih lagi memerlukan bantuan untuk berjalan? Adakah kita masih lagi memerlukan bantuan orang lain untuk makan?

Inilah perubahan yang perlu kita cari, perlu kita cipta, agar kita tidak berada di takuk lama. Jika semalam kita berzikir sekali,hari ini cuba pula kita buat dua kali. Tak salah bukan? Paling kurang, kita berjaya membezakan diri kita hari ini dan semalam.

Panjang pula penulis berceloteh di sini. Ok,mari kita kembali ke tajuk utama kita. Belajar mensyukuri nikmat-nikmat kecil.mungkin dalam arab boleh kita kata sebagai."assyukru bikulli syaik walau misla zarrah"

Kenapa penulis memilih tajuk ini?

Semuanya kerana ilham yang dating dari Allah s.w.t. Ketika penulis membaca Al-Quran petang tadi, penulis terbaca ayat yang menceritakan bagaimana seekor semut yang berkata kepada kaum semut agar berhati-hati supaya tidak dipijak tentera nabi Sulaiman.

Terdetik di hati penulis, selaku nabi, Nabi Sulaiman kelihatan begitu mensyukuri nikmat Allah. Lalu bagaimana kita selaku umat manusia biasa ini? Rasanya, begitu banyak sekali nikmat yang kita ambil mudah.Ketika adanya nikmat ini, kita tak hargai. Bila sudah tiada, baru kita merasa kepentingan dan bersyukurnya kita tatkala nikmat itu ada. Dalam English dipanggil take for granted.

Sebagai contoh,jika selama ini kita mempunyai kereta, kita tidak bersyukur sehinggalah kita kehilangan kereta tersebut. Contoh yang lebih mudah, kita mempunyai handphone,kita letak sewenang-wenangnya,dan apabila handphone kita hilang,barulah kita tersasar-sasar nak mencari. Masa itulah baru kita merasai, alangkah bersyukurnya kita ada kemudahan tersebut.

Kita semua lahir mempunyai ibu dan bapa. Banyak di antara rakan-rakan kita yang telah kehilangan ibu bapa mereka, namun Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk merasai kasih seorang ibu dan juga seorang bapa. Tapi kita selaku manusia yang bongkak dan angkuh, selalu menjuihkan mulut kita, seolah-olah tidak menghargai nikmat yang ada. Seringkali cemuhan terlafaz di mulut kita,ibu kita penyibuklah,bapa kita pemalaslah. Segala-galanya kita luahkan. Namun tak pernah sekali pun kita terasa bersyukur kerana di antara ramai-ramai manusia, kita adalah antara yang masih lagi mempunyai peluang untuk merasai semua nikmat itu.

Ketika mana kita masih lagi mempunyai pilihan,masih lagi mempunyai peluang,marilah sama-sama kita fikirkan,apa lagi nikmat-nikmat kecil yang sebenarnya besar, yang tidak kita lihat. Bersyukurlah dengan kehadiran nikmat-nikmat ini,sebelum ianya ditarik kembali oleh Allah s.w.t. Bak kata pepatah melayu,"menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna"

ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-16342026589572865192010-01-08T23:31:00.002+08:002010-01-08T23:50:25.935+08:00Jawatan dan pangkatSalam
bertemu lagi kita dalam ruangan blog yang berada di alam virtual ini. Walau pun mungkin kita saling tak mengenali antara satu sama lain, tapi ini tidak menghalang kita untuk saling ingat-mengingati bukan?

Kali ini,apa kata kita buka minda, kita kusutkan sedikit otak kita dengan satu persoalan lazim yang biasanya berlaku di kalangan kita sendiri.

Kita biasa mendengar orang menolak untuk di berikan jawatan yang tidak mendatangkan laba seperti jadi S/U, bendahari dan sebagainya.

Alasan mereka: tak mahu memikul amanah,bimbang tak mampu nak menjalankan tugas dengan baik. Ada juga yang mengatakan diri mereka tidak layak untuk menjalankan tugasan tersebut.

Cuba bayangkan jika semua manusia bersikap sedemikian, siapakah yang akan menjadi pendakwah? Siapakah yang akan berani menyuarakan kebenaran jika semua kita tak mahu memegang jawatan atau menjalankan amanah?

First sekali,kita kena fikir, bukan kita yang menilai siapa diri kita. Orang lain, bukan mudah-mudah mahu beri jawatan dan amanah pada kita. Sure mereka dah nampak potensi dalam diri kita. Jika kita tolak jawatan itu, dan jawatan itu terpaksa diberikan kepada manusia yang tidak layak, adakah kita sanggup melihat amanah itu terbengkalai akhirnya? tidakkah nanti wujud penyesalan dalam diri kita? Sedangkan kita tahu, andai kita yang menjalankannya, hasilnya akan lebih baik?

Persoalannya
wajarkah kita menolak jawatan tersebut?

Pada pandangan saya, tidak wajar. Ini kerana, jika perkara ini wajar dilakukan, nescaya Abu Bakar, Umar,Usman dan Ali akan menolak untuk menjadi Khalifah memandangkan tugas tersebut amatlah berat tanggungannya.

Jadi, cuba kita belajar dari sirah silam. Jika mereka tidak menolaknya, mengapa kita perlu? Sedangkan jika dibandingkan, amanah mereka lebih berat berbanding kita. Apalah sangat kerja bendahari atau setiausaha jika dibandingkan dengan memimpin kaum muslimin?

Fikir-fikirkanlah.ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-64410334538461262802009-12-02T13:21:00.002+08:002009-12-02T13:33:18.978+08:00dont think you are,know you are..Ramai manusia yang sering kali berfikir mereka boleh. Berfikir yang mereka mampu,sedang jauh di dalam diri mereka, mereka sendiri tak yakin dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka masih lagi meragui kemampuan mereka sendiri. Seringkali, apabila duduk termenung, berbagai soalan negatif muncul di benak mereka.

Dan mereka yang pada mulanya berfikir mereka mampu melakukannya, akhirnya mula goyah. Mula menjadi gerun dan takut. Takut pada sesuatu yang mereka sendiri ciptakan. Takut kepada matlamat mereka yang mungkin agak terlalu tinggi. Walhal,mereka belum lagi mencuba. belum lagi mereka menjejakkan kaki untuk cuba menggapai cita-cita mereka. Mereka terus mengubah pendirian, dan memilih cara yang kurang berisiko, serta melupakan apa yang mereka impikan suatu masa dahulu.

Ketika mereka mula berfikir mereka tidak mampu melakukannya, mereka telah menjadi orang-orang yang kalah. ya,kalah. Mengapa? ini kerana, mereka umpama seorang manusia yang berdiri di hadapan sebuah gunung. Dari kejauhan mereka melihat gunung tersebut begitu rendah dan percaya yang mereka mampu untuk menawan puncak gunung itu. Pabila mereka benar-benar berada di hadapan gunung tersebut, melihat kepada ketinggiannya, mereka terus takut dan membatalkan niat mereka.

walhal, mereka tahu, mereka belum lagi mencuba. Belum lagi berusaha. Padahal, telah ada manusia lain yang berjaya menawan gunung tersebut. Lihat? Jika pernah ada manusia yang berjaya dan mampu berbuat sedemikian, mengapa mereka tidak mampu?

Semuanya adalah kerana apa yang mereka fikirkan. Ya, semuanya bergantung kepada minda kita. Mindalah yang mengawal segala pergerakan tubuh kita. Jika kita bersungguh-sungguh memikirkan yang kita mampu, maka, untuk saat itu, kita benar-benar mampu.

Pernahkan kita dengar cerita seorang lelaki, yang lari dikejar anjing,lalu ketika sedang berlari itu,ada pula di hadapannya sebuah pagar yang agak tinggi. Tak pernah dalam hidupnya melompat pagar setinggi itu. Tapi ketika itu, mindanya mengatakan dia "boleh!" dan akhirnya, dengan mudah dia boleh melepasi pagar tersebut.

Pabila dicuba sekali lagi untuk melompat dalam keadaan biasa, kelihatan lelaki itu tidak mampu.

Lihat perbezaannya. Bagaimana kuasa minda memainkan peranan yang penting dalam menjana kejayaan dalam kehidupan kita.

suatu dialog yang amat saya gemari ketika menonton filem Matrix dahulu,

"dont think you are, know you are"

"Jangan fikir kamu boleh,ketahuilah yang kamu boleh!"ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-81060621683419980132009-11-14T20:56:00.002+08:002009-11-14T21:15:56.503+08:00Antara wang dan redaNya..ok! hari ini kita bercakap pasal duit! Petang tadi,seusai membaca sebuah buku,saya agak kagum dengan apa yang diperbincangkan dalam buku itu. Penulisnya menekankan cara-cara untuk kita menguruskan duit.

Tidak dinafikan,duit merupakan satu benda yang amat penting dalam kehidupan kita sekarang ini. Namun,kebahagiaan sebenar tak terletak pada duit itu sendiri. Duit itu hanyalah medium yang dicipta untuk memudahkan transaksi antara manusia.

Kalau kita renungi balik,zaman dahulu,manusia memulakan transaksi dengan menggunakan sistem barter. Kemudian diikuti dengan kulit kerang,lalu berevolusi menjadi emas,perak dan akhirnya pada hari ini,manusia menggunakan wang atau duit untuk memudahkan transaksi.

Namun,lama kelamaan, medium yang dicipta untuk memudahkan transaksi itu akhirnya disalah anggap sebagai erti kebahagiaan yang sebenar di dunia ini. Disitulah bermulanya satu kesilapan besar manusia.

Manusia perlu sedar,wang tidak menjanjikan apa-apa. Sebab itu,selalu kita lihat si miskin mampu tersenyum walhal dia tidak mempunyai wang yang cukup,manakala si kaya yang mempunyai harta melimpah ruah,namun tak merasa apa-apa dengan kekayaan dan kemewahannya itu.

Lihat,dari situ kita sudah dapat menangkis tanggapan wang sebagai kebahagiaan. Banyak duit tak bermakna kita akan bahagia.Tak ada duit juga tak bermakna kita akan bermuram durja.

Jadi,di mana hendak kita cari kebahagiaan itu?

Semua kebahagiaan itu datangnya daripada Allah s.w.t. Maka,jika kita mahukan kebahagiaan, mintalah kepadaNya.

Umpamanya,kita mahukan kereta,maka kita perlu pergi ke kedai yang menjual kereta. Tidak ada kedai runcit yang menjual kereta kecuali kereta mainan sahaja.

Lihat,sesuatu itu perlulah di cari di tempat yang seharusnya.

