CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 22, 2008

RenunGkanLah...





Assalamualaikum kembali kita sekali lagi. Hm, hari demi hari, kita semakin enak di buai mimpi indahkan? Setiap hari, kita akan memasang cita-cita dan impian baru dengan harapan semua itu akan menjadi suatu kenyataan pada suatu hari nanti.
Namun tanpa kita sedari kita semua telah melupakan satu hakikat hakiki, satu hakikat yang pasti, di mana kita semua tidak akan dapat melarikan diri kita iaitu hakikat penciptaan manusia di muka bumi ini.


Pengalaman saya semasa bercerita dengan seorang rakan, kami memang selalu bertanya khabar. Pada suatu hari, saya telah menyoal rakan saya ini tentang bagaimana kehidupannya sekarang, malah jawapan yang diberikan adalah, hidup terasa tidak bermakna. Katanya dia seolah-olah sudah bosan dengan kehidupannya.
Jadi persoalan yang ingin saya timbulkan hari ini adalah, kenapa kita sampai boleh bosan dengan kehidupan kita di dunia ini? Walhal di dalam Al-Quran banyak menyebut bagaimana keadaan orang-orang yang banyak berbuat dosa.
Mereka selalu berkeinginan untuk kembali semula ke dunia kerana mereka ingin bertaubat dan beramal soleh.




So, yang paling saya hairan sangat ni, macam mana sampai kita bosan pula? Padahal Allag s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah tentang penciptaan khalifah di muka bumi.
Bagaimana pada waktu itu para malaikat membantah kerana memikirkan manusia ini hanya akan mendatangkan kerosakan dan kemusnahan kepada bumi. Namun Allah s.w.t sesungguhnya lebih mengetahui apa yang dibuat.
Jadi, sebelum kita berasa bosan dengan kehidupan seharian kita, cuba kita fikir dan renungkan, adakah kita sudah mencapai tahap yang sepatutnya untuk bergelar seorang khalifah Allah di muka bumi ini?





semestinya jawapan kita adalah tidak. Jadi kenapa kita mahu berasa bosan dengan kehidupan walhal kita ini masih lagi tidak layak untuk bergelar khalifah Allah? Masih lagi kita ini sering lupa kepadaNya, masih lagi kita melakukan dosa dan maksiat kepadaNya, kita masih lagi mensia-siakan kepintaran yang dianugerahkan olehNya.
Semua itu menunjukkan kita masih lagi perlu berusaha untuk menjadikan diri kita sebaik mungkin. Selagi mana kita mampu melangkah jauh teruskan melangkah dan jangan berpaling ke belakang. Masa lalu adalah sesuatu yang pasti tak akan kembali lagi, hari ini merupakan realiti yang perlu kita hadapi, dan masa hadapan itu pula sesuatu ilusi yang masih tak pasti.
Jadi, sama-samalah kita menyusun langkah sebaiknya agar kita tidak terjatuh buat kesekian kalinya..


Pernahkah kita memikirkan penciptaan pelangi yang menunjukkan kekuasaan Ilahi walau pun kita sering memuji keindahannya?? Fikirkanlah...









Tuesday, December 16, 2008

CeRpEn>> MengeJar CiNt@ HaKiKi

Dia masih bersujud. Terus bersujud dan akan sentiasa bersujud. Menambah cinta yang seolah-olah tidak betah berada di hati. Berbekalkan setitis air mata, dia masih lagi ingin mencuba. Walau disedari dirinya tidak seberapa, namun semuanya harus diambil kira. Cinta kepada Yang Maha Esa perlu melebihi segala, walau cinta kepada Hawa mula menguasai jiwa. Menyerang segenap lapisan kerinduan Ilahi, menghancurkan benteng kesabaran selama ini, dia tetap akan mencuba kerana, cinta Adam kepadaNya perlu melebihi segala. Walau terpaksa mengorbankan Hawa.

***********************

Adam melangkah masuk ke perpustakaan seperti kelazimannya. Saban hari, di situlah dia menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku ilmiah yang penuh terdapat di situ. Tabiatnya yang suka membaca sudah sebati dengan dirinya semenjak kecil lagi. Sebaik sahaja masuk ke perpustakaan, matanya menangkap wajah sahabatnya Rasyid yang kelihatan sibuk menelaah. Mencari maklumat barangkali,getus hati kecilnya.
Perlahan-lahan Adam menghampiri sahabatnya yang seorang itu.

“ Assalamualaikum Rasyid,” sapanya melontarkan ucapan mulia tersebut. Rasyid membalas salamnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

“ Dah lama ke sampai?” Rasyid mengangguk. Titisan peluh di dahi disapu. Spek matanya dibetulkan.

“ So?”

“ Aku dah kumpul maklumat yang engkau mahu tu. Semuanya terdapat dalam cd ni,” balasnya pantas sambil mengeluarkan sekeping CD dari beg galasnya. Pantas saja dia meletakkannya di hadapan Adam. Seolah-olah mengerti yang Adam hanya mahu singgah sebentar.

“ Jadi,terima kasih aku ucapkan pada kau, Rasyid. Aku tinggal kena prepare untuk presentation sajalah. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak.”

“ Alah, inikan kerja kumpulan, walau pun kita bukan sekumpulan, aku tetap akan tolong kau setakat yang aku mampu. Lagipun maklumat yang kau mahu ini pun sama juga macam yang aku mahu,” ujar Rasyid sambil mengenyitkan matanya. Adam tersengih. Jam tangannya dikerling. Alamak, dah pukul tiga. Dia segera meminta diri untuk beredar sambil mengucapkan salam kepada sahabatnya itu. Langkah kaki pantas diatur menuju ke bilik Professor Zaid. Semalam dia sudah membuat temu janji dengan professor yang berkelulusan dari Jordan itu untuk membincangkan pembentangan yang akan dibuatnya minggu hadapan.

Dalam pada itu,seorang pemuda menegurnya.

