CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 8, 2010

Ranking ke-5 best speaker~hehehe

Salam,amboi dah lama rasanya aku tak update blog. Post yang kali ni pun terpaksa taip ketika ada masa je. Hm,minggu ni agak bz bahkan minggu yang akan dating lagi bz berbanding minggu ni. Minggu ni aku ada perlawanan debate English piala naib caunselor. Jadi sebab tak ada persediaan, terpaksa curi-curi masa nak berlatih. Namun apa yang agak malang,just sempat berbincang cari points untuk setiap motion je. Tak sempat nak latihan sparring. Jadi agak gelabah jugak la.

Debate ni lawan power match. Aku team dengan fawwaz,ratna n mardhiah. Hahaha! Hari first lawan, kena lawan 3 match. Second day kena fight 2 match.

First fight lawan dengan FEM B. Hehe,abang tu tergagap-gagap. Akhirnya Berjaya menang dengan margin 8. Then lawan kedua dengan FSU A. Sengit betul lawan. Tapi kalah margin 1. Then lawan sekali lagi, bertemu dengan FKP. Hehehehe. Yang ni menarik jugak lawan,menang margin 1. So total kemenangan hari ni two out of three.


 

Hari kedua,lawan dengan FEM A. Team GG! Hahahaha! Tapi kali ni aku reserve je.malas nak masuk. Sebab malas nak masuk,aku pun buat-buat alas an sakit perut. Mar ganti. Ok la performance beliau untuk seorang beginner, sebab juri pon boleh tahu yang dia first time debater. Menang margin 2.

Lepas tu,lawan sekali lagi kena lawan team tamhidi A. Hahahah! Jumpa geng sendiri. Ape lagi,makin syok nak berlawan bila tahu hakim dia guru-guru tamhidi jugak. Tapi malangnya match ni match silence. Tak tahu keputusan. So,x tahu sapa yang menang.heheh


 

Cukup2..tak boleh banyak2 tulis,nak buat akaun dulu.wslm~

Sunday, February 28, 2010

Maksud tersirat di sebalik kejayaan itu

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian. Harapnya berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam usaha mencari rahmatNya di dunia ini. Kerana selaku pengembara di dunia ini, kita sentiasa memerlukan pertolongan dan hidayah daripadaNya.

Kali ini,saya ingin membincangkan tentang fenomena yang berlaku dalam kehidupan saya,mungkin juga telah berlaku di sekitar diri pembaca sendiri. Apa fenomena itu? Fenomena seorang manusia yang sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilakukannya. Seolah-olah tiada langsung pintu kegagalan dalam kehidupan beliau.

Setiap apa yang diceburi, dilakukan oleh beliau, sering kali mendapat kejayaan yang membanggakan sehinggakan jika dia gagal, manusia lain seolah-olah tak percaya dia gagal.

Jadi di sini,saya ingin membawa para pembaca kepada suatu persoalan,mengapakah beliau disogokkan dengan kejayaan yang melimpah ruah? Adakah ini secara kebetulan? Atau mungkin dek kerana usaha beliau yang berpenat lelah selama ini?

Sedar atau pun tidak, kita seringkali membandingkan diri kita dengan mereka yang terus terusan berjaya,sehingga kita mengeluh, mengapa mereka sering berjaya tanpa gagal. Seolah-olah mereka tidak diberikan ujian langsung dari Allah s.w.t.

Namun,sebenarnya ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada mereka lebih berat dan besar daripada kita. Tidakkah kita pernah terfikir, Allah memberikan kejayaan itu kepada mereka untuk menguji adakah mereka tahu dan pandai bersyukur? Adakah mereka akan menundukkan kepala mereka dikhalayak manusia? Adakah mereka mampu menghilangkan perasaan riak di hati?

Lihat,betapa beratnya ujian mereka. Dan ramai daripadanya yang telah kecundang. Masing-masing memandang kejayaan itu adalah disebabkan usaha mereka. Mereka lupa semua itu adalah dengan rahmat dan kehendakNya.

Jika tidak,mustahil ada manusia yang telah gigih berusaha,lantas tiba-tiba dia gagal?

Maka,marilah kita sama-sama merenung fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita,lantas kita analisis perkara itu,dalam usaha mencari tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. Moga-moga iman kita akan menjadi lebih tebal hari demi hari.

"lihatlah orang di bawahmu untuk mempelajari erti syukur,dan pandanglah orang di atasmu untuk mempelajari erti persaingan"

"Kunci pertama kepada kejayaan ialah percaya yang engkau boleh sebelum engkau mula melakukan sesuatu itu"

Tuesday, February 2, 2010

Be Grateful For Those Little Things

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca.