Maka,dalam mengejar harta dunia itu, kita sertakan niat untuk mencari redaNya. Nescaya kita akan mendapat keduanya. Maka,ketika itu,kita akan menjadi golongan yang berjaya.

Apabila kita mengejar dunia, maka kelihatan seolah-olah dunia itu semakin menjauh dari kita,namun bila kita kejar akhirat,dunia itu sendiri yang akan datang kepada kita. Bak kata orang putih,"killing two birds with one stone".

Inilah yang dikatakan pelaburan yang bijak. Menggunakan satu cara untuk mendapatkan dua benda. Namun,satu benda itu tak dapat kita lihat pada hari ini,ianya sebagai bekalan di hari esok. Sebab itulah,kita perlu benar-benar yakin.

Kebanyakkan manusia hari ini, mereka percaya namun tidak yakin. Mereka percaya akan mati,namun mereka tidak yakin. Mereka percaya macam-macam lagi, namun mereka masih lagi tidak yakin. Kerana itulah kita lihat mereka tidak membuat persediaan apa-apa.

Jadi,kesimpulannya janganlah kita jadikan wang itu sebagai raja,namun jadikanlah ia sebagai hamba kita dalam usaha kita mencari reda Ilahi di dunia ini.ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-59393505542512825772009-11-13T17:29:00.002+08:002009-11-13T18:06:14.507+08:00Fenomena sekarangFenomena sekarang,manusia menjadikan diri mereka robot tanpa mereka sedari. Walaupun mereka berkali-kali menafikan perkara tersebut, namun hari semakin hari, mereka cenderung berubah menjadi robot. Robot-robot yang hanya melakukan perkara lazim bagi mereka. Robot-robot yang cuba menggembirakan diri mereka dengan kenikmatan dunia bila mereka rasa sunyi. Dan mereka dengan penuh hati mengatakan itulah kehidupan mereka. Teringat kata kawan dahulu. Memang benar, manusia sekarang memang sudah jadi robot.

Apa yang mereka fikir cuma pasal kehidupan mereka. Bangun pagi, kerja. Habis kerja, pulang dan tidur. Esoknya, perkara yang sama mereka ulangi. Kadang kala sampai suatu ketika, rasa kekosongan mula membejat di jiwa mereka. Ketika itu, mereka cuba mencari pengisian dengan kegembiraan yang dibuat-buat oleh mereka. Faham?

Bila kita buat sesuatu yang tak sama dengan apa yang kita mahu, secara otomatik, benda tu tak akan memberikan kita kepuasan. Malah, ianya hanya akan memenatkan kita. Akhirnya, kita akan rasa tiada makna kehidupan kita di dunia ini.

Sebagaimana sabda Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W," aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang mana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan tersesat di dunia, untuk selama-lamanya, kitab alquran dan sunnah rasulNya" *atau sebagaimana sabda Nabi S.A.W.

Lihat? Jalan penyelesaiannya sudah ada di depan kita.

Umpamanya, kita sedang duduk di meja makan. Ubat sudah tersedia di hadapan bersama segelas air. Apa yang perlu kita lakukan cuma makan ubat tersebut.

Jadi,bila kita dah tahu jalan penyelesaian untuk masalah kita itu, bersegeralah buat apa yang perlu untuk menyelesaikannya.

Dalam hal keduniaan ni, tidak boleh tidak, kita kena kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Barulah hidup kita terselamat dan bahagia.

Bahagia yang sebenar-benar bahagia kali ini...
Bukan yang dusta apatah lagi nista..ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-1886444016467603982009-09-17T02:57:00.002+08:002009-09-17T03:06:46.121+08:00Suatu ketika,dengarlah kata hati kitaKadangkala, apabila kita sedang hanyut dibawa arus keindahan duniawi
kita seolah-olah lupa asal usul kita, semuanya kita lakukan
semuanya terasa kekal abadi
lalu, tiba-tiba macam ada satu suara, berbunyi halus
mahu mengingatkan kita.

dan ketika kita dengar suara itu, kita cuba buat-buat tak dengar. Kita cuba buat-buat tak endah. masa tu, maknanya kita telah memilih untuk tidak kembali ke jalan yang benar.

Suara yang kita dengar tu, adalah suara hati kita. Suara hati?? Ya, suara hati.
hakikat kejadian manusia ini, diciptakan manusia dengan suka kepada benda-benda yang baik. tu sifat manusia. Semua manusia sukakan benda-benda yang baik. Tak ada manusia yang suka benda-benda yang jahat atau kotor.

Andai diberi pilihan antara baju baru yang harum dengan baju buruk yang busuk, mesti semua manusia normal akan pilih baju baru yang harum tu. Begitulah hati manusia. Ketika mana manusia tersalah langkah dalam menjalani kehidupan, hatinya akan bagitau, "ini salah! itu salah!"

namun, kenapa ada juga manusia yang tidak merasa bersalah walhal hati mereka sudah bagitau benda tu salah?

Sebab, sekali kita ingkar kata hati kita tu, maka, kesensitifan hati kita mula berkurang. Begitulah ia seterusnya jika kita terus menidakkan kata hati kita. Akhirnya, hati kita akan mati dan tak berguna lagi untuk memimpin perjalanan kita ini.

Kerana itulah,banyak kita dengar, orang-orang yang terus-terusan membangkang, terus melawan, walhal mereka tahu mereka salah.

Maka, gunakanlah peluang ini. Muhasabah diri kita. Renung segala kejadian alam. Moga-moga hati kita akan hidup kembali.

InsyaAllah~ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-8645328339928482152009-08-27T23:42:00.002+08:002009-08-27T23:58:58.514+08:00Sewaktu aku keletihan,dia masih cekal...Pernah tak kita terjumpa sesuatu yang mengagumkan kita? Semestinya pernahkan. Jadi kali ini,saya mahu berkongsi pengalaman saya,yang saya rasa agak mengagumkan dan menyebabkan saya terasa agak kerdil.

Suatu ketika di bulan terawih,saya seperti biasa pergi ke masjid untuk solat terawih. Disebabkan keletihan yang agak luar biasa pada hari itu,sehabis lapan rakaat,saya segera bersolat witir lalu bersandar keletihan di tiang masjid dengan harapan untuk mendapatkan rehat.

Sambil bersandar keletihan,telinga saya asyik mendengar alunan bacaan ayat-ayat Quran oleh imam. Tatkala itu juga,saya melilaukan pandangan mata ke arah jemaah dan kawasan sekitar masjid.

Pada mulanya,tiada apa yang menarik untuk dijamah oleh mata ini melainkan keindahan seni khat yang dipamerkan di dinding-dinding masjid,juga seni reka dalaman masjid yang agak grand dan kelihatan mendamaikan. Kesejukan pendingin hawa juga amat menyamankan diri saya.

Ketika mata hendak mula tertutup,saya terpandang seorang anak kecil. Beliau berdiri agak jauh dari jemaah lain kerana beliau tak cukup umur lagi. Dan saya lihat,budak kecil ini begitu tabah mengikut solat terawih tersebut,walhal ramai kanak-kanak yang sebaya dengannya sedang asyik bermain dan bergurau senda.

Kejadian ini tiba-tiba merembeskan kembali adrenalin saya lalu mencelikkan mata,mengaktifkan kembali neuron-neuron otak lantas saya mula berfikir. Betapa kesungguhan budak ini dalam beribadat kepada Allah s.w.t.

Teringat kisah yang pernah saya baca suatu ketika dahulu bagaimana seorang budak yang melihat seorang tua menghidupkan api. Si tua itu memasukkan kayu api yang kecil-kecil dahulu sebelum memasukkan yang besar. Tiba-tiba,anak kecil itu menangis. Maka bertanyalah si tua itu kepada si kecil mengapakah dia menangis. Lantas dijawab,"engkau menghidupkan api tersebut dengan membakar kayu-kayu yang kecil dahulu sebelum yang besar,aku takut jika di akhirat kelak,Allah s.w.t membakar aku dahulu."

Alangkah indahnya jika kita juga memiliki rasa ketakutan seperti itu. Rasa takut yang akan membuatkan kita sentiasa mengumpul bekalan untuk perjalanan kita kelak. Rasa takut yang membuatkan kita sedar bahawasanya kehidupan ini sementara cuma. Rasa takut yang sentiasa membuatkan kita tidak alpa dan leka akan matlamat penciptaan kita ke dunia ini.

Sentiasa kita ini dilalaikan dengan semua keindahan dunia ini,kita disibukkan dengan segala kerja dunia,hingga kita melupakan tujuan kita yang sebenarnya.

Ya Allah,janganlah engkau golongkan kami dari golongan yang melupakan Mu ya Allah....

ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-7329846651596820792009-07-27T01:02:00.003+08:002009-07-30T13:04:12.816+08:00itu mahu,ini mahu dan??"aku mahu berjaya dalam periksa kali ni!"

"aku akan study betul-betul!"

"aku akan belanja duit aku sebaik mungkin!"

"aku nak jadi yang terbaik!"

"aku tak mahu gagal!"

Kita sering kali berazam macam ni. Kita fikir,kita ulang-ulang,kita ingat,namun jarang sekali kita dapati semua yang kita azamkan ini terjadi.

Mengapa? Adakah azam kita tak cukup baik? Azam kita tak cukup sempurna?
Atau mungkin jugak kita hanya sekadar berazam?

Ya! Semua benda yang kita azamkan sebenarnya tak musthil untuk kita capai,namun ianya akan jadi mustahil andaikata kita hanya menanam azam di hati. Macam mana nak ada output kalau tiada inputnya? Macam mana lampu nak menyala andai suis tidak dipetik? Macam mana kereta nak bergerak kalau enjin tak dihidupkan?

Begitu juga dengan kita. Apa yang kita azamkan hanyalah sekadar sebuah ilusi dan medium yang sedang menanti untuk kita jadikan realiti.

Sebuah ilusi tanpa usaha untuk merealitikannya akan kekal menjadi ilusi dan akan mati ditelan waktu yang berlalu. Namun sebuah ilusi yang disertakan dengan usaha untuk merealisasikannya,akan bertukar menjadi sebuah benda yang benar-benar dapat dinikmati hasilnya.

Kita telah berilusi,kita telah berfantasi,kta juga telah cuba mengukir mimpi namun bilakah masa yang sesuai untuk merealisasikannya?

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr

"Demi masa,Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nsihat-menasihati supaya mentaati kesabaran"ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-88699743405362780002009-07-23T12:54:00.002+08:002009-07-23T13:55:28.177+08:00Disebalik seketul ayam goreng...Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Haikal memicit-micit kepala yang terasa agak pening. Matanya dipejam celikkan,untuk menghilangkan lenguh retina. Nafas dihela perlahan. Kedengaran dengusan kepenatan. "kruuukk" "aduh,lapar la pula".