“ Adam b. Adnan?” Adam hanya mengangguk. Pemuda itu tersenyum lalu menghulurkan sepucuk surat. Adam mengambil surat tersebut. Kelihatan namanya tertulis di atas sampul.

“ Untuk awak,” ujar pemuda itu sambil berlalu pergi sebelum sempat Adam bertanya akan pengirimnya. Memandangkan dia sudah hampir terlewat, surat itu segera dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Perjalanan yang tergendala diteruskan. Sebuah sabda Nabi s.a.w melintas dibenaknya, “ dan apabila dia berjanji,dia memungkirinya.” Dia tak mahu ciri-ciri munafik yang digariskan oleh Nabi s.a.w, ada pada dirinya. Langkah yang terasa perlahan diperlajukan. Dalam hati dia mula beristighfar. Moga-moga kesalahannya ini diampunkan.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Professor Zaid, segera Adam mengetuk pintu lalu melangkah masuk.

“ Assalamualaikum.”

************************

Dia termenung sendirian. Kepalanya diusap lembut. Seolah-olah cuba menyingkirkan segala keresahan di jiwa. Surat yang diterima petang tadi sudah dibaca dan dia sudah muak menerima surat seperti itu. Entah mengapa, hatinya masih lagi belum terbuka untuk bercinta. Itu bukanlah kali pertama dia menerima surat yang mengajaknya bercinta. Rupa paras yang sempurna dan kesenangan dalam hidup, mungkin punca dia selalu dikejar oleh kebanyakan wanita di sekelilingnya. Adam tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Baginya segala itu adalah kurniaan dan pinjaman daripada Allah semata-mata. Dia hanyalah meminjamkan barangNya seketika dan bila-bila masa sahaja barang pinjaman itu boleh diambil kembali.

“ Adam, bila engkau ingin bercinta? Setahu aku, si Munirah itu sudah lama minat dengan engkau,” pertanyaan Rasyid singgah di telinganya. Adam hanya tersenyum. Dia menggeleng.

“ Dia bukan Hawa bagiku. Selagi mana aku tidak menemui Hawa yang diciptakan untukku, cukuplah cinta kepada Allah semata.” Rasyid tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai Adam. Siapa yang tidak meminati Adam. Perwatakkannya yang sentiasa merendah diri, berbahasa indah sentiasa mencairkan hati gadis-gadis di sekelilingnya. Tambahan pula, Adam memiliki rupa paras yang menarik, indah dipandang. Dia mempunyai asset yang lengkap untuk membanggakan dirinya namun berbeza sekali perwatakkannya.

“ Engkau mahu satu nasihat daripada aku?” soal Rasyid. Adam mengangguk. Rakannya yang seorang ini memang sentiasa suka memberikannya nasihat yang berguna.

Firman Allah s.w.t , “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Dia bersyukur dikurniakan teman sebaik Rasyid yang sentiasa memberikan nasihat berguna kepadanya kerana dia tahu, dirinya seorang tidak mampu untuk menghadapi arus dunia yang semakin hari semakin deras, cuba menghanyutkan mereka yang terleka.

“ Cintailah Allah, cintai makhluk ciptaannya hanya kerana engkau cinta kepada Allah, nescaya engkau akan menemui Hawamu Adam.”

Adam beristighfar. Memori lalu terasa begitu dekat dengan dirinya. Maha Suci Allah yang menciptakan perasaan kasih sayang dan mencampakkannya di dalam hati manusia. Pimpinlah rasa cinta ini menuju keredaanMu Ya Allah, Adam memanjatkan doa di dalam hati kecilnya. Mungkin benar kata Rasyid. Dia tidak boleh menidakkan rasa cintanya ini. Selama mana hatinya mampu melawan hasutan nafsu dan syaitan yang licik, dia sendiri tidak pasti.
Aku perlu berterus terang dengannya,getus hatinya. Segera Adam mendekati meja kerjanya,tempat dia selalu menghabiskan assignment yang diberikan. Komputer ribanya dihidupkan. Segera dia menaip bait- bait kata.

Namun, dia termenung seketika.

“ Konsep tawakal yang sebenar adalah, kita berusaha sebaik mungkin, berikan apa yang kita mampu ke dalam sesuatu perkara itu, maka, apabila kita sudah yakin itu yang terbaik yang kita mampu berikan, banyakkanlah berdoa kepada Allah kemudian barulah kita bertawakal. Reda dengan segala apa yang akan berlaku walaupun ianya bukan seperti yang kita inginkan.

Sebahagian bijak pandai pernah berkata, “ Tidak pernah aku risaukan kenderaan mana yang akan aku naiki. Jika kenderaan tersebut adalah kemiskinan, maka aku akan bersabar. Jika ianya kekayaan, aku akan bersyukur kepada Allah.” Pengajarannya adalah, kita perlu sentiasa bersyukur dalam hidup ini. Jika kita mampu menjadikan syukur suatu kelaziman dalam kehidupan kita ini, Adam, nescaya dunia ini kelihatan begitu kecil di mata kita. Ini kerana, kita singgah hanya sementara dan gunakanlah peluang ini untuk mencari rahmat dan beramal kepadaNya.”

Kata-kata Professor Zaid terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Adakah aku perlu berusaha dahulu? Wajarkah aku meluahkan hasrat hatiku ini kepadanya? Adam menarik nafas sedalam yang boleh. Dia bimbang andai cintanya akan berpaling nanti. Dia amat bimbang jika dia leka dibuai keasyikan cinta makhluk yang sementara sedangkan dia sedang mengejar cinta hakiki daripada Ilahi. Dia gusar. Jemari yang tadinya sudah bersedia untuk membariskan kata mula kaku. Otaknya masih ligat memutar imbasan memori silam.