Bagaimana kehidupan kita pada hari ini? Bertambah baik atau masih lagi di takuk lama? Harapnya segalanya menunjukkan kemajuan walau sedikit. Jika kita lihat sekeliling kita, semua benda semakin melangkah maju ke hadapan.

Tak faham? Ambil contoh mudah, masa demi masa, hari yang kita lalui semakin bertambah? Betulkan? Begitu juga usia kita, hari demi hari, ianya turut berubah. Jadi, adakah kita masih lagi mahu berada dan berkelakuan seperti mana ketika kita berumur 7 tahun? Adakah sekarang kita masih lagi memerlukan bantuan untuk berjalan? Adakah kita masih lagi memerlukan bantuan orang lain untuk makan?

Inilah perubahan yang perlu kita cari, perlu kita cipta, agar kita tidak berada di takuk lama. Jika semalam kita berzikir sekali,hari ini cuba pula kita buat dua kali. Tak salah bukan? Paling kurang, kita berjaya membezakan diri kita hari ini dan semalam.

Panjang pula penulis berceloteh di sini. Ok,mari kita kembali ke tajuk utama kita. Belajar mensyukuri nikmat-nikmat kecil.mungkin dalam arab boleh kita kata sebagai."assyukru bikulli syaik walau misla zarrah"

Kenapa penulis memilih tajuk ini?

Semuanya kerana ilham yang dating dari Allah s.w.t. Ketika penulis membaca Al-Quran petang tadi, penulis terbaca ayat yang menceritakan bagaimana seekor semut yang berkata kepada kaum semut agar berhati-hati supaya tidak dipijak tentera nabi Sulaiman.

Terdetik di hati penulis, selaku nabi, Nabi Sulaiman kelihatan begitu mensyukuri nikmat Allah. Lalu bagaimana kita selaku umat manusia biasa ini? Rasanya, begitu banyak sekali nikmat yang kita ambil mudah.Ketika adanya nikmat ini, kita tak hargai. Bila sudah tiada, baru kita merasa kepentingan dan bersyukurnya kita tatkala nikmat itu ada. Dalam English dipanggil take for granted.

Sebagai contoh,jika selama ini kita mempunyai kereta, kita tidak bersyukur sehinggalah kita kehilangan kereta tersebut. Contoh yang lebih mudah, kita mempunyai handphone,kita letak sewenang-wenangnya,dan apabila handphone kita hilang,barulah kita tersasar-sasar nak mencari. Masa itulah baru kita merasai, alangkah bersyukurnya kita ada kemudahan tersebut.

Kita semua lahir mempunyai ibu dan bapa. Banyak di antara rakan-rakan kita yang telah kehilangan ibu bapa mereka, namun Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk merasai kasih seorang ibu dan juga seorang bapa. Tapi kita selaku manusia yang bongkak dan angkuh, selalu menjuihkan mulut kita, seolah-olah tidak menghargai nikmat yang ada. Seringkali cemuhan terlafaz di mulut kita,ibu kita penyibuklah,bapa kita pemalaslah. Segala-galanya kita luahkan. Namun tak pernah sekali pun kita terasa bersyukur kerana di antara ramai-ramai manusia, kita adalah antara yang masih lagi mempunyai peluang untuk merasai semua nikmat itu.

Ketika mana kita masih lagi mempunyai pilihan,masih lagi mempunyai peluang,marilah sama-sama kita fikirkan,apa lagi nikmat-nikmat kecil yang sebenarnya besar, yang tidak kita lihat. Bersyukurlah dengan kehadiran nikmat-nikmat ini,sebelum ianya ditarik kembali oleh Allah s.w.t. Bak kata pepatah melayu,"menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna"

Friday, January 8, 2010

Jawatan dan pangkat

Salam
bertemu lagi kita dalam ruangan blog yang berada di alam virtual ini. Walau pun mungkin kita saling tak mengenali antara satu sama lain, tapi ini tidak menghalang kita untuk saling ingat-mengingati bukan?

Kali ini,apa kata kita buka minda, kita kusutkan sedikit otak kita dengan satu persoalan lazim yang biasanya berlaku di kalangan kita sendiri.

Kita biasa mendengar orang menolak untuk di berikan jawatan yang tidak mendatangkan laba seperti jadi S/U, bendahari dan sebagainya.

Alasan mereka: tak mahu memikul amanah,bimbang tak mampu nak menjalankan tugas dengan baik. Ada juga yang mengatakan diri mereka tidak layak untuk menjalankan tugasan tersebut.

Cuba bayangkan jika semua manusia bersikap sedemikian, siapakah yang akan menjadi pendakwah? Siapakah yang akan berani menyuarakan kebenaran jika semua kita tak mahu memegang jawatan atau menjalankan amanah?