Tanpa membuang masa,pantas dia bingkas menuju ke pintu bilik. Langkah di atur menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Tangannya mencapai seketul ayam goreng segera yang masih bersisa. Suis microwave dipetik. Kemudian,haikal sabar menanti ayam goreng tersebut siap dipanaskan.

Sambil menanti,matanya merenung jarum jam yang tidak jemu-jemu bergerak. "ting!"
Bingkas dia bangun mengambil makanan. Tanpa membuang masa,tangannya segera mencubit isi ayam tersebut walau pun dia tahu ianya sedang panas.

"aduh!!" segera ayam itu dilepaskan. Jarinya ditiup-tiup. Kepanasan yang amat menyakitkan.
Tiba-tiba,dia berfikir,andai sahaja panas ayam ini pun dia tak tahan,inikan pula panas api neraka yang membara.

Dan ketika itulah,dia mula sedar. Hikmah di sebalik kejadian dalam kehidupan insan. Allah s.w.t amat menyayangi hamba-hambanya. Dia sentiasa memberikan amaran dan peringatan kepada hamba-hambaNya,hanya saja,hamba-hambaNya yang buta daripada peringatan yang diberikan..

Andai sahaja kita tak leka tatkala semua peringatan kepada kita tiba....ye tak? Semua yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya ada hikmahnya. Mungkin hari ini,kita diberi pilihan sama ada mahu makan nasi ayam atau bubur ayam. Apabila kita memilih nasi ayam,mesti ada hikmahnya. Mungkin bubur itu akan mendatangkan penyakit kepada kita?

Pernahkah kita terfikir,mengapa kita menyimpan sesuatu barang untuk sesuatu tempoh yang lama,namun tak pernah kita gunakan?

Sebagai contoh,saya mempunyai dua handphone. Hp A dan hp B. saya menggunakan Hp A. Hp B pula saya simpan tanpa menggunakannya. Saya sendiri tak tahu kenapa,namun saya berfikir,barangkali ada gunanya.

Setelah beberapa lama,barulah saya tahu,bahawa Hp B itu akan saya pinjamkan kepada kawan saya yang kehilangan hp nya.

Nampakkan?

Betapa kejadian atau insiden dalam kehidupan kita saling berkaitan antara satu sama lain.

Pernah juga berlaku kepada saya,saya membeli ubat stapler ketika SPM. Namun,tak saya gunakan sehingga la saya tahu,saya membelinya untuk digunakan di universiti nanti.

Manusia tak akan nampak semua ini,kerana kebanyakkannya hanya mengambil mudah perkara tersebut. "ala,kebetulan aje tu" namun,benarkah semua ini kebetulan? atau semuanya sudah tersurat?

Firman Allah dalam ayat 115 surah Al-Mukminun yang bermaksud : Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan di kembalikan kepada Kamiifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-40642088044361059872009-07-22T22:19:00.002+08:002009-07-22T22:37:57.563+08:00Apabila hatiku mula tertanya....Aku merenung ke jendela..Melihat hujan yang turun lebat membasahi bumi. Entah mengapa hati keciku mula berkata-kata. Mengatur bicara yang tidak ku tahu asalnya dari mana. "kenapa akhir-akhir ni asyik hujan ek?"

Pernahkah anda semua berfikir? Menggunakan minda dan akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t? Atau selama ini,anda hanya membiarkan minda dan akal anda tersimpan berhabuk di telan zaman? Anda hanya mahu menelusuri kehidupan yang sementara ini tanpa memanfaatkan anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t?

Jika benar,maka anda memang suka disamakan dengan haiwan melata. Bayangkan,memiliki wajah yang kacak,cantik,namun taraf anda hanyalah seperti haiwan. Dimanakah kemuliaan anda sebagai seorang manusia?

Untuk itu para pembaca sekalian,gunakan minda,gunakan akal anda untuk merungkai masalah dalam kehidupan anda. "tapi saya tak ada benda nak fikir laa", mungkin ini jawapan anda,namun kadang kala,kita tak memerlukan sebarang masalah untuk menjana minda kita untuk berfikir..

Sebagai contoh,pengalaman saya,sewaktu melihat hujan yang turun.(Padahal kalau nak diikutkan,apalah sangat yang nak dihairankan dengan turunnya hujan,ya tak?)

Tiba-tiba saya terfikir,mungkinkah hujan yang sering kali turun ini adalah untuk menghilangkan jerebu yang sedang melanda? Mungkin ya,mungkin juga tidak. Tapi,apa yang penting,selagi mana anda dapat menggunakan akal anda unntuk berfikir,maka anda telah melakukan kebaikan dengan pemberian kurniaan Allah s.w.t.

At least,tidak anda biarkan ia berhabuk begitu saja. Cabar minda dan akal kita. Uji ia dan gunakan sehingga tahap yang maksimum. Renung kejadian dalam kehidupan kita then relate kan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Maka,apabila kita berjaya berbuat begitu,InsyaAllah,jadilah kita ini,diantara orang-orang yang tahu erti bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-A'raf ayat 179

“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka memiliki hati, tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”

ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-25409934467577659582009-05-29T22:54:00.002+08:002009-05-29T23:02:16.559+08:00Merenung~Dalam kehidupan ini
semestinya kita perlu sentiasa merenungi sesuatu perkara itu
gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk mencari dan memahami
segala apa yang terjadi dalam sama ada
ianya berlaku dalam kehidupan kita,kehidupan sahabat kita
atau pun kehidupan orang lain.

Rebutlah peluang untuk berfikir ini
sementara waktu masih ada
gunakan ia untuk menambahkan rasa kesyukuran kita kepada Allah
tunjukkan yang kita ini bersyukur dapat kurniaannya
tunjukkan yang kita ini dapat dan mampu untuk menjadi
hamba Allah
yang mampu untuk dibanggakan dihadapan para malaikat kelak..

Ramai manusia yang mengambil perkara ini secara lewa
dan akhirnya mereka itu menjadi golongan yang serugi-ruginya.
Maka,bertimbunlah penyesalan datang menimpa-nimpa hati mereka
tatkala mana nikmat itu ditarik oleh Yang Maha Berkuasa.

Maka,nasihatku kepada kamu semua..
Jangan lepaskan peluang ini
sementara kita masih mempunyai masa,
berfikirlah..
renunglah.....
maka insyaAllah
kita akan menjadi orang yang berjaya~ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-49753924723189646502009-04-23T00:41:00.003+08:002009-04-23T02:18:53.116+08:00Sikap kita?Hari ini kita melawat Pameran Buku Antarabangsa..Banyak buku-buku yang berjaya menarik minat kita untuk mendalaminya dengan lebih dalam,moga-moga dengan membaca dan menelaah isi kandungan buku tersebut,dapat juga kita sedikit ilmu yang cuba disampaikan oleh penulisnya. Kita pun dengan segera membayar harga buku tersebut,tanpa berfikir panjang. Maklumlah,bukannya duit itu digunakan untuk membelia barangan yang tak berfaedah,kan? Sewaktu hendak melangkah keluar,mata kita tertarik pula dengan sebuah buku di gerai yang berlainan.

Peristiwa yang sama berulang-ulang sehinggalah pabila kita pulang,berbuah-buah buku kita bawa pulang. Lalu dengan bangganya,kita letakkan buku-buku tersebut di rak buku, dengan harapan kita akan membacanya nanti. Malam itu,kita tidur dengan semangat,"esok,aku akan membaca buku tersebut."

Namun,esoknya,seperti biasa,kita disibukkan dengan berbagai pekerjaan,kita kembali kepada kehidupan normal kita. Malam itu,sekali lagi kita tidur dengan semangat yang sama.

Begitulah seterusnya sehinggalah debu-debu mula menebal dikulit buku tersebut,kertas yang mulanya putih sudah menjadi coklat kekuningan. Tulisan yang dahulunya pekat mula menjadi pudar dan semakin susah untuk dibaca. Akhirnya,kita memindahkan buku-buku tersebut ke dalam stor kerana kita telah membeli buku baru untuk dibaca. Begitulah nasib buku tersebut.

Dimana semua situasi ini saling berulang dan terus berulang selagi mana kita tidak mengubah sikap kita.

Niat kita membelanjakan wang membeli bahan bacaan yang berguna memang layak dipuji,namun apalah ertinya jika kita hanya membeli tanpa membacanya? Ilmu yang sepatutnya mampu mengenyangkan rohani kita akhirnya dibiarkan terperosok di dalam ruangan stor yang kelam.

Lebih baik kita membeli sebuah buku dan kita memanfaatkan isi kandungannya daripada kita membeli bagai nak rak,lalu semuanya kita simpan sahaja? Fikir-fikirkanlah..Apalah gunanya kita mempunyai sebuah perpustakaan dirumah yang buku-bukunya tak pernah disentuh? Lebih baik kita mempunyai sedikit sahaja buku,namun semua isi kandungannya sudah kita hayati dan fahami?

Bayangkanlah,berapa ramai manusia yang diberikan peluang untuk menuntut ilmu dan berapa ramai pula yang menggunakan peluang tersebut sebaiknya? Walhal,kita sering kali melihat mereka yang berasal dari golongan yang berpendapatan rendah yang sentiasa dahagakan. Walaupun diasak dengan berbagai cabaran,rintangan,mereka tetap cuba membina peluang demi memuaskan rohani mereka.

Mereka ini adalah golongan yang tiada perpustakaan dirumah,hendak membeli buku pun jarang-jarang mempunyai wang,namun mengapakah mereka ini kebanyakkannya lebih berilmu berbanding mereka yang ada library di rumah.

Dan apabila mereka sudah berilmu,secara otomatik darjat mereka diangkat oleh Allah s.w.t sebagaimana dalam firmanNya,"Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"(al-Mujadilah:11)

Renungkanlah
"adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tak mengetahui? Samakah orang yang berlari dengan berjalan? Samakah orang yang lapar dengan yang kenyang?"ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-18242386465575439152009-03-04T21:50:00.002+08:002009-03-04T22:06:09.887+08:00Wanita 2Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca kali ini.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.

Kali ini
saya nak bawa pembaca semua merenung sekali lagi
tentang wanita
berkenaan dengan topik stongan atau dipanggil stoking tangan.

Zaman sekarang ini,semakin ramai wanita-wanita yang memakai baju tshirt lengan pendek,then mereka pun pakai stongan,kononnya untuk menutup aurat mereka. Its okay,tiada masalah jika mereka nak pakai macam itu.