“ Assalamualaikum. Jadi saya Nurul Huda, mewakili kumpulan enam akan membentangkan assignment yang telah kami buat iaitu berkenaan dengan fluid flow.” Semua mata yang berada di dalam dewan kuliah itu menumpukan sepenuh perhatian kepada gadis jelita yang sedang membentangkan kertas kerja kumpulannya. Kelihatan beberapa orang daripada mereka yang sibuk mencatat nota ringkas dalam buku nota masing-masing.
Adam tidak ketinggalan. Segala maklumat yang dianggap penting dan perlu, dicatat menggunakan PDA nya. Supaya mudah untuk dia masukkan ke dalam komputer riba nanti. Rasyid yang berada di sebelahnya kelihatan termenung. Tiada sebarang catatan pun yang dilakukan. Anak mata Adam mengerling tajam ke arah sahabatnya itu. Mesti ada masalah, gumam hati kecilnya. Dia menyiku Rasyid.

“ Oit!” Rasyid tersentak. Pantas dia memandang ke arah Adam. Kening terangkat menandakan pertanyaan kehairanan.

“ Kau tak mahu buat catatan ke?” Soal Adam. Dalam pada itu,tangannya masih lagi menekan butang-butang PDA agar tidak terlepas sebarang maklumat. Namun perhatiannya sudah terbahagi dua, separuh ke arah hadapan dan separuh lagi untuk berbual dengan Rasyid. Walaupun sukar namun cuba dibiasakan. Rasyid tersenyum. Kelihatan senang. Adam semakin kehairanan.

“ Kau ni dah lupa ke? Akukan dalam kumpulan enam. So, semua maklumat aku dah ada,” jelas Rasyid sambil ketawa kecil. Adam menghela nafas. Sangkanya ada masalah, rupanya tiada. Adam membalas senyuman Rasyid lalu kepalanya dipalingkan kembali menatap Nurul Huda yang kelihatan petah menjelaskan satu persatu hasil perbincangan kumpulannya itu. Tatkala pandangan mata mereka berlaga, satu sentakan halus menyentuh hati Adam. Dia terpana, pantas dia melarikan pandangannya. Dada lelakinya berdebar kencang.

“ Rasyid, kau dengar tak ni?” Soal Adam sewaktu mereka makan tengah hari di Café D Rasa. Rasyid yang kelihatan ghairah melahap sepinggan nasi goreng ayam bagai tidak sedar kehadirannya di situ.

“ Weh!” Suaranya dikuatkan. Barulah Rasyid mengangkat muka.
“ Kau bercakap dengan aku ke?” Soal Rasyid tanpa ada rasa bersalah. Begitu selamba sekali. Adam menggeleng. Geli hatinya. Dari dulu lagi Rasyid begitu. Semenjak dari darjah satu sehinggalah sekarang. Asal ada makanan di hadapannya, pasti lupa dunia.

“ Memanglah aku bercakap dengan kau, kalau tak aku nak bercakap dengan siapa?!” Rasyid tersengih. Betul juga cakap sahabatnya itu.

“ Aku ingatkan engkau sedang buat monolog tadi?” Balasnya sambil ketawa. Adam menggeleng.

“ So, jawablah.” Rasyid terpinga-pinga. Alamak, Adam tanya aku soalan rupanya.

“ Cuba kau ulang balik soalan kau itu, supaya aku dapat faham dengan lebih jelas,” pantas sahaja dia menuturkan kata. Lagaknya seperti khusyuk mendengar kata-kata sahabatnya itu dengan teliti.

“ Aku tanya, Nurul Huda itu, baik ke tidak budaknya?”

“ Oh, pasal budak lawa itu?” Rasyid mula tersengih. Nampaknya sahabatnya yang seorang ini sudah jatuh hati.

“ Kenapa kau tanya?” Adam menjadi serba salah.

“ Aku..erm..aku just nak tahu aje.” Kata-katanya disambut dengan gelak tawa daripada Rasyid. Sah, memang Adam sudah jatuh cinta!

“ Baiklah, dari pemerhatian akulahkan, Huda tu, baik, tegas dan aku rasa dari penilaian aku, dia ada semua aset yang baik untuk menjadi seorang wanita muslimah. Puas?” Adam hanya mengangguk. Dia masih teringat sewaktu mata mereka berdua berlaga ketika dalam dewan kuliah tadi. Ya Allah, apakah ujian yang Kau berikan ini. Kurniakanlah hati hambaMu yang lemah ini sedikit kekuatan untuk menghadapinya kerana aku tahu, aku tidak akan mampu menghadapinya tanpa pertolongan daripadaMU ya Allah, getus hatinya.

“ Kau ingat lagi kata-kata aku Adam?” Tanya Rasyid. Mulutnya tidak berhenti mengunyah sisa makanan yang masih berlebih. Air sirap limau di hadapannya disedut nikmat. Adam menggeleng.

“ Kau ingat kau bercakap sekali aje ke dengan aku?” Balasnya sambil tersengih, menyakat Rasyid.

“ Itulah kau. Bila aku dah beritahu, kau lupa. Akukan pernah cakap pada kau, cintailah Allah dengan mencintai makhluk ciptaanNya, namun jangan sampai cintamu kepada makhluk melebihi cinta kepada penciptaNya.” Adam mengangguk. Memang tidak dinafikan kebenaran kata Rasyid.

“ Jadi aku rasa tak salah kalau kau cuba tanya si Huda itu. Aku rasa engkau berdua memang sepadan tapi ingat pesan aku itu. Kalau kau cintakan bunga, ingatlah bunga itu kelak akan layu. Jika engkau cintakan harta, kau mesti ingat suatu masa nanti engkau akan meninggalkannya, jika engkau cintakan manusia, manusia itu lambat laun akan mati juga, akan tetapi andai engkau cintakan Ilahi, Allah itu sesungguhnya kekal abadi.”

Adam mengusap kepalanya. Imbasan memori yang berputar satu persatu terasa begitu menyesakkan dada. Dia terperangkap di antara dua keadaan. Diantara fitrahnya sebagai manusia yang hendak menyayang dan disayangi dan fitrah seorang hamba yang hanya mencintai penciptaNya. Ya Allah, andai engkau datangkan dugaan ini untuk mengujiku, maka engkau pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redai ya Allah, di dalam hati dia berdoa.