First sekali,kita kena fikir, bukan kita yang menilai siapa diri kita. Orang lain, bukan mudah-mudah mahu beri jawatan dan amanah pada kita. Sure mereka dah nampak potensi dalam diri kita. Jika kita tolak jawatan itu, dan jawatan itu terpaksa diberikan kepada manusia yang tidak layak, adakah kita sanggup melihat amanah itu terbengkalai akhirnya? tidakkah nanti wujud penyesalan dalam diri kita? Sedangkan kita tahu, andai kita yang menjalankannya, hasilnya akan lebih baik?

Persoalannya
wajarkah kita menolak jawatan tersebut?

Pada pandangan saya, tidak wajar. Ini kerana, jika perkara ini wajar dilakukan, nescaya Abu Bakar, Umar,Usman dan Ali akan menolak untuk menjadi Khalifah memandangkan tugas tersebut amatlah berat tanggungannya.

Jadi, cuba kita belajar dari sirah silam. Jika mereka tidak menolaknya, mengapa kita perlu? Sedangkan jika dibandingkan, amanah mereka lebih berat berbanding kita. Apalah sangat kerja bendahari atau setiausaha jika dibandingkan dengan memimpin kaum muslimin?

Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, December 2, 2009

dont think you are,know you are..

Ramai manusia yang sering kali berfikir mereka boleh. Berfikir yang mereka mampu,sedang jauh di dalam diri mereka, mereka sendiri tak yakin dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka masih lagi meragui kemampuan mereka sendiri. Seringkali, apabila duduk termenung, berbagai soalan negatif muncul di benak mereka.

Dan mereka yang pada mulanya berfikir mereka mampu melakukannya, akhirnya mula goyah. Mula menjadi gerun dan takut. Takut pada sesuatu yang mereka sendiri ciptakan. Takut kepada matlamat mereka yang mungkin agak terlalu tinggi. Walhal,mereka belum lagi mencuba. belum lagi mereka menjejakkan kaki untuk cuba menggapai cita-cita mereka. Mereka terus mengubah pendirian, dan memilih cara yang kurang berisiko, serta melupakan apa yang mereka impikan suatu masa dahulu.

Ketika mereka mula berfikir mereka tidak mampu melakukannya, mereka telah menjadi orang-orang yang kalah. ya,kalah. Mengapa? ini kerana, mereka umpama seorang manusia yang berdiri di hadapan sebuah gunung. Dari kejauhan mereka melihat gunung tersebut begitu rendah dan percaya yang mereka mampu untuk menawan puncak gunung itu. Pabila mereka benar-benar berada di hadapan gunung tersebut, melihat kepada ketinggiannya, mereka terus takut dan membatalkan niat mereka.

walhal, mereka tahu, mereka belum lagi mencuba. Belum lagi berusaha. Padahal, telah ada manusia lain yang berjaya menawan gunung tersebut. Lihat? Jika pernah ada manusia yang berjaya dan mampu berbuat sedemikian, mengapa mereka tidak mampu?

Semuanya adalah kerana apa yang mereka fikirkan. Ya, semuanya bergantung kepada minda kita. Mindalah yang mengawal segala pergerakan tubuh kita. Jika kita bersungguh-sungguh memikirkan yang kita mampu, maka, untuk saat itu, kita benar-benar mampu.

Pernahkan kita dengar cerita seorang lelaki, yang lari dikejar anjing,lalu ketika sedang berlari itu,ada pula di hadapannya sebuah pagar yang agak tinggi. Tak pernah dalam hidupnya melompat pagar setinggi itu. Tapi ketika itu, mindanya mengatakan dia "boleh!" dan akhirnya, dengan mudah dia boleh melepasi pagar tersebut.

Pabila dicuba sekali lagi untuk melompat dalam keadaan biasa, kelihatan lelaki itu tidak mampu.

Lihat perbezaannya. Bagaimana kuasa minda memainkan peranan yang penting dalam menjana kejayaan dalam kehidupan kita.

suatu dialog yang amat saya gemari ketika menonton filem Matrix dahulu,

"dont think you are, know you are"

"Jangan fikir kamu boleh,ketahuilah yang kamu boleh!"

Saturday, November 14, 2009

Antara wang dan redaNya..

ok! hari ini kita bercakap pasal duit! Petang tadi,seusai membaca sebuah buku,saya agak kagum dengan apa yang diperbincangkan dalam buku itu. Penulisnya menekankan cara-cara untuk kita menguruskan duit.

Tidak dinafikan,duit merupakan satu benda yang amat penting dalam kehidupan kita sekarang ini. Namun,kebahagiaan sebenar tak terletak pada duit itu sendiri. Duit itu hanyalah medium yang dicipta untuk memudahkan transaksi antara manusia.

Kalau kita renungi balik,zaman dahulu,manusia memulakan transaksi dengan menggunakan sistem barter. Kemudian diikuti dengan kulit kerang,lalu berevolusi menjadi emas,perak dan akhirnya pada hari ini,manusia menggunakan wang atau duit untuk memudahkan transaksi.