Apa yang menjadi masalah ialah,stongan tersebut tu,bukan ke ketat sampai nampak bentuk lengan mereka?
Sedangkan,etika berpakaian untuk wanita dalam Islam,ialah supaya mereka tak menampakkan bentuk tubuh mereka kepada kaum adam. So,kalau kita tengok sekali imbas,memanglah nampak umpama menutup aurat,namun ianya tak dilakukan dengan cara yang betul.
Umpamanya,kita ni jadi robin hood. Ada keinginan nak membantu fakir miskin,tapi dengan cara merompak. Salah tetap salah walaupun niat kita tu baik.

So,di sini,saya menyeru kepada semua wanita-wanita diluar sana,agar menutup aurat mereka sebaik mungkin. Sebab, rata-rata wanita mengatakan,leceh nak pakai baju lengan panjangla,mudah sarung baju lengan pendek la,dan macam-macam lagi alasan lain yang mereka rasa munasabah dan boleh diterima.

Tapi ingat,sebelum kita ambil alasan tersebut,cuba renung sejenak,adakah Allah akan menerima alasan kita itu?ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-40968235463557270272009-03-03T18:56:00.003+08:002009-03-03T22:45:23.860+08:00sorry~Wanita?Salam
kembali lagi bertemu dengan saya
setelah lama tidak memberikan sedikit suntikan semangat kepada kita semua.
Mungkin Allah telah memberikan hidayah kepada diri penulis
untuk teruskan juga berdakwah dalam arena IT ini
walau pun terasa kemalasan sudah mula menguasai diri ini..

Jadi pada kali ini
penulis ingin membicarakan tentang wanita.Ya, seperti yang kita ketahui,wanita merupakan makhluk ciptaan Allah yang sentiasa disalah gunakan pada zaman moden yang semakin mencabar hari ke hari. Biasanya mereka boleh dilihat berpakaian seksi hanya untuk menjadi model iklan-iklan di televisyen. Begitu murah sekali harga diri mereka pada ketika ini.

Walaupun saya bukanlah tergolong dalam golongan yang bernama wanita,namun saya agak kesal dengan fenomena yang berlaku dewasa ini. Golongan wanita seolah-olah sudah menjadikan keseksian sebagai suatu gaya hidup yang wajib dan perlu dipatuhi untuk survive dalam dunia masa kini.

Tidakkah mereka sedar akan hakikat bahawasanya mereka itu masih lagi merupakan hamba Allah s.w.t? Lupakah mereka pada sunnah-sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W?
Kesal juga penulis apabila melihat golongan itu berjalan dikhalayak ramai dengan pakaian yang tidak seberapa cukup kainnya,namun tidak ada sekelumit rasa malu terpampang di wajah mereka,malah mereka kelihatan suka dan bangga apabila ada golongan lelaki yang bersiulan tatkala berselisih dengan mereka?

Bukanlah penulis ingin menuding jari,memberatkan bahu golongan wanita dengan mengatakan semua golongan wanita itu begitu,segelintir dari mereka masih lagi berpegang teguh dengan prinsip untuk menjaga aurat mereka dan tahniah penulis ucapkan kepada mereka. Semoga mereka semakin tabah dan kuat untuk meneruskan prinsip mereka dalam mengharungi hidup yang semakin hari semakin meliar ini.

Namun ada juga golongan yang bertudung,cuba menutup rambut,namun memakai baju ketat?
Aiyyo!! Apa ini? Sama macam tak pakai la!!!

Macam ni la,apa-apa pun,pastikan aurat kita terjaga. Maaf jika kali ini,penulis kurang menukilkan idea-idea yang memberansangkan dalam bentuk yang menarik untuk dibaca kerana sesuatu mengganggu fikiran penulis tatkala ini. So,segala puji bagi Allah s.w.t dan tiadalah hidayah itu melainkan daripadaNya sahaja..

wslm~ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-63497418383007673122009-01-25T00:07:00.001+08:002009-01-25T00:08:53.007+08:00Problems..Salam diucapkan kepada semua pembaca..Penulis memohon maaf kerana lama tidak meng"update" blog disebabkan mempunyai sedikit masalah dari segi teknikal dan digital. Segala kesulitan amat dikesali..ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-18915038841222449212009-01-04T23:39:00.000+08:002009-01-04T23:40:09.106+08:00UpDATE..Cerpen terbaru sedang dalam proses..harap bersabar!!ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-56382237769690830272009-01-04T23:17:00.004+08:002009-01-04T23:38:39.808+08:00Adakah aku semakin lupa?
Assalamualaikum dijadikan pembuka bicara buat memulakan pertemuan kita untuk kali ini. Hm,entah kenapa kali ini rasa tandus pula kepala ingin memikirkan apa yang akan dicoretkan sebagai melepaskan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk berdakwah. Baiklah, kali ini saya ingin membawa para pembaca sekalian merenung perihal masa.

Masa merupakan sesuatu yang amat berharga buat kita. Jika seandainya masa itu tidak berharga, nescaya tiada wujudnya berbagai peribahasa yang selalu menceritakan akan kepentingan masa, betul tak? namun, jika kita fikirkan kembali, banyak mana masa yang telah kita bazirkan? Rasanya, saya sendiri pun sudah banyak membazirkan masa saya. Sekejap sahaja sudah berlalu setahun dan kita pula semakin tua meniti sisa usia kita. Seiring dengan itu pula, kita semakin lupa tanggungjawab kita dan kita pun menjadi lalai dan leka. Segala-galanya kita hanya lakukan untuk kehidupan duniawi semata. Makan, minum, pergaulan sesama manusia, semuanya kita lakukan seolah-olah kita ini tidak akan kembali kepada Allah s.w.t.

Walaupun kita sering mendengar berita tentang kematian yang menjemput tak kira tua atau muda, apa yang akan terlafaz dari mulut kita hanyalah, "innalillah wa inna ilaihi rajiun" tanpa ada sebarang perasaan takut di hati tatkala kita melafazkannya. Adakah kita menjadikan ia sebagai suatu adat semata? Sengaja kita lupakan asal usul kejadian kita? Rupanya, keindahan dunia yang sementara ini yang lebih kita mahukan? Tidakkah kita ini tergolong dalam golongan yang bodoh jika kita memilih kehidupan ini berbanding kehidupan kekal abadi kelak?

Fikir-fikirkan lah wahai saudara dan saudariku sekalian..Saya hanya mampu mengatur langkah menyusun bicara, namun andai tiada izin daripadaNya, tidaklah saudara atau pun saudari akan menerima hidayah. Maka selalulah berdoa kepada Allah, agar Dia mengurniakan hidayah kepada kita semua. Ingatlah, usia dunia ini sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Wahai saudara, wahai saudari, kembalilah kepda kebenaran! Sementara pintu taubat masih terbuka, ketika mentari masih terbit dari ufuk timur, bersegeralah kalian bertaubat. Saya berpesan kepada diri saya sendiri secara langsung dan kepada diri pembaca sekalian secara tidak langsung.

Imbas kembali perjuangan Nabi s.a.w dalam menyebarkan dakwah, kenangi keperitannya, bayangi penderitaannya, biarkan air mata kita ini mengalir mengenang dosa-dosa lalu, lazimkan bibir kia ini menyebut namaNya, ringankan kepala ini untuk bersujud kepadanya lantas permudahkanlah hati ini untuk mengingatiNya. Kita semua adalah pengembara yang hampir tiba di tempat pengembaraan kita. Sementara kita masih berhenti ini, kumpullah bekalan secukupnya untuk keperluan kita di hari kelak. Ya Allah, ampunilah dosa kami. Sesungguhnya kami ini orang-orang yang berdosa lagi lalai dan leka kepada Mu Ya Allah...Berikanlah kami cahay hidayah Ya Allah sepertimana yang telah engkau berikan kepada orang-orang yang soleh..Ameen..

ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-31488547476244335402008-12-22T23:38:00.009+08:002009-01-02T15:43:46.000+08:00RenunGkanLah...

Assalamualaikum kembali kita sekali lagi. Hm, hari demi hari, kita semakin enak di buai mimpi indahkan? Setiap hari, kita akan memasang cita-cita dan impian baru dengan harapan semua itu akan menjadi suatu kenyataan pada suatu hari nanti.

Namun tanpa kita sedari kita semua telah melupakan satu hakikat hakiki, satu hakikat yang pasti, di mana kita semua tidak akan dapat melarikan diri kita iaitu hakikat penciptaan manusia di muka bumi ini.

Pengalaman saya semasa bercerita dengan seorang rakan, kami memang selalu bertanya khabar. Pada suatu hari, saya telah menyoal rakan saya ini tentang bagaimana kehidupannya sekarang, malah jawapan yang diberikan adalah, hidup terasa tidak bermakna. Katanya dia seolah-olah sudah bosan dengan kehidupannya.

Jadi persoalan yang ingin saya timbulkan hari ini adalah, kenapa kita sampai boleh bosan dengan kehidupan kita di dunia ini? Walhal di dalam Al-Quran banyak menyebut bagaimana keadaan orang-orang yang banyak berbuat dosa.

Mereka selalu berkeinginan untuk kembali semula ke dunia kerana mereka ingin bertaubat dan beramal soleh.

So, yang paling saya hairan sangat ni, macam mana sampai kita bosan pula? Padahal Allag s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah tentang penciptaan khalifah di muka bumi.

Bagaimana pada waktu itu para malaikat membantah kerana memikirkan manusia ini hanya akan mendatangkan kerosakan dan kemusnahan kepada bumi. Namun Allah s.w.t sesungguhnya lebih mengetahui apa yang dibuat.

Jadi, sebelum kita berasa bosan dengan kehidupan seharian kita, cuba kita fikir dan renungkan, adakah kita sudah mencapai tahap yang sepatutnya untuk bergelar seorang khalifah Allah di muka bumi ini?

semestinya jawapan kita adalah tidak. Jadi kenapa kita mahu berasa bosan dengan kehidupan walhal kita ini masih lagi tidak layak untuk bergelar khalifah Allah? Masih lagi kita ini sering lupa kepadaNya, masih lagi kita melakukan dosa dan maksiat kepadaNya, kita masih lagi mensia-siakan kepintaran yang dianugerahkan olehNya.

Semua itu menunjukkan kita masih lagi perlu berusaha untuk menjadikan diri kita sebaik mungkin. Selagi mana kita mampu melangkah jauh teruskan melangkah dan jangan berpaling ke belakang. Masa lalu adalah sesuatu yang pasti tak akan kembali lagi, hari ini merupakan realiti yang perlu kita hadapi, dan masa hadapan itu pula sesuatu ilusi yang masih tak pasti.

Jadi, sama-samalah kita menyusun langkah sebaiknya agar kita tidak terjatuh buat kesekian kalinya..