Dia bangun meninggalkan komputernya tanpa dimatikan terlebih dahulu. Fikirannya berserabut dengan berbagai rasa. Hanya Allah sahajalah tempat untuk dia mengadu. Anggota wuduk dibasuh dengan air. Dia perlu memohon petunjuk daripada Allah. Moga-moga keputusan yang akan dibuat tidak salah. Dia hanya mampu berdoa. Harapannya agar dia tidak kecundang di dunia yang fana ini.

“ Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung, Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau Ya Allah. Di malam yang hening ini, hadirnya hambamu yang hina, datang ingin mengadukan masalahnya Ya Allah. Masalah yang Engkau lebih mengetahuinya daripada diriku sendiri Ya Allah. Hati hambaMu ini tidak mampu untuk menghadapi ujian cinta yang engkau berikan ini Ya Allah. Aku takut andai aku terleka kepada cinta makhluk yang akan menyebabkan aku lalai kepada Engkau Ya Allah. Aku tahu Ya Allah, engkau tidak akan memberikan sesuatu itu melainkan ianya mampu untuk dihadapi oleh hamba-hambaMu Ya Allah. Maka, bantulah aku, pimpinlah aku agar aku tidak terpesong dari jalanMu Ya Allah, kerana sesungguhnya hati ini begitu lemah untuk menghadapi serangan hasutan syaitan durjana dan hawa nafsu Ya Allah. Pimpinlah hambaMu ini Ya Allah. Hanya kepada Engkau aku berserah dan kepada Engkau jugalah aku memohon cinta kerana sesungguhnya syukurku adalah milikMu Ya Allah.”

Adam mengikhlaskan dirinya berdoa kepada Allah. Moga doanya dimakbulkan oleh Allah s.w.t kerana dia yakin dengan firman Allah, “ dan berkata Tuhanmu, “ berdoalah kamu kepada aku, nescaya akanKu makbulkan.” Adam bersujud. Dia masih bersujud. Terus bersujud dan akan sentiasa bersujud. Menambah cinta yang seolah-olah tidak betah berada di hati. Berbekalkan setitis air mata, dia masih lagi ingin mencuba. Walau disedari dirinya tidak seberapa, namun semuanya harus dikira. Cinta kepada Yang Maha Esa perlu melebihi segala, walau cinta kepada Hawa mula menguasai jiwa. Menyerang segenap lapisan kerinduan Ilahi, menghancurkan benteng kesabaran selama ini, dia tetap akan mencuba kerana, cinta Adam kepadaNya perlu melebihi segala. Walau terpaksa mengorbankan Hawa. Dia hanya ingin mencari cinta Ilahi. Dia tenggelam dalam keasyikan beribadat kepada Allah. Dunia sudah dilupakan. Terasa asyik beribadat dan dai terus beribadat mengabdikan dirinya tanpa menyedari waktu yang semakin berlalu.
Komputernya masih lagi menyala. Terbuka tanpa disentuh. Surat yang baru separuh siap ditaip kelihatan terpapar di skrin tanpa diusik.

“Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Aku memohon keampunan dan lindungan daripadaNya sepenuh keikhlasan hati. Sedarlah kamu, cinta itu diciptakan oleh Allah dan kepadaNya juga cinta perlu kita kembalikan. Cinta kepada makhluk, pasti suatu masa ia akan meninggalkan kamu, akan tetapi cinta kepada Ilahi, hanya satu yang kekal abadi.

Dialah yang mencampakkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam hati hambaNya dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan hamba yang telah dicampakkan rasa cinta di hati. Aku tidak akan mencintai dirimu tanpa izin daripada Allah dan aku mencintaimu hanyalah kerana aku mencintai penciptaMu. Aku mencintai dirimu kerana agama yang ada padamu. Andai engkau hilangkan agama yang ada pada dirimu itu, maka hilanglah cintaku ini kepada dirimu. Aku hanya mampu berusaha dan bertawakal. Sesungguhnya segala ketetapan adalah daripadaNya semata.”


*********************************


Adam berkejar ke café. Pagi ini dia tidak sempat bersarapan di rumah kerana terlewat. Sampai di café, dia terserempak dengan Rasyid. Senyuman dihadiahkan kepada sahabatnya itu kerana senyuman itu adalah sedekah, seperti yang telah termaktub di dalam sebuah hadis, “ senyumanmu kepada saudaramu dianggap sebagai sedekah.” Selain itu, senyuman juga merupakan senaman muka yang baik. Dia pernah membaca sebuah buku yang menghuraikan kelebihan yang tersembunyi disebalik sebuah senyuman.

Antaranya ialah, kajian menunjukkan bahawa senyuman akan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yang sudah sejuk ini sampai ke hipotalamus ( bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi ) ia akan menghasilkan kesan ‘gembira’. Ia juga berkait rapat dengan peghasilan endorphindalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi yang menjadikan seseorang itu lebih selesa dengan diri sendiri. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan dalam darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung meramsang proses penyembuhan dalam diri seseorang. Tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan dan keresahan yang dapat menyebabkan sakit jantung dapat dikurangkan dan peratus manusia yang suka tersenyum untuk dijangkiti akan menjadi rendah. Selain itu, senyuman yang diakhiri dengan ketawa juga mempunyai banyak kebaikan. Antaranya, ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon ( protein melawan penyakit ), sel T ( yang penting untuk system pertahanan badan ) dan sel B ( untuk penghasilan antibodi melawan penyakit ). Ia juga terbukti berjaya mengaktifkan bahan kimia badan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Habis membayar harga makanan, Adam melabuhkan punggungnya di hadapan Rasyid. Nasi lemak sambal sotong menjadi pilihannya pagi itu. Aroma wangi daun pandan meruntun seleranya. Perlahan-lahan dia menyudu hidangan di hadapannya.