Namun,lama kelamaan, medium yang dicipta untuk memudahkan transaksi itu akhirnya disalah anggap sebagai erti kebahagiaan yang sebenar di dunia ini. Disitulah bermulanya satu kesilapan besar manusia.

Manusia perlu sedar,wang tidak menjanjikan apa-apa. Sebab itu,selalu kita lihat si miskin mampu tersenyum walhal dia tidak mempunyai wang yang cukup,manakala si kaya yang mempunyai harta melimpah ruah,namun tak merasa apa-apa dengan kekayaan dan kemewahannya itu.

Lihat,dari situ kita sudah dapat menangkis tanggapan wang sebagai kebahagiaan. Banyak duit tak bermakna kita akan bahagia.Tak ada duit juga tak bermakna kita akan bermuram durja.

Jadi,di mana hendak kita cari kebahagiaan itu?

Semua kebahagiaan itu datangnya daripada Allah s.w.t. Maka,jika kita mahukan kebahagiaan, mintalah kepadaNya.

Umpamanya,kita mahukan kereta,maka kita perlu pergi ke kedai yang menjual kereta. Tidak ada kedai runcit yang menjual kereta kecuali kereta mainan sahaja.

Lihat,sesuatu itu perlulah di cari di tempat yang seharusnya.

Maka,dalam mengejar harta dunia itu, kita sertakan niat untuk mencari redaNya. Nescaya kita akan mendapat keduanya. Maka,ketika itu,kita akan menjadi golongan yang berjaya.

Apabila kita mengejar dunia, maka kelihatan seolah-olah dunia itu semakin menjauh dari kita,namun bila kita kejar akhirat,dunia itu sendiri yang akan datang kepada kita. Bak kata orang putih,"killing two birds with one stone".

Inilah yang dikatakan pelaburan yang bijak. Menggunakan satu cara untuk mendapatkan dua benda. Namun,satu benda itu tak dapat kita lihat pada hari ini,ianya sebagai bekalan di hari esok. Sebab itulah,kita perlu benar-benar yakin.

Kebanyakkan manusia hari ini, mereka percaya namun tidak yakin. Mereka percaya akan mati,namun mereka tidak yakin. Mereka percaya macam-macam lagi, namun mereka masih lagi tidak yakin. Kerana itulah kita lihat mereka tidak membuat persediaan apa-apa.

Jadi,kesimpulannya janganlah kita jadikan wang itu sebagai raja,namun jadikanlah ia sebagai hamba kita dalam usaha kita mencari reda Ilahi di dunia ini.

Friday, November 13, 2009

Fenomena sekarang

Fenomena sekarang,manusia menjadikan diri mereka robot tanpa mereka sedari. Walaupun mereka berkali-kali menafikan perkara tersebut, namun hari semakin hari, mereka cenderung berubah menjadi robot. Robot-robot yang hanya melakukan perkara lazim bagi mereka. Robot-robot yang cuba menggembirakan diri mereka dengan kenikmatan dunia bila mereka rasa sunyi. Dan mereka dengan penuh hati mengatakan itulah kehidupan mereka. Teringat kata kawan dahulu. Memang benar, manusia sekarang memang sudah jadi robot.

Apa yang mereka fikir cuma pasal kehidupan mereka. Bangun pagi, kerja. Habis kerja, pulang dan tidur. Esoknya, perkara yang sama mereka ulangi. Kadang kala sampai suatu ketika, rasa kekosongan mula membejat di jiwa mereka. Ketika itu, mereka cuba mencari pengisian dengan kegembiraan yang dibuat-buat oleh mereka. Faham?

Bila kita buat sesuatu yang tak sama dengan apa yang kita mahu, secara otomatik, benda tu tak akan memberikan kita kepuasan. Malah, ianya hanya akan memenatkan kita. Akhirnya, kita akan rasa tiada makna kehidupan kita di dunia ini.

Sebagaimana sabda Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W," aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang mana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan tersesat di dunia, untuk selama-lamanya, kitab alquran dan sunnah rasulNya" *atau sebagaimana sabda Nabi S.A.W.

Lihat? Jalan penyelesaiannya sudah ada di depan kita.

Umpamanya, kita sedang duduk di meja makan. Ubat sudah tersedia di hadapan bersama segelas air. Apa yang perlu kita lakukan cuma makan ubat tersebut.

Jadi,bila kita dah tahu jalan penyelesaian untuk masalah kita itu, bersegeralah buat apa yang perlu untuk menyelesaikannya.

Dalam hal keduniaan ni, tidak boleh tidak, kita kena kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Barulah hidup kita terselamat dan bahagia.

Bahagia yang sebenar-benar bahagia kali ini...
Bukan yang dusta apatah lagi nista..