Pernahkah kita memikirkan penciptaan pelangi yang menunjukkan kekuasaan Ilahi walau pun kita sering memuji keindahannya?? Fikirkanlah...

ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-10876035235491837872008-12-16T15:00:00.007+08:002009-12-05T22:12:59.251+08:00CeRpEn>> MengeJar CiNt@ HaKiKiDia masih bersujud. Terus bersujud dan akan sentiasa bersujud. Menambah cinta yang seolah-olah tidak betah berada di hati. Berbekalkan setitis air mata, dia masih lagi ingin mencuba. Walau disedari dirinya tidak seberapa, namun semuanya harus diambil kira. Cinta kepada Yang Maha Esa perlu melebihi segala, walau cinta kepada Hawa mula menguasai jiwa. Menyerang segenap lapisan kerinduan Ilahi, menghancurkan benteng kesabaran selama ini, dia tetap akan mencuba kerana, cinta Adam kepadaNya perlu melebihi segala. Walau terpaksa mengorbankan Hawa.

Adam melangkah masuk ke perpustakaan seperti kelazimannya. Saban hari, di situlah dia menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku ilmiah yang penuh terdapat di situ. Tabiatnya yang suka membaca sudah sebati dengan dirinya semenjak kecil lagi. Sebaik sahaja masuk ke perpustakaan, matanya menangkap wajah sahabatnya Rasyid yang kelihatan sibuk menelaah. Mencari maklumat barangkali,getus hati kecilnya.
Perlahan-lahan Adam menghampiri sahabatnya yang seorang itu.

“ Assalamualaikum Rasyid,” sapanya melontarkan ucapan mulia tersebut. Rasyid membalas salamnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

“ Dah lama ke sampai?” Rasyid mengangguk. Titisan peluh di dahi disapu. Spek matanya dibetulkan.

“ So?”

“ Aku dah kumpul maklumat yang engkau mahu tu. Semuanya terdapat dalam cd ni,” balasnya pantas sambil mengeluarkan sekeping CD dari beg galasnya. Pantas saja dia meletakkannya di hadapan Adam. Seolah-olah mengerti yang Adam hanya mahu singgah sebentar.

“ Jadi,terima kasih aku ucapkan pada kau, Rasyid. Aku tinggal kena prepare untuk presentation sajalah. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak.”

“ Alah, inikan kerja kumpulan, walau pun kita bukan sekumpulan, aku tetap akan tolong kau setakat yang aku mampu. Lagipun maklumat yang kau mahu ini pun sama juga macam yang aku mahu,” ujar Rasyid sambil mengenyitkan matanya. Adam tersengih. Jam tangannya dikerling. Alamak, dah pukul tiga. Dia segera meminta diri untuk beredar sambil mengucapkan salam kepada sahabatnya itu. Langkah kaki pantas diatur menuju ke bilik Professor Zaid. Semalam dia sudah membuat temu janji dengan professor yang berkelulusan dari Jordan itu untuk membincangkan pembentangan yang akan dibuatnya minggu hadapan.

Dalam pada itu,seorang pemuda menegurnya.

“ Adam b. Adnan?” Adam hanya mengangguk. Pemuda itu tersenyum lalu menghulurkan sepucuk surat. Adam mengambil surat tersebut. Kelihatan namanya tertulis di atas sampul.

“ Untuk awak,” ujar pemuda itu sambil berlalu pergi sebelum sempat Adam bertanya akan pengirimnya. Memandangkan dia sudah hampir terlewat, surat itu segera dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Perjalanan yang tergendala diteruskan. Sebuah sabda Nabi s.a.w melintas dibenaknya, “ dan apabila dia berjanji,dia memungkirinya.” Dia tak mahu ciri-ciri munafik yang digariskan oleh Nabi s.a.w, ada pada dirinya. Langkah yang terasa perlahan diperlajukan. Dalam hati dia mula beristighfar. Moga-moga kesalahannya ini diampunkan.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Professor Zaid, segera Adam mengetuk pintu lalu melangkah masuk.

“ Assalamualaikum.”

Dia termenung sendirian. Kepalanya diusap lembut. Seolah-olah cuba menyingkirkan segala keresahan di jiwa. Surat yang diterima petang tadi sudah dibaca dan dia sudah muak menerima surat seperti itu. Entah mengapa, hatinya masih lagi belum terbuka untuk bercinta. Itu bukanlah kali pertama dia menerima surat yang mengajaknya bercinta. Rupa paras yang sempurna dan kesenangan dalam hidup, mungkin punca dia selalu dikejar oleh kebanyakan wanita di sekelilingnya. Adam tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Baginya segala itu adalah kurniaan dan pinjaman daripada Allah semata-mata. Dia hanyalah meminjamkan barangNya seketika dan bila-bila masa sahaja barang pinjaman itu boleh diambil kembali.

“ Adam, bila engkau ingin bercinta? Setahu aku, si Munirah itu sudah lama minat dengan engkau,” pertanyaan Rasyid singgah di telinganya. Adam hanya tersenyum. Dia menggeleng.

“ Dia bukan Hawa bagiku. Selagi mana aku tidak menemui Hawa yang diciptakan untukku, cukuplah cinta kepada Allah semata.” Rasyid tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai Adam. Siapa yang tidak meminati Adam. Perwatakkannya yang sentiasa merendah diri, berbahasa indah sentiasa mencairkan hati gadis-gadis di sekelilingnya. Tambahan pula, Adam memiliki rupa paras yang menarik, indah dipandang. Dia mempunyai asset yang lengkap untuk membanggakan dirinya namun berbeza sekali perwatakkannya.

“ Engkau mahu satu nasihat daripada aku?” soal Rasyid. Adam mengangguk. Rakannya yang seorang ini memang sentiasa suka memberikannya nasihat yang berguna.

Firman Allah s.w.t , “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Dia bersyukur dikurniakan teman sebaik Rasyid yang sentiasa memberikan nasihat berguna kepadanya kerana dia tahu, dirinya seorang tidak mampu untuk menghadapi arus dunia yang semakin hari semakin deras, cuba menghanyutkan mereka yang terleka.

“ Cintailah Allah, cintai makhluk ciptaannya hanya kerana engkau cinta kepada Allah, nescaya engkau akan menemui Hawamu Adam.”

Adam beristighfar. Memori lalu terasa begitu dekat dengan dirinya. Maha Suci Allah yang menciptakan perasaan kasih sayang dan mencampakkannya di dalam hati manusia. Pimpinlah rasa cinta ini menuju keredaanMu Ya Allah, Adam memanjatkan doa di dalam hati kecilnya. Mungkin benar kata Rasyid. Dia tidak boleh menidakkan rasa cintanya ini. Selama mana hatinya mampu melawan hasutan nafsu dan syaitan yang licik, dia sendiri tidak pasti.
Aku perlu berterus terang dengannya,getus hatinya. Segera Adam mendekati meja kerjanya,tempat dia selalu menghabiskan assignment yang diberikan. Komputer ribanya dihidupkan. Segera dia menaip bait- bait kata.

Namun, dia termenung seketika.

“ Konsep tawakal yang sebenar adalah, kita berusaha sebaik mungkin, berikan apa yang kita mampu ke dalam sesuatu perkara itu, maka, apabila kita sudah yakin itu yang terbaik yang kita mampu berikan, banyakkanlah berdoa kepada Allah kemudian barulah kita bertawakal. Reda dengan segala apa yang akan berlaku walaupun ianya bukan seperti yang kita inginkan.

Sebahagian bijak pandai pernah berkata, “ Tidak pernah aku risaukan kenderaan mana yang akan aku naiki. Jika kenderaan tersebut adalah kemiskinan, maka aku akan bersabar. Jika ianya kekayaan, aku akan bersyukur kepada Allah.” Pengajarannya adalah, kita perlu sentiasa bersyukur dalam hidup ini. Jika kita mampu menjadikan syukur suatu kelaziman dalam kehidupan kita ini, Adam, nescaya dunia ini kelihatan begitu kecil di mata kita. Ini kerana, kita singgah hanya sementara dan gunakanlah peluang ini untuk mencari rahmat dan beramal kepadaNya.”

Kata-kata Professor Zaid terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Adakah aku perlu berusaha dahulu? Wajarkah aku meluahkan hasrat hatiku ini kepadanya? Adam menarik nafas sedalam yang boleh. Dia bimbang andai cintanya akan berpaling nanti. Dia amat bimbang jika dia leka dibuai keasyikan cinta makhluk yang sementara sedangkan dia sedang mengejar cinta hakiki daripada Ilahi. Dia gusar. Jemari yang tadinya sudah bersedia untuk membariskan kata mula kaku. Otaknya masih ligat memutar imbasan memori silam.

“ Assalamualaikum. Jadi saya Nurul Huda, mewakili kumpulan enam akan membentangkan assignment yang telah kami buat iaitu berkenaan dengan fluid flow.” Semua mata yang berada di dalam dewan kuliah itu menumpukan sepenuh perhatian kepada gadis jelita yang sedang membentangkan kertas kerja kumpulannya. Kelihatan beberapa orang daripada mereka yang sibuk mencatat nota ringkas dalam buku nota masing-masing.
Adam tidak ketinggalan. Segala maklumat yang dianggap penting dan perlu, dicatat menggunakan PDA nya. Supaya mudah untuk dia masukkan ke dalam komputer riba nanti. Rasyid yang berada di sebelahnya kelihatan termenung. Tiada sebarang catatan pun yang dilakukan. Anak mata Adam mengerling tajam ke arah sahabatnya itu. Mesti ada masalah, gumam hati kecilnya. Dia menyiku Rasyid.

“ Oit!” Rasyid tersentak. Pantas dia memandang ke arah Adam. Kening terangkat menandakan pertanyaan kehairanan.

“ Kau tak mahu buat catatan ke?” Soal Adam. Dalam pada itu,tangannya masih lagi menekan butang-butang PDA agar tidak terlepas sebarang maklumat. Namun perhatiannya sudah terbahagi dua, separuh ke arah hadapan dan separuh lagi untuk berbual dengan Rasyid. Walaupun sukar namun cuba dibiasakan. Rasyid tersenyum. Kelihatan senang. Adam semakin kehairanan.

“ Kau ni dah lupa ke? Akukan dalam kumpulan enam. So, semua maklumat aku dah ada,” jelas Rasyid sambil ketawa kecil. Adam menghela nafas. Sangkanya ada masalah, rupanya tiada. Adam membalas senyuman Rasyid lalu kepalanya dipalingkan kembali menatap Nurul Huda yang kelihatan petah menjelaskan satu persatu hasil perbincangan kumpulannya itu. Tatkala pandangan mata mereka berlaga, satu sentakan halus menyentuh hati Adam. Dia terpana, pantas dia melarikan pandangannya. Dada lelakinya berdebar kencang.