“ Awal engkau datang café hari ini?” Soal Rasyid. Mulutnya sibuk mengunyah nasi goreng yang dipesan dengan lahap.

“ Aku bangun lewat sikit pagi tadi. Tak sempat sarapan di rumah,” Adam menjawab pendek. Rasyid mengangguk.

“ Aku ada berita untuk engkau. Nak tahu tak?” Tiba-tiba Rasyid menyoal penuh tanda tanya. Adam hanya mengangkat kening. Suapan masih lagi diteruskan.

“ Semalam, Huda tanya tentang engkau. Lepas sahaja engkau habis lunch dengan aku, dia datang jumpa aku. Dia suruh aku sampaikan surat ini kepada engkau,” ujar Rasyid sambil menghulurkan sepucuk surat.

“ Surat apa?” Rasyid mengangkat bahu tanda tidak tahu. Adam menyimpan surat tersebut di dalam beg galas yang dibawanya.

“ Nak aku tolong bacakan ke?” Usik Rasyid. Adam menggeleng sambil tersengih.

“ Kau ingat aku tak tahu membaca ke?” Balasnya sambil ketawa kecil.

Selesai bersarapan, masing-masing mengatur langkah menuju ke dewan kuliah. Hari ini, giliran kumpulan Adam pula untuk membentangkan kertas kerja kumpulan. Adam sudah bersiap sedia. Dia berdoa agar segalanya berjalan lancar. Moga-moga Professor Zaid meminati pembentangannya, ini kerana markah yang diperolehi akan dimasukkan dalam CGPAnya nanti.

**********************************

Sampai sahaja dia di rumah sewa, malam sudah melabuhkan tirainya menutupi segenap alam maya. Lampu bilik dinyalakan. Beg galas dicampak ke atas katil lalu punggungnya dilabuhkan ke atas sofa kuning air. Terasa keletihan menyerang setiap sendi tubuh namun dia bersyukur. Dengan izin daripadaNya, dia telah berjaya memberikan pembentangan yang dianggap paling baik setakat ini. Semuanya berkat usahanya dan dengan izin Allah juga. Berbagai pujian diterimanya dan dia hanya mampu memulangkan semua pujian itu kembali kepada yang paling layak.

Wajah Professor Zaid kelihatan ceria seusai pembentangannya habis. Namun Adam tidak dapat mengawal perasaannya daripada rasa resah sebaik sahaja bertentang mata dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya. Dia bersyukur. Perasaan tersebut berjaya diatasinya dengan baik. Tiba-tiba dia teringat surat daripada Huda yang belum lagi dibaca. Pantas beg galas dicapai. Satu sampul kuning dikeluarkan. Perlahan-lahan surat tersebut dibuka.

Assalamualaikum w.b.t.

Menemui saudara Adam moga sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. mungkin saudara tidak mengenali diri saya, namun diri ini telah mengenali saudara sejak sekian lama lagi. Kehadiran surat ini adalah untuk menyampaikan hasrat di hati saya. Mungkin apa yang saya lakukan ini seperti perigi mencari timba, saya tak kisah kerana saya sudah memohon petunjuk daripada Allah dan saya pasti serta yakin, jodoh saya berada di sini.
Kita tidak pernah berhubung dan kini kita perlu bercinta, pelik bukan? Namun jika ianya sudah kehendak Ilahi, tiada yang mustahil. Andai kita sahaja sudah mampu Dia ciptakan, apatah lagi perasaan sayang sesama manusia. Bukankah ianya juga diciptakan oleh Allah? Apa yang penting adalah kita menggunakan cinta ini di jalanNya. Gunakan ia dijalan yang mendapat keredaanNya.
Saya tidak memaksa saudara menerima saya kerana segala keputusan itu datangnya daripada Allah jua. Imam Ghazali pernah berkata, “ aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika engkau hilangkan agamamu itu, maka hilanglah cintaku padamu.” Selaku hamba, sememangnya kita ingin mencari cinta hakiki, mencari cinta Ilahi. Namun hati ini terasa gusar andai ianya terjatuh ke dalam hati yang sudah melupakan cinta hakiki dan hanya ingin menuruti nafsu semata.

Tatkala nafsu sudah beraja, pandangan menjadi gelap dan tongkat si iblislah yang digunakan untuk menyuluh jalan dalam menyelusuri kehidupan yang akhirnya akan membawa kebinasaan. Saya yakin saudara mampu memimpin hati hawa ini dalam usaha mencari cinta Ilahi. Segala keputusan akan saya terima dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana daripadaNyalah segala apa jua datang dan kembali.

Sekian,wassalam.
Nurul huda bt Azman



Adam tersentak. Padahal baru sahaja dia ingin menulis surat meluahkan isi hatinya kepada Nurul Huda. Benarlah yang dijanjikan. Segera dia bersujud syukur. Memuji kebesaran dan keagungan Allah. Apabila engkau mengejar cinta Ilahi, engkau akan mendapat cinta hakiki dan cinta mereka yang mencintai Ilahi. Tetapi apabila engkau mengejar cinta mereka yang mencintai Ilahi semata, engkau hanya akan mendapat cinta mereka tanpa memperoleh cinta hakiki. Adam masih bersujud. Dia sudah berjaya dalam pencarian Hawanya. Dia akan terus bersujud. Menzahirkan kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya, dalam sujud ini…



Cintakan bunga, bunga itu pasti akan layu
Cintakan harta, harta itu nanti akan engkau tinggalkan

Cintakan paras rupa, ianya pasti akan dimamah usia
Cintakan manusia, suatu masa akan pergi jua akhirnya

Cintakan Ilahi, akan kekal abadi.
Cintailah Ilahi, nescaya engkau akan miliki kesemuanya…








