CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 23, 2009

Sikap kita?

Hari ini kita melawat Pameran Buku Antarabangsa..Banyak buku-buku yang berjaya menarik minat kita untuk mendalaminya dengan lebih dalam,moga-moga dengan membaca dan menelaah isi kandungan buku tersebut,dapat juga kita sedikit ilmu yang cuba disampaikan oleh penulisnya. Kita pun dengan segera membayar harga buku tersebut,tanpa berfikir panjang. Maklumlah,bukannya duit itu digunakan untuk membelia barangan yang tak berfaedah,kan? Sewaktu hendak melangkah keluar,mata kita tertarik pula dengan sebuah buku di gerai yang berlainan.

Peristiwa yang sama berulang-ulang sehinggalah pabila kita pulang,berbuah-buah buku kita bawa pulang. Lalu dengan bangganya,kita letakkan buku-buku tersebut di rak buku, dengan harapan kita akan membacanya nanti. Malam itu,kita tidur dengan semangat,"esok,aku akan membaca buku tersebut."

Namun,esoknya,seperti biasa,kita disibukkan dengan berbagai pekerjaan,kita kembali kepada kehidupan normal kita. Malam itu,sekali lagi kita tidur dengan semangat yang sama.

Begitulah seterusnya sehinggalah debu-debu mula menebal dikulit buku tersebut,kertas yang mulanya putih sudah menjadi coklat kekuningan. Tulisan yang dahulunya pekat mula menjadi pudar dan semakin susah untuk dibaca. Akhirnya,kita memindahkan buku-buku tersebut ke dalam stor kerana kita telah membeli buku baru untuk dibaca. Begitulah nasib buku tersebut.

Dimana semua situasi ini saling berulang dan terus berulang selagi mana kita tidak mengubah sikap kita.

Niat kita membelanjakan wang membeli bahan bacaan yang berguna memang layak dipuji,namun apalah ertinya jika kita hanya membeli tanpa membacanya? Ilmu yang sepatutnya mampu mengenyangkan rohani kita akhirnya dibiarkan terperosok di dalam ruangan stor yang kelam.

Lebih baik kita membeli sebuah buku dan kita memanfaatkan isi kandungannya daripada kita membeli bagai nak rak,lalu semuanya kita simpan sahaja? Fikir-fikirkanlah..Apalah gunanya kita mempunyai sebuah perpustakaan dirumah yang buku-bukunya tak pernah disentuh? Lebih baik kita mempunyai sedikit sahaja buku,namun semua isi kandungannya sudah kita hayati dan fahami?

Bayangkanlah,berapa ramai manusia yang diberikan peluang untuk menuntut ilmu dan berapa ramai pula yang menggunakan peluang tersebut sebaiknya? Walhal,kita sering kali melihat mereka yang berasal dari golongan yang berpendapatan rendah yang sentiasa dahagakan. Walaupun diasak dengan berbagai cabaran,rintangan,mereka tetap cuba membina peluang demi memuaskan rohani mereka.

Mereka ini adalah golongan yang tiada perpustakaan dirumah,hendak membeli buku pun jarang-jarang mempunyai wang,namun mengapakah mereka ini kebanyakkannya lebih berilmu berbanding mereka yang ada library di rumah.

Dan apabila mereka sudah berilmu,secara otomatik darjat mereka diangkat oleh Allah s.w.t sebagaimana dalam firmanNya,"Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"(al-Mujadilah:11)

Renungkanlah
"adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tak mengetahui? Samakah orang yang berlari dengan berjalan? Samakah orang yang lapar dengan yang kenyang?"

3 comments:

putsukabintang^^ said...

eh kalau beli novel cepat pulak bace ye dakk

hehehe.
take care=)

Nik Aimi Nik Fauzi said...

hebat2 ^^

uthrujjah said...

eh klau bca bku la tahzan yg Dr aidh Qarni tulis,sure x cri bku len da...x caye cubala=)