“ Rasyid, kau dengar tak ni?” Soal Adam sewaktu mereka makan tengah hari di Café D Rasa. Rasyid yang kelihatan ghairah melahap sepinggan nasi goreng ayam bagai tidak sedar kehadirannya di situ.

“ Weh!” Suaranya dikuatkan. Barulah Rasyid mengangkat muka.
“ Kau bercakap dengan aku ke?” Soal Rasyid tanpa ada rasa bersalah. Begitu selamba sekali. Adam menggeleng. Geli hatinya. Dari dulu lagi Rasyid begitu. Semenjak dari darjah satu sehinggalah sekarang. Asal ada makanan di hadapannya, pasti lupa dunia.

“ Memanglah aku bercakap dengan kau, kalau tak aku nak bercakap dengan siapa?!” Rasyid tersengih. Betul juga cakap sahabatnya itu.

“ Aku ingatkan engkau sedang buat monolog tadi?” Balasnya sambil ketawa. Adam menggeleng.

“ So, jawablah.” Rasyid terpinga-pinga. Alamak, Adam tanya aku soalan rupanya.

“ Cuba kau ulang balik soalan kau itu, supaya aku dapat faham dengan lebih jelas,” pantas sahaja dia menuturkan kata. Lagaknya seperti khusyuk mendengar kata-kata sahabatnya itu dengan teliti.

“ Aku tanya, Nurul Huda itu, baik ke tidak budaknya?”

“ Oh, pasal budak lawa itu?” Rasyid mula tersengih. Nampaknya sahabatnya yang seorang ini sudah jatuh hati.

“ Kenapa kau tanya?” Adam menjadi serba salah.

“ Aku..erm..aku just nak tahu aje.” Kata-katanya disambut dengan gelak tawa daripada Rasyid. Sah, memang Adam sudah jatuh cinta!

“ Baiklah, dari pemerhatian akulahkan, Huda tu, baik, tegas dan aku rasa dari penilaian aku, dia ada semua aset yang baik untuk menjadi seorang wanita muslimah. Puas?” Adam hanya mengangguk. Dia masih teringat sewaktu mata mereka berdua berlaga ketika dalam dewan kuliah tadi. Ya Allah, apakah ujian yang Kau berikan ini. Kurniakanlah hati hambaMu yang lemah ini sedikit kekuatan untuk menghadapinya kerana aku tahu, aku tidak akan mampu menghadapinya tanpa pertolongan daripadaMU ya Allah, getus hatinya.

“ Kau ingat lagi kata-kata aku Adam?” Tanya Rasyid. Mulutnya tidak berhenti mengunyah sisa makanan yang masih berlebih. Air sirap limau di hadapannya disedut nikmat. Adam menggeleng.

“ Kau ingat kau bercakap sekali aje ke dengan aku?” Balasnya sambil tersengih, menyakat Rasyid.

“ Itulah kau. Bila aku dah beritahu, kau lupa. Akukan pernah cakap pada kau, cintailah Allah dengan mencintai makhluk ciptaanNya, namun jangan sampai cintamu kepada makhluk melebihi cinta kepada penciptaNya.” Adam mengangguk. Memang tidak dinafikan kebenaran kata Rasyid.

“ Jadi aku rasa tak salah kalau kau cuba tanya si Huda itu. Aku rasa engkau berdua memang sepadan tapi ingat pesan aku itu. Kalau kau cintakan bunga, ingatlah bunga itu kelak akan layu. Jika engkau cintakan harta, kau mesti ingat suatu masa nanti engkau akan meninggalkannya, jika engkau cintakan manusia, manusia itu lambat laun akan mati juga, akan tetapi andai engkau cintakan Ilahi, Allah itu sesungguhnya kekal abadi.”

Adam mengusap kepalanya. Imbasan memori yang berputar satu persatu terasa begitu menyesakkan dada. Dia terperangkap di antara dua keadaan. Diantara fitrahnya sebagai manusia yang hendak menyayang dan disayangi dan fitrah seorang hamba yang hanya mencintai penciptaNya. Ya Allah, andai engkau datangkan dugaan ini untuk mengujiku, maka engkau pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redai ya Allah, di dalam hati dia berdoa.

Dia bangun meninggalkan komputernya tanpa dimatikan terlebih dahulu. Fikirannya berserabut dengan berbagai rasa. Hanya Allah sahajalah tempat untuk dia mengadu. Anggota wuduk dibasuh dengan air. Dia perlu memohon petunjuk daripada Allah. Moga-moga keputusan yang akan dibuat tidak salah. Dia hanya mampu berdoa. Harapannya agar dia tidak kecundang di dunia yang fana ini.

“ Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung, Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau Ya Allah. Di malam yang hening ini, hadirnya hambamu yang hina, datang ingin mengadukan masalahnya Ya Allah. Masalah yang Engkau lebih mengetahuinya daripada diriku sendiri Ya Allah. Hati hambaMu ini tidak mampu untuk menghadapi ujian cinta yang engkau berikan ini Ya Allah. Aku takut andai aku terleka kepada cinta makhluk yang akan menyebabkan aku lalai kepada Engkau Ya Allah. Aku tahu Ya Allah, engkau tidak akan memberikan sesuatu itu melainkan ianya mampu untuk dihadapi oleh hamba-hambaMu Ya Allah. Maka, bantulah aku, pimpinlah aku agar aku tidak terpesong dari jalanMu Ya Allah, kerana sesungguhnya hati ini begitu lemah untuk menghadapi serangan hasutan syaitan durjana dan hawa nafsu Ya Allah. Pimpinlah hambaMu ini Ya Allah. Hanya kepada Engkau aku berserah dan kepada Engkau jugalah aku memohon cinta kerana sesungguhnya syukurku adalah milikMu Ya Allah.”

Adam mengikhlaskan dirinya berdoa kepada Allah. Moga doanya dimakbulkan oleh Allah s.w.t kerana dia yakin dengan firman Allah, “ dan berkata Tuhanmu, “ berdoalah kamu kepada aku, nescaya akanKu makbulkan.” Adam bersujud. Dia masih bersujud. Terus bersujud dan akan sentiasa bersujud. Menambah cinta yang seolah-olah tidak betah berada di hati. Berbekalkan setitis air mata, dia masih lagi ingin mencuba. Walau disedari dirinya tidak seberapa, namun semuanya harus dikira. Cinta kepada Yang Maha Esa perlu melebihi segala, walau cinta kepada Hawa mula menguasai jiwa. Menyerang segenap lapisan kerinduan Ilahi, menghancurkan benteng kesabaran selama ini, dia tetap akan mencuba kerana, cinta Adam kepadaNya perlu melebihi segala. Walau terpaksa mengorbankan Hawa. Dia hanya ingin mencari cinta Ilahi. Dia tenggelam dalam keasyikan beribadat kepada Allah. Dunia sudah dilupakan. Terasa asyik beribadat dan dai terus beribadat mengabdikan dirinya tanpa menyedari waktu yang semakin berlalu.
Komputernya masih lagi menyala. Terbuka tanpa disentuh. Surat yang baru separuh siap ditaip kelihatan terpapar di skrin tanpa diusik.

“Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Aku memohon keampunan dan lindungan daripadaNya sepenuh keikhlasan hati. Sedarlah kamu, cinta itu diciptakan oleh Allah dan kepadaNya juga cinta perlu kita kembalikan. Cinta kepada makhluk, pasti suatu masa ia akan meninggalkan kamu, akan tetapi cinta kepada Ilahi, hanya satu yang kekal abadi.

Dialah yang mencampakkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam hati hambaNya dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan hamba yang telah dicampakkan rasa cinta di hati. Aku tidak akan mencintai dirimu tanpa izin daripada Allah dan aku mencintaimu hanyalah kerana aku mencintai penciptaMu. Aku mencintai dirimu kerana agama yang ada padamu. Andai engkau hilangkan agama yang ada pada dirimu itu, maka hilanglah cintaku ini kepada dirimu. Aku hanya mampu berusaha dan bertawakal. Sesungguhnya segala ketetapan adalah daripadaNya semata.”

Adam berkejar ke café. Pagi ini dia tidak sempat bersarapan di rumah kerana terlewat. Sampai di café, dia terserempak dengan Rasyid. Senyuman dihadiahkan kepada sahabatnya itu kerana senyuman itu adalah sedekah, seperti yang telah termaktub di dalam sebuah hadis, “ senyumanmu kepada saudaramu dianggap sebagai sedekah.” Selain itu, senyuman juga merupakan senaman muka yang baik. Dia pernah membaca sebuah buku yang menghuraikan kelebihan yang tersembunyi disebalik sebuah senyuman.

Antaranya ialah, kajian menunjukkan bahawa senyuman akan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yang sudah sejuk ini sampai ke hipotalamus ( bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi ) ia akan menghasilkan kesan ‘gembira’. Ia juga berkait rapat dengan peghasilan endorphindalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi yang menjadikan seseorang itu lebih selesa dengan diri sendiri. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan dalam darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung meramsang proses penyembuhan dalam diri seseorang. Tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan dan keresahan yang dapat menyebabkan sakit jantung dapat dikurangkan dan peratus manusia yang suka tersenyum untuk dijangkiti akan menjadi rendah. Selain itu, senyuman yang diakhiri dengan ketawa juga mempunyai banyak kebaikan. Antaranya, ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon ( protein melawan penyakit ), sel T ( yang penting untuk system pertahanan badan ) dan sel B ( untuk penghasilan antibodi melawan penyakit ). Ia juga terbukti berjaya mengaktifkan bahan kimia badan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Habis membayar harga makanan, Adam melabuhkan punggungnya di hadapan Rasyid. Nasi lemak sambal sotong menjadi pilihannya pagi itu. Aroma wangi daun pandan meruntun seleranya. Perlahan-lahan dia menyudu hidangan di hadapannya.

“ Awal engkau datang café hari ini?” Soal Rasyid. Mulutnya sibuk mengunyah nasi goreng yang dipesan dengan lahap.

“ Aku bangun lewat sikit pagi tadi. Tak sempat sarapan di rumah,” Adam menjawab pendek. Rasyid mengangguk.

“ Aku ada berita untuk engkau. Nak tahu tak?” Tiba-tiba Rasyid menyoal penuh tanda tanya. Adam hanya mengangkat kening. Suapan masih lagi diteruskan.