Coretan pengarang

Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya menyiapkan cerpen yang agak ringkas ini dengan izin daripadaNya. Seikhlas mungkin saya garapkan cerpen ini untuk tatapan pembaca semua dengan harapan agar kita semua dapat mengambil segala manfaat yang berguna walau sedikit cuma. Apa yang pasti, segala kekurangan itu menjadi lumrah bagi manusia seperti kita dan yang sempurna hanyalah Dia Yang Esa. Dalam cerpen kali ini saya banyak menggunakan teknik imbas balik. Mungkin teknik ini kurang menjadi tetapi ini percubaan pertama saya menggunakan teknik ini dalam penulisan cerpen. Segala kekurangan harap dimaafkan. Saya mengharapkan komen yang boleh membantu saya memperbaiki mutu penulisan saya. Sedikit huraian tentang cerpen ini, ia mengisahkan seorang pemuda bernama Adam yang mencari cinta hakiki dan berada di dalam dilema apabila dia jatuh cinta kepada seorang gadis bernama Nurul Huda. Sewaktu dia sudah membuat keputusan untuk mencari cintanya itu hanya kerana cinta kepada Allah, maka Allah mendatangkan baginya cinta dicari sebelum sempat dia mencarinya. Pengajarannya ialah, dengan kita cinta kepada Allah, mereka yang mencintai Allah juga akan mencintai kita dan kita juga akan dimuliakan sesama manusia. Akhir kalam, selamat membaca dan semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayang daripada Nya.

Monday, December 15, 2008

There's No Turning BACK!!!







Ya!! Bertemu lagi kita di dalam blog yang sederhana meriah ini. Saya tahu walaupun feed back yang saya dapat tidak begitu memberansangkan namun ramai yang menatap dan membaca blog ini. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua kerana tanpa anda, saya tetap diri saya dan kerana anda saya masih lagi tetap diri saya..hehe..Itu sebenarnya nak buat lawak akan tetapi, tak tahulah anda semua gelak ke tidak. Kalau anda gelak, alhamdulillah, bermakna anda telah menceriakan hari anda dengan warna-warni kehidupan. kalau anda tak gelak pula, bererti anda sengaja memudarkan hidup anda yang sememangnya tak berwarna. Hehe..tu dah ramai yang cuba menggelakkan diri mereka sendiri. Tepukan untuk diri anda semua.

NO TURNING BACK??!!

Sengaja saya pilih tajuk ini. Untuk sama-sama kita ambil pengajaran yang berguna. So apa yang saya nak ulas untuk kali ini? Maksud tajuk ini ialah, tiada jalan untuk kembali. Kalau pembaca semua suka menonton filem-filem action, kata-kata ini biasa dilafazkan. Menunjukkan mereka perlu teruskan juga apa yang telah mereka buat. Jadi apa yang ingin saya terangkan di sini ialah, bagi setiap masalah dalam hidup kita ini, semestinya ada jalan untuk kembali. Kalau tidak, takkanlah orang tua-tua pernah berkata," sesat di tengah jalan, kembali ke pangkal jalan." Ye ke tidak? Ini bermaksud kita sentiasa mempunyai ruang dan waktu untuk bertaubat. Jika kita singkap perjalanan sirah Nabi s.a.w, kita akan temui hadis yang mengatakan Nabi s.a.w dalam sehari akan memohon keampunan daripada Allah melebihi 70 kali, atau seperti yang terdapat dalam hadis sohih. Jadi bayangkanlah, jika Nabi s.a.w yang bertaraf maksum dan dijanjikan oleh Allah s.w.t syurga pun berbuat demikian, cuba kita fikir kita ini siapa di hadapan Allah s.w.t.


So, sementara pintu taubat masih lagi di buka, sewaktu kita masih lagi boleh bernafas, gunakan kesempatan ini untuk bertaubat.
Walau sebanyak mana pun dosa yang pernah kita lakukan, walau sebanyak mana sekali pun kesalahan dan kesilapan yang telah kita buat, walau jatuh berkali-kali ke lembah maksiat, teruskan bertaubat dan bertaubat kerana sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan, ialah mereka yang selalu bertaubat.

Walau pun sejarah hidup kita umpama jalan raya yang bersimpang siur, bagai ular dipalu,kita semua masih lagi berpeluang untuk bertaubat. Malah, Allah amat menyukai mereka yang suka bertaubat. We still have our chance.





Sujudlah kepadaNya, mohon keampunan sebanyak mungkin. Jangan hiraukan apa kata orang lain kerana ini semua untuk diri kita kelak. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari pula. Kelak, walau mengalir air mata darah sekali pun, kita tidak akan dapat kembali ke dunia. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah As-sajdah," dan jika kamu melihat apabila orang-orang yang bersalah menundukkan kepalanya di sisi tuhanmu lalu mereka berkata," wahai tuhan kami, kami telah melihat, dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan beramal soleh dan sesungguhnya kami berasa amat yakin."



Dalam ayat tersebut, Allah menceritakan saat dimana orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka lalu memohon kepada Allah agar mereka dihidupkan kembali kerana mereka telah melihat dan mendengar semua janji yang telah Allah janjikan kepada mereka iaitu azab api neraka. Namun, ianya mustahil untuk berlaku para pembaca yang budiman sekalian. Yakinlah, kita semua akan kembali kepadanya. Teguhkan iman kita, yakini syahadah yang telah kita ucapkan.



Allah banyak berfirman di dalam Al-Quran tentang kehidupan dunia yang hanya sementara cuma. Tidak akan kekal. Ia hanyalah tempat bagi hambanya menyediakan bekalan untuk kehidupan abadi kelak. Jadi, mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mengejar yang sementara walhal yang abadi kekal berada di hadapan mata?




Sunday, December 14, 2008

Candle of Life..




Mulakan hari ini dengan senyuman. Tidak lupa juga untuk membaca doa bangun tidur tau. Jangan pula bangun terus pergi mandi pula. Tenangkan fikiran,tarik nafas sedalam yang boleh dan lepaskan perlahan-lahan. Cari sedikit kekuatan untuk kita memulakan hari ini dengan senyuman. Walau pun tak mampu nak tersenyum sampai rapat ke telinga, namun sekadar senyuman yang mampu membangkitkan rasa percaya diri kepada diri kita apa salahnya,ye tak?

