CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 27, 2009

itu mahu,ini mahu dan??

"aku mahu berjaya dalam periksa kali ni!"

"aku akan study betul-betul!"

"aku akan belanja duit aku sebaik mungkin!"

"aku nak jadi yang terbaik!"

"aku tak mahu gagal!"


Kita sering kali berazam macam ni. Kita fikir,kita ulang-ulang,kita ingat,namun jarang sekali kita dapati semua yang kita azamkan ini terjadi.

Mengapa? Adakah azam kita tak cukup baik? Azam kita tak cukup sempurna?
Atau mungkin jugak kita hanya sekadar berazam?

Ya! Semua benda yang kita azamkan sebenarnya tak musthil untuk kita capai,namun ianya akan jadi mustahil andaikata kita hanya menanam azam di hati. Macam mana nak ada output kalau tiada inputnya? Macam mana lampu nak menyala andai suis tidak dipetik? Macam mana kereta nak bergerak kalau enjin tak dihidupkan?

Begitu juga dengan kita. Apa yang kita azamkan hanyalah sekadar sebuah ilusi dan medium yang sedang menanti untuk kita jadikan realiti.

Sebuah ilusi tanpa usaha untuk merealitikannya akan kekal menjadi ilusi dan akan mati ditelan waktu yang berlalu. Namun sebuah ilusi yang disertakan dengan usaha untuk merealisasikannya,akan bertukar menjadi sebuah benda yang benar-benar dapat dinikmati hasilnya.

Kita telah berilusi,kita telah berfantasi,kta juga telah cuba mengukir mimpi namun bilakah masa yang sesuai untuk merealisasikannya?


Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr

"Demi masa,Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nsihat-menasihati supaya mentaati kesabaran"

Thursday, July 23, 2009

Disebalik seketul ayam goreng...

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Haikal memicit-micit kepala yang terasa agak pening. Matanya dipejam celikkan,untuk menghilangkan lenguh retina. Nafas dihela perlahan. Kedengaran dengusan kepenatan. "kruuukk" "aduh,lapar la pula".

Tanpa membuang masa,pantas dia bingkas menuju ke pintu bilik. Langkah di atur menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Tangannya mencapai seketul ayam goreng segera yang masih bersisa. Suis microwave dipetik. Kemudian,haikal sabar menanti ayam goreng tersebut siap dipanaskan.

Sambil menanti,matanya merenung jarum jam yang tidak jemu-jemu bergerak. "ting!"
Bingkas dia bangun mengambil makanan. Tanpa membuang masa,tangannya segera mencubit isi ayam tersebut walau pun dia tahu ianya sedang panas.

"aduh!!" segera ayam itu dilepaskan. Jarinya ditiup-tiup. Kepanasan yang amat menyakitkan.
Tiba-tiba,dia berfikir,andai sahaja panas ayam ini pun dia tak tahan,inikan pula panas api neraka yang membara.

Dan ketika itulah,dia mula sedar. Hikmah di sebalik kejadian dalam kehidupan insan. Allah s.w.t amat menyayangi hamba-hambanya. Dia sentiasa memberikan amaran dan peringatan kepada hamba-hambaNya,hanya saja,hamba-hambaNya yang buta daripada peringatan yang diberikan..

Andai sahaja kita tak leka tatkala semua peringatan kepada kita tiba....ye tak? Semua yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya ada hikmahnya. Mungkin hari ini,kita diberi pilihan sama ada mahu makan nasi ayam atau bubur ayam. Apabila kita memilih nasi ayam,mesti ada hikmahnya. Mungkin bubur itu akan mendatangkan penyakit kepada kita?

Pernahkah kita terfikir,mengapa kita menyimpan sesuatu barang untuk sesuatu tempoh yang lama,namun tak pernah kita gunakan?

Sebagai contoh,saya mempunyai dua handphone. Hp A dan hp B. saya menggunakan Hp A. Hp B pula saya simpan tanpa menggunakannya. Saya sendiri tak tahu kenapa,namun saya berfikir,barangkali ada gunanya.

Setelah beberapa lama,barulah saya tahu,bahawa Hp B itu akan saya pinjamkan kepada kawan saya yang kehilangan hp nya.

Nampakkan?

Betapa kejadian atau insiden dalam kehidupan kita saling berkaitan antara satu sama lain.

Pernah juga berlaku kepada saya,saya membeli ubat stapler ketika SPM. Namun,tak saya gunakan sehingga la saya tahu,saya membelinya untuk digunakan di universiti nanti.

Manusia tak akan nampak semua ini,kerana kebanyakkannya hanya mengambil mudah perkara tersebut. "ala,kebetulan aje tu" namun,benarkah semua ini kebetulan? atau semuanya sudah tersurat?


Firman Allah dalam ayat 115 surah Al-Mukminun yang bermaksud : Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami

Wednesday, July 22, 2009

Apabila hatiku mula tertanya....

Aku merenung ke jendela..Melihat hujan yang turun lebat membasahi bumi. Entah mengapa hati keciku mula berkata-kata. Mengatur bicara yang tidak ku tahu asalnya dari mana. "kenapa akhir-akhir ni asyik hujan ek?"

Pernahkah anda semua berfikir? Menggunakan minda dan akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t? Atau selama ini,anda hanya membiarkan minda dan akal anda tersimpan berhabuk di telan zaman? Anda hanya mahu menelusuri kehidupan yang sementara ini tanpa memanfaatkan anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t?

Jika benar,maka anda memang suka disamakan dengan haiwan melata. Bayangkan,memiliki wajah yang kacak,cantik,namun taraf anda hanyalah seperti haiwan. Dimanakah kemuliaan anda sebagai seorang manusia?

Untuk itu para pembaca sekalian,gunakan minda,gunakan akal anda untuk merungkai masalah dalam kehidupan anda. "tapi saya tak ada benda nak fikir laa", mungkin ini jawapan anda,namun kadang kala,kita tak memerlukan sebarang masalah untuk menjana minda kita untuk berfikir..

Sebagai contoh,pengalaman saya,sewaktu melihat hujan yang turun.(Padahal kalau nak diikutkan,apalah sangat yang nak dihairankan dengan turunnya hujan,ya tak?)

Tiba-tiba saya terfikir,mungkinkah hujan yang sering kali turun ini adalah untuk menghilangkan jerebu yang sedang melanda? Mungkin ya,mungkin juga tidak. Tapi,apa yang penting,selagi mana anda dapat menggunakan akal anda unntuk berfikir,maka anda telah melakukan kebaikan dengan pemberian kurniaan Allah s.w.t.

At least,tidak anda biarkan ia berhabuk begitu saja. Cabar minda dan akal kita. Uji ia dan gunakan sehingga tahap yang maksimum. Renung kejadian dalam kehidupan kita then relate kan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Maka,apabila kita berjaya berbuat begitu,InsyaAllah,jadilah kita ini,diantara orang-orang yang tahu erti bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t.


Allah s.w.t berfirman dalam surah al-A'raf ayat 179

“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka memiliki hati, tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”