“ Semalam, Huda tanya tentang engkau. Lepas sahaja engkau habis lunch dengan aku, dia datang jumpa aku. Dia suruh aku sampaikan surat ini kepada engkau,” ujar Rasyid sambil menghulurkan sepucuk surat.

“ Surat apa?” Rasyid mengangkat bahu tanda tidak tahu. Adam menyimpan surat tersebut di dalam beg galas yang dibawanya.

“ Nak aku tolong bacakan ke?” Usik Rasyid. Adam menggeleng sambil tersengih.

“ Kau ingat aku tak tahu membaca ke?” Balasnya sambil ketawa kecil.

Selesai bersarapan, masing-masing mengatur langkah menuju ke dewan kuliah. Hari ini, giliran kumpulan Adam pula untuk membentangkan kertas kerja kumpulan. Adam sudah bersiap sedia. Dia berdoa agar segalanya berjalan lancar. Moga-moga Professor Zaid meminati pembentangannya, ini kerana markah yang diperolehi akan dimasukkan dalam CGPAnya nanti.

Sampai sahaja dia di rumah sewa, malam sudah melabuhkan tirainya menutupi segenap alam maya. Lampu bilik dinyalakan. Beg galas dicampak ke atas katil lalu punggungnya dilabuhkan ke atas sofa kuning air. Terasa keletihan menyerang setiap sendi tubuh namun dia bersyukur. Dengan izin daripadaNya, dia telah berjaya memberikan pembentangan yang dianggap paling baik setakat ini. Semuanya berkat usahanya dan dengan izin Allah juga. Berbagai pujian diterimanya dan dia hanya mampu memulangkan semua pujian itu kembali kepada yang paling layak.

Wajah Professor Zaid kelihatan ceria seusai pembentangannya habis. Namun Adam tidak dapat mengawal perasaannya daripada rasa resah sebaik sahaja bertentang mata dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya. Dia bersyukur. Perasaan tersebut berjaya diatasinya dengan baik. Tiba-tiba dia teringat surat daripada Huda yang belum lagi dibaca. Pantas beg galas dicapai. Satu sampul kuning dikeluarkan. Perlahan-lahan surat tersebut dibuka.

Assalamualaikum w.b.t.

Menemui saudara Adam moga sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. mungkin saudara tidak mengenali diri saya, namun diri ini telah mengenali saudara sejak sekian lama lagi. Kehadiran surat ini adalah untuk menyampaikan hasrat di hati saya. Mungkin apa yang saya lakukan ini seperti perigi mencari timba, saya tak kisah kerana saya sudah memohon petunjuk daripada Allah dan saya pasti serta yakin, jodoh saya berada di sini.
Kita tidak pernah berhubung dan kini kita perlu bercinta, pelik bukan? Namun jika ianya sudah kehendak Ilahi, tiada yang mustahil. Andai kita sahaja sudah mampu Dia ciptakan, apatah lagi perasaan sayang sesama manusia. Bukankah ianya juga diciptakan oleh Allah? Apa yang penting adalah kita menggunakan cinta ini di jalanNya. Gunakan ia dijalan yang mendapat keredaanNya.
Saya tidak memaksa saudara menerima saya kerana segala keputusan itu datangnya daripada Allah jua. Imam Ghazali pernah berkata, “ aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika engkau hilangkan agamamu itu, maka hilanglah cintaku padamu.” Selaku hamba, sememangnya kita ingin mencari cinta hakiki, mencari cinta Ilahi. Namun hati ini terasa gusar andai ianya terjatuh ke dalam hati yang sudah melupakan cinta hakiki dan hanya ingin menuruti nafsu semata.

Tatkala nafsu sudah beraja, pandangan menjadi gelap dan tongkat si iblislah yang digunakan untuk menyuluh jalan dalam menyelusuri kehidupan yang akhirnya akan membawa kebinasaan. Saya yakin saudara mampu memimpin hati hawa ini dalam usaha mencari cinta Ilahi. Segala keputusan akan saya terima dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana daripadaNyalah segala apa jua datang dan kembali.

Sekian,wassalam.
Nurul huda bt Azman

Adam tersentak. Padahal baru sahaja dia ingin menulis surat meluahkan isi hatinya kepada Nurul Huda. Benarlah yang dijanjikan. Segera dia bersujud syukur. Memuji kebesaran dan keagungan Allah. Apabila engkau mengejar cinta Ilahi, engkau akan mendapat cinta hakiki dan cinta mereka yang mencintai Ilahi. Tetapi apabila engkau mengejar cinta mereka yang mencintai Ilahi semata, engkau hanya akan mendapat cinta mereka tanpa memperoleh cinta hakiki. Adam masih bersujud. Dia sudah berjaya dalam pencarian Hawanya. Dia akan terus bersujud. Menzahirkan kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya, dalam sujud ini…

Cintakan bunga, bunga itu pasti akan layu
Cintakan harta, harta itu nanti akan engkau tinggalkan

Cintakan paras rupa, ianya pasti akan dimamah usia
Cintakan manusia, suatu masa akan pergi jua akhirnya

Cintakan Ilahi, akan kekal abadi.
Cintailah Ilahi, nescaya engkau akan miliki kesemuanya…

Coretan pengarang

Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya menyiapkan cerpen yang agak ringkas ini dengan izin daripadaNya. Seikhlas mungkin saya garapkan cerpen ini untuk tatapan pembaca semua dengan harapan agar kita semua dapat mengambil segala manfaat yang berguna walau sedikit cuma. Apa yang pasti, segala kekurangan itu menjadi lumrah bagi manusia seperti kita dan yang sempurna hanyalah Dia Yang Esa. Dalam cerpen kali ini saya banyak menggunakan teknik imbas balik. Mungkin teknik ini kurang menjadi tetapi ini percubaan pertama saya menggunakan teknik ini dalam penulisan cerpen. Segala kekurangan harap dimaafkan. Saya mengharapkan komen yang boleh membantu saya memperbaiki mutu penulisan saya. Sedikit huraian tentang cerpen ini, ia mengisahkan seorang pemuda bernama Adam yang mencari cinta hakiki dan berada di dalam dilema apabila dia jatuh cinta kepada seorang gadis bernama Nurul Huda. Sewaktu dia sudah membuat keputusan untuk mencari cintanya itu hanya kerana cinta kepada Allah, maka Allah mendatangkan baginya cinta dicari sebelum sempat dia mencarinya. Pengajarannya ialah, dengan kita cinta kepada Allah, mereka yang mencintai Allah juga akan mencintai kita dan kita juga akan dimuliakan sesama manusia. Akhir kalam, selamat membaca dan semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayang daripada Nya.ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-43843784323568297442008-12-15T16:15:00.011+08:002008-12-15T17:01:36.498+08:00There's No Turning BACK!!!

Ya!! Bertemu lagi kita di dalam blog yang sederhana meriah ini. Saya tahu walaupun feed back yang saya dapat tidak begitu memberansangkan namun ramai yang menatap dan membaca blog ini. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua kerana tanpa anda, saya tetap diri saya dan kerana anda saya masih lagi tetap diri saya..hehe..Itu sebenarnya nak buat lawak akan tetapi, tak tahulah anda semua gelak ke tidak. Kalau anda gelak, alhamdulillah, bermakna anda telah menceriakan hari anda dengan warna-warni kehidupan. kalau anda tak gelak pula, bererti anda sengaja memudarkan hidup anda yang sememangnya tak berwarna. Hehe..tu dah ramai yang cuba menggelakkan diri mereka sendiri. Tepukan untuk diri anda semua.

NO TURNING BACK??!!

Sengaja saya pilih tajuk ini. Untuk sama-sama kita ambil pengajaran yang berguna. So apa yang saya nak ulas untuk kali ini? Maksud tajuk ini ialah, tiada jalan untuk kembali. Kalau pembaca semua suka menonton filem-filem action, kata-kata ini biasa dilafazkan. Menunjukkan mereka perlu teruskan juga apa yang telah mereka buat. Jadi apa yang ingin saya terangkan di sini ialah, bagi setiap masalah dalam hidup kita ini, semestinya ada jalan untuk kembali. Kalau tidak, takkanlah orang tua-tua pernah berkata," sesat di tengah jalan, kembali ke pangkal jalan." Ye ke tidak? Ini bermaksud kita sentiasa mempunyai ruang dan waktu untuk bertaubat. Jika kita singkap perjalanan sirah Nabi s.a.w, kita akan temui hadis yang mengatakan Nabi s.a.w dalam sehari akan memohon keampunan daripada Allah melebihi 70 kali, atau seperti yang terdapat dalam hadis sohih. Jadi bayangkanlah, jika Nabi s.a.w yang bertaraf maksum dan dijanjikan oleh Allah s.w.t syurga pun berbuat demikian, cuba kita fikir kita ini siapa di hadapan Allah s.w.t.

So, sementara pintu taubat masih lagi di buka, sewaktu kita masih lagi boleh bernafas, gunakan kesempatan ini untuk bertaubat.

Walau sebanyak mana pun dosa yang pernah kita lakukan, walau sebanyak mana sekali pun kesalahan dan kesilapan yang telah kita buat, walau jatuh berkali-kali ke lembah maksiat, teruskan bertaubat dan bertaubat kerana sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan, ialah mereka yang selalu bertaubat.

Walau pun sejarah hidup kita umpama jalan raya yang bersimpang siur, bagai ular dipalu,kita semua masih lagi berpeluang untuk bertaubat. Malah, Allah amat menyukai mereka yang suka bertaubat. We still have our chance.

Sujudlah kepadaNya, mohon keampunan sebanyak mungkin. Jangan hiraukan apa kata orang lain kerana ini semua untuk diri kita kelak. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari pula. Kelak, walau mengalir air mata darah sekali pun, kita tidak akan dapat kembali ke dunia. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah As-sajdah," dan jika kamu melihat apabila orang-orang yang bersalah menundukkan kepalanya di sisi tuhanmu lalu mereka berkata," wahai tuhan kami, kami telah melihat, dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan beramal soleh dan sesungguhnya kami berasa amat yakin."

Dalam ayat tersebut, Allah menceritakan saat dimana orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka lalu memohon kepada Allah agar mereka dihidupkan kembali kerana mereka telah melihat dan mendengar semua janji yang telah Allah janjikan kepada mereka iaitu azab api neraka. Namun, ianya mustahil untuk berlaku para pembaca yang budiman sekalian. Yakinlah, kita semua akan kembali kepadanya. Teguhkan iman kita, yakini syahadah yang telah kita ucapkan.