So nikmatilah hari ini sebaik mungkin, pada itu tidak melupakan hakikat sebenar kehidupan kita di dunia ini tau. Jangan sampai kita tenggelam dalam arus kenikmatan dunia yang sementara. Lagi satu,jangan pula kita sentiasa sama aja dengan diri kita. Contahnya,renunglah mataharikan.. Sentiasa melakukan kerja yang sama. Langsung tiada peningkatan.. Walau pun bukan kita nak salahkan matahari tapi sebagai peringatan aje kepada semua pembaca. Kalau bukan kita yang ingin mengambil peringatan, siapa lagi yang nak berbuat demikin, betul tak? Kita dianugerahkan pancaindera maka gunakanlah apa yang telah dikurniakan kepada kita itu sebaiknya. Untuk kita mengambil iktibar dari segala apa yang berlaku di sekeliling kita. Apa punca banyak berlakunya gejala sosial sekarang ni di dunia kita? Salah satu puncanya tak lain dan tak bukan kerana kita semua dah menyalah gunakan pancaindera kita. Jadi kepada saudara-saudara dan saudari-saudari di luar sana yang masih rasa diri mereka tu manusia, gunakanlah segala kelebihan kita untuk memanfaatkan diri kita selain membantu orang lain. Jadikan setiap tindakan kita itu mendatangkan double bonus untuk diri kita. Dapat membantu orang lain dan memberikan manfaat kepada kita. Barulah kita ini digelar orang yang berjaya. InsyaAllah, berjaya di dunia dan di akhirat.
Sebagai contohnya, bukan payah kita nak buat suatu perkara yang akan mendatangkan double bonus kepada kita. Cuba anda semua saksikan papan tanda di sebelah kiri ini. Apa yang tertulis?? Cuba baca baik-baik. Tengok, ini merupakan satu nasihatkan? So, hanya dengan kita bagi nasihat yang baik,bukan sahaja kita dapat sedarkan diri kita yang terleka, malah kita juga dapat tolong rakan-rakan kita. bukankah itu sudah dikira sebagai membuat kebaikan kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain? Malah lebih menakjubkan, selama mana ada orang mengikut nasihat kita, selama mana ada manusia yang mengamalkan apa yang kita kata, selagi itulah ianya dicatatkan sebagai pahala kepada kita. Takkan semua tak nak? Bayangkanlah,kita jual satu barang, barang tu dah lah harga murah, jual satu aje,mestilah cepat habis, akan tetapi kita dapat untung yang berterusan. Semakin lama semakin banyak dan berganda, tak ke kita akan untung. Macam itulah juga amalan ni. So sama-samalah kita mula berpesan-pesan. Walau pun hanya sekadar menegah dari bahaya yang simple. Haa, namun jangan lupa pula. Andai kata kita mengajar sesuatu yang buruk, balasannya sama juga. So, kenalah kita berhati-hati ye?
Lastly, jangan lupa untuk kita menyemarakkan rasa cinta kita kepada saudara-saudara kita. Namun setinggi mana pun cinta kita, walau sedalam mana pun cinta kita, selagi mana ianya kita khususkan untuk yang bergelar makhluk, kita kena jadikan cinta kita kepada Yang Maha Mencipta melebihi segalanya.. Jangan lupa ek!! Salam ceria, semoga bertemu kembali..








Friday, December 12, 2008

JumAAt...

Assalamualaikum sekali lagi saya ucapkan kepada semua pembaca sekalian.sedar tak sedar kita sudah tiba kepada hari Jumaat. hari yang penghujung dalam minggu ini..haih..cepat betul masa berlalukan..sedar tak sedar dah berlalu seminggu,tak lama lagi setahun then bertahun-tahun dan akhirnya kita semua akan mati dan bertemu dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t. masa itu,tiada sesiapa pon yang dapat tolong kita melainkan amalan kita semasa hidup di dunia ini kan??

so,hari ini memandangkan hari jumaat,ingin saya sentuh sedikit berkaitan dengan Jumaat. kisah ini dah biasa berlaku kepada semua lelaki yang menghadiri khutbah jumaat. yelah,kalau bukan laki sape lagi ye tak..okay,apa yang amat menyedihkan ialah,jemaah jumaat nih tak tahu yang solat tahiyatul masjid tuh amat dituntut oleh Nabi s.a.w. kebanyakkannya menganggap bahawa,kalau datang masjid then imam tengah berkhutbah kena terus duduk dan dengar khutbah..

bukan begitulah saudara-saudaraku sekalian.. dalam satu hadis yang bertaraf sohih ( jika saya tidak lupa) ada satu kisah,masa itu,Nabi s.a.w tengah berkhutbah then datang seorang jemaah nih,masuk je masjid terus duduk. Nabi s.a.w pon berhenti berkhutbah lalu terus menyuruh lelaki itu bangun untuk solat tahiyyatul masjid. tengok? betapa penting nya solat sunat tu hkan..tapi ramai yang tak tahu dan ada jugak tu yang malas nak buat. padahal kan solat itu amat dituntut??

masa kita sihat ni lah kita nak beribadat kepada Allah s.w.t. betul tak? takkanlah nak tunggu sampai kita sakit dan nak dekat mati baru nak bertaubat?? ada satu kisah nih,ada seorang lelaki.dia nih jarang solat dan suka pulak nak merokok ( p/s: hukum merokok adalah haram!!) ditakdirkan oleh Allah s.w.t, dia sakit kena kanser. habis lumpuh semua badan. dah tak boleh bergerak. maka semenjak hari itu dia insaf dan jadi orang yang mengajak kepada kebenaran. suatu hari,ada seseorang datang kepadanya lalu bertanya " jika diberikan peluang kepadamu,apakah benda yang paling engkau inginkan?" lalu jawab si pesakit itu tadi," jika aku diberikan peluang untuk meminta satu benda,aku ingin meminta kepada Allah s.w.t agar Dia menyembuhkan aku hanya sekadar untuk satu minit agar aku mampu untuk bersujud kepadanya,kemudian jika Dia mahu mematikan aku,aku reda." lihat,betapa terseksanya pesakit tuh sebab dia dah tak boleh sujud memandangkan badan dia dah lumpuh. so,bagi kita yang masih sihat walafiat nih,gunakan peluang kita untuk beribadat dan bersujud mengabdikan diri kita yang hina ini kepada Allah s.w.t.

bukanlah diri ini merupakan yang terbaik,namun sama-samalha kita saling ingat-mengingati sesama muslim memandangkan peringatan itu akan menaikkan seseorang itu.so,andai anda bersalah,saya ingatkan dan jika saya pula yang berbuat kesalahan,anda tegur. moga-moga kita sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t..

mati itu pasti,hidup INSYAALLAH!!

Wednesday, December 10, 2008

ni ape nih??


Assalamualaikum semua..okay bertemu lagi kita di dalam ruangan blog saya yang sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat malaysia..cewah..saje2 perasan sket barulah nampak keceriaan yang beraja di dalam hidup kita, tak gitu??

biasalah,banyak kelebihan kalau kita nih suka tersenyum tau..antaranya nak tahu??haa..ia adalah salah satu cara untuk awet muda tau..so kepada wanita2 diluar sana yang sudah mencuba berbagai produk kecantikan untuk awet muda dan tak berkesan,cuba amalkan tersenyum..pasti dapat melihat perubahan yang positif tak lama lagi..

haa,tu baru satu je kelebihan dia,selain itu,senyuman juga dikira sebagai sedekah tau sebagaimana sabda Rasullulah s.a.w, " senyuman kamu kepada saudara kamu itu dikira sedekah" atau seperti yang termaktub di dalam kitab hadis. so tak rugi kalau kita nih selalu tersenyum..haa,selain dapat menambahkan awet muda kepada wajah kita yang semakin dimamah usia ni,boleh jugak kita menambahkan amal kita untuk menempuh hari esok.al maklumlah kan,semua orang akan mati,tak kira kaya, miskin,muda atau pun tua..jadi tak perlulah kita nih terlalu sibuk mengumpul kenikmatan dunia yang sementara nih.bukan nak suruh tinggalkan semua tapi just kita kena ingat yang kita nih bagaimana sekalipun akan kembali kepada Allah,so kenalah kita bersiap sedia.

umpamanya,ibarat kita kumpul wang lah kan..kalau pahala tu Allah datangkan dalam bentuk wang,gerenti dan pasti ramai yang nak buat amal ibadah. so kita pon kenalah berusaha bersungguh2 untuk mengumpul pahala di dunia nih..sementara masih ada masa yang diberikan sebab kita tak tahu pun bila kita akan mati,ye x?

umpama kereta yang tak tahu bila habis minyak,mestilah kita siap2 bawak bekal.manalah tahu berenti tengah hutan,dapat jugak isi makanan dalam perut.kalau x bawa bekal?? haa,cubalah pikir tau..

hehe..so hari ini,berkaitan dengan hidup si penulis, aku akan menempuh ujian untuk ambik lesen..huhuhu...adalah jugak perasaan cuak beraja di hati ini..manalah tahu kan,terkantoi,kena ambek sekali lagi..huhu..tapi x sabarlah nak dapat pandu kereta..boleh pergi jalan2..

so sekarang nih sebenarnya baru sudah jawab soalan latihan tuh..ni tengah boring lah nih..so dari membuang masa begitu sahaja,aku pon tulislah blog nih..kasi update sikit..karang kalau malas nak update karang tak bergerak pulak blog nih..
so skarang nih,otak pon dah kering..tak tahu nak tulis ape..so the end, sentiasalah kamu ingat kepada kematian...

Monday, December 8, 2008

Alhamdulillah...


Alhamdulillah,akhirnya berjaya jugak aku mencipta blog ini walau pun menghadapi berbagai-bagai dugaan dan cabaran..


so sebagai permulaannya,cuma nak bercerita pasal spm yang baru sahaja berlalu. semuanya berjalan seperti yang dirancang dan tidak ada masalah..cuma sekali aje yang aku tersalah tengok jadual..ish2..naya sungguh malam tuh..malam tuh lah tidur paling lewat sekali sebab nak cover tajuk yang x baca lagi...naseb baik bekalan makanan cukup untuk menampung keperluan tenaga yang diperlukan oleh sistem badan untuk memberikan fungsi yang terbaik untuk bekerja..


now,after spm,everything just like the same..cuma agak boring sikitlah..lagi pon skrg nih tgh ambik lesen memandu..fuh,memang bosan betul..nak kena ujian berkomputerlah,itu lah,inilah,banyak betul pantang larang dier..tapi nak buat macam manakan..terpaksalah ikut demi sekeping P..


oh yer..masa lepas habis spm ari tuh,lagi best..hari pertama habis tuh,pergi keluar ngan kawan2,g maen bowling kat perdana..memang kenangan yang seronok dan indah lah kunun2 nya..hari kedua plak,g maen badminton..dah rasa macam wakil negara pulak..

walau pun aku ini tidaklah sehebat lee chong wei,akan tetapi daku telah berjaya menyemash sebanyak beberapakali menyebabkan pihak lawan tersungkur di tengah jalan..hehe..bermadah pujanggalah pulak ek..tapi memang best lah main badminton kat gelanggang..rasa macam dalam perlawanan..bagi mereka yang tak pernah mencuba,boleh lah try g cuba..sebab selain seronok,badan kita pon jadi sihat kan..


lagi satu,masa nih tengah dok pikir nak sambung study kat maner..yelah,kata orang dah habis study nih baru nak fikir..hajatnya nak jadi doktor,tapi kalau engineer pon ok jugak..jadi usahawan berjaya lagi seronok...skrg nih dok peninglah nih..nak cari yang maner satu nak pilih...

so,ada idea x??

hehehe..