Allah banyak berfirman di dalam Al-Quran tentang kehidupan dunia yang hanya sementara cuma. Tidak akan kekal. Ia hanyalah tempat bagi hambanya menyediakan bekalan untuk kehidupan abadi kelak. Jadi, mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mengejar yang sementara walhal yang abadi kekal berada di hadapan mata?

ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-56191435135027153602008-12-14T08:44:00.014+08:002008-12-14T17:32:52.186+08:00Candle of Life..

Mulakan hari ini dengan senyuman. Tidak lupa juga untuk membaca doa bangun tidur tau. Jangan pula bangun terus pergi mandi pula. Tenangkan fikiran,tarik nafas sedalam yang boleh dan lepaskan perlahan-lahan. Cari sedikit kekuatan untuk kita memulakan hari ini dengan senyuman. Walau pun tak mampu nak tersenyum sampai rapat ke telinga, namun sekadar senyuman yang mampu membangkitkan rasa percaya diri kepada diri kita apa salahnya,ye tak?

So nikmatilah hari ini sebaik mungkin, pada itu tidak melupakan hakikat sebenar kehidupan kita di dunia ini tau. Jangan sampai kita tenggelam dalam arus kenikmatan dunia yang sementara. Lagi satu,jangan pula kita sentiasa sama aja dengan diri kita. Contahnya,renunglah mataharikan.. Sentiasa melakukan kerja yang sama. Langsung tiada peningkatan.. Walau pun bukan kita nak salahkan matahari tapi sebagai peringatan aje kepada semua pembaca. Kalau bukan kita yang ingin mengambil peringatan, siapa lagi yang nak berbuat demikin, betul tak? Kita dianugerahkan pancaindera maka gunakanlah apa yang telah dikurniakan kepada kita itu sebaiknya. Untuk kita mengambil iktibar dari segala apa yang berlaku di sekeliling kita. Apa punca banyak berlakunya gejala sosial sekarang ni di dunia kita? Salah satu puncanya tak lain dan tak bukan kerana kita semua dah menyalah gunakan pancaindera kita. Jadi kepada saudara-saudara dan saudari-saudari di luar sana yang masih rasa diri mereka tu manusia, gunakanlah segala kelebihan kita untuk memanfaatkan diri kita selain membantu orang lain. Jadikan setiap tindakan kita itu mendatangkan double bonus untuk diri kita. Dapat membantu orang lain dan memberikan manfaat kepada kita. Barulah kita ini digelar orang yang berjaya. InsyaAllah, berjaya di dunia dan di akhirat.

Sebagai contohnya, bukan payah kita nak buat suatu perkara yang akan mendatangkan double bonus kepada kita. Cuba anda semua saksikan papan tanda di sebelah kiri ini. Apa yang tertulis?? Cuba baca baik-baik. Tengok, ini merupakan satu nasihatkan? So, hanya dengan kita bagi nasihat yang baik,bukan sahaja kita dapat sedarkan diri kita yang terleka, malah kita juga dapat tolong rakan-rakan kita. bukankah itu sudah dikira sebagai membuat kebaikan kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain? Malah lebih menakjubkan, selama mana ada orang mengikut nasihat kita, selama mana ada manusia yang mengamalkan apa yang kita kata, selagi itulah ianya dicatatkan sebagai pahala kepada kita. Takkan semua tak nak? Bayangkanlah,kita jual satu barang, barang tu dah lah harga murah, jual satu aje,mestilah cepat habis, akan tetapi kita dapat untung yang berterusan. Semakin lama semakin banyak dan berganda, tak ke kita akan untung. Macam itulah juga amalan ni. So sama-samalah kita mula berpesan-pesan. Walau pun hanya sekadar menegah dari bahaya yang simple. Haa, namun jangan lupa pula. Andai kata kita mengajar sesuatu yang buruk, balasannya sama juga. So, kenalah kita berhati-hati ye?

Lastly, jangan lupa untuk kita menyemarakkan rasa cinta kita kepada saudara-saudara kita. Namun setinggi mana pun cinta kita, walau sedalam mana pun cinta kita, selagi mana ianya kita khususkan untuk yang bergelar makhluk, kita kena jadikan cinta kita kepada Yang Maha Mencipta melebihi segalanya.. Jangan lupa ek!! Salam ceria, semoga bertemu kembali..

ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-77682071503787893452008-12-12T19:49:00.000+08:002008-12-12T20:02:30.825+08:00JumAAt...Assalamualaikum sekali lagi saya ucapkan kepada semua pembaca sekalian.sedar tak sedar kita sudah tiba kepada hari Jumaat. hari yang penghujung dalam minggu ini..haih..cepat betul masa berlalukan..sedar tak sedar dah berlalu seminggu,tak lama lagi setahun then bertahun-tahun dan akhirnya kita semua akan mati dan bertemu dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t. masa itu,tiada sesiapa pon yang dapat tolong kita melainkan amalan kita semasa hidup di dunia ini kan??

so,hari ini memandangkan hari jumaat,ingin saya sentuh sedikit berkaitan dengan Jumaat. kisah ini dah biasa berlaku kepada semua lelaki yang menghadiri khutbah jumaat. yelah,kalau bukan laki sape lagi ye tak..okay,apa yang amat menyedihkan ialah,jemaah jumaat nih tak tahu yang solat tahiyatul masjid tuh amat dituntut oleh Nabi s.a.w. kebanyakkannya menganggap bahawa,kalau datang masjid then imam tengah berkhutbah kena terus duduk dan dengar khutbah..

bukan begitulah saudara-saudaraku sekalian.. dalam satu hadis yang bertaraf sohih ( jika saya tidak lupa) ada satu kisah,masa itu,Nabi s.a.w tengah berkhutbah then datang seorang jemaah nih,masuk je masjid terus duduk. Nabi s.a.w pon berhenti berkhutbah lalu terus menyuruh lelaki itu bangun untuk solat tahiyyatul masjid. tengok? betapa penting nya solat sunat tu hkan..tapi ramai yang tak tahu dan ada jugak tu yang malas nak buat. padahal kan solat itu amat dituntut??

masa kita sihat ni lah kita nak beribadat kepada Allah s.w.t. betul tak? takkanlah nak tunggu sampai kita sakit dan nak dekat mati baru nak bertaubat?? ada satu kisah nih,ada seorang lelaki.dia nih jarang solat dan suka pulak nak merokok ( p/s: hukum merokok adalah haram!!) ditakdirkan oleh Allah s.w.t, dia sakit kena kanser. habis lumpuh semua badan. dah tak boleh bergerak. maka semenjak hari itu dia insaf dan jadi orang yang mengajak kepada kebenaran. suatu hari,ada seseorang datang kepadanya lalu bertanya " jika diberikan peluang kepadamu,apakah benda yang paling engkau inginkan?" lalu jawab si pesakit itu tadi," jika aku diberikan peluang untuk meminta satu benda,aku ingin meminta kepada Allah s.w.t agar Dia menyembuhkan aku hanya sekadar untuk satu minit agar aku mampu untuk bersujud kepadanya,kemudian jika Dia mahu mematikan aku,aku reda." lihat,betapa terseksanya pesakit tuh sebab dia dah tak boleh sujud memandangkan badan dia dah lumpuh. so,bagi kita yang masih sihat walafiat nih,gunakan peluang kita untuk beribadat dan bersujud mengabdikan diri kita yang hina ini kepada Allah s.w.t.

bukanlah diri ini merupakan yang terbaik,namun sama-samalha kita saling ingat-mengingati sesama muslim memandangkan peringatan itu akan menaikkan seseorang itu.so,andai anda bersalah,saya ingatkan dan jika saya pula yang berbuat kesalahan,anda tegur. moga-moga kita sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t..

mati itu pasti,hidup INSYAALLAH!!
ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3097501790337522018.post-17684140355751142272008-12-10T12:23:00.001+08:002009-08-04T21:47:47.774+08:00ni ape nih??

Assalamualaikum semua..okay bertemu lagi kita di dalam ruangan blog saya yang sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat malaysia..cewah..saje2 perasan sket barulah nampak keceriaan yang beraja di dalam hidup kita, tak gitu??

biasalah,banyak kelebihan kalau kita nih suka tersenyum tau..antaranya nak tahu??haa..ia adalah salah satu cara untuk awet muda tau..so kepada wanita2 diluar sana yang sudah mencuba berbagai produk kecantikan untuk awet muda dan tak berkesan,cuba amalkan tersenyum..pasti dapat melihat perubahan yang positif tak lama lagi..

haa,tu baru satu je kelebihan dia,selain itu,senyuman juga dikira sebagai sedekah tau sebagaimana sabda Rasullulah s.a.w, " senyuman kamu kepada saudara kamu itu dikira sedekah" atau seperti yang termaktub di dalam kitab hadis. so tak rugi kalau kita nih selalu tersenyum..haa,selain dapat menambahkan awet muda kepada wajah kita yang semakin dimamah usia ni,boleh jugak kita menambahkan amal kita untuk menempuh hari esok.al maklumlah kan,semua orang akan mati,tak kira kaya, miskin,muda atau pun tua..jadi tak perlulah kita nih terlalu sibuk mengumpul kenikmatan dunia yang sementara nih.bukan nak suruh tinggalkan semua tapi just kita kena ingat yang kita nih bagaimana sekalipun akan kembali kepada Allah,so kenalah kita bersiap sedia.

umpamanya,ibarat kita kumpul wang lah kan..kalau pahala tu Allah datangkan dalam bentuk wang,gerenti dan pasti ramai yang nak buat amal ibadah. so kita pon kenalah berusaha bersungguh2 untuk mengumpul pahala di dunia nih..sementara masih ada masa yang diberikan sebab kita tak tahu pun bila kita akan mati,ye x?

umpama kereta yang tak tahu bila habis minyak,mestilah kita siap2 bawak bekal.manalah tahu berenti tengah hutan,dapat jugak isi makanan dalam perut.kalau x bawa bekal?? haa,cubalah pikir tau..

hehe..so hari ini,berkaitan dengan hidup si penulis, aku akan menempuh ujian untuk ambik lesen..huhuhu...adalah jugak perasaan cuak beraja di hati ini..manalah tahu kan,terkantoi,kena ambek sekali lagi..huhu..tapi x sabarlah nak dapat pandu kereta..boleh pergi jalan2..

so sekarang nih sebenarnya baru sudah jawab soalan latihan tuh..ni tengah boring lah nih..so dari membuang masa begitu sahaja,aku pon tulislah blog nih..kasi update sikit..karang kalau malas nak update karang tak bergerak pulak blog nih..
so skarang nih,otak pon dah kering..tak tahu nak tulis ape..so the end, sentiasalah kamu ingat kepada kematian...
ifab2004http://www.blogger.com/profile/10517924692863774965noreply@blogger.com0