CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 13, 2009

Fenomena sekarang

Fenomena sekarang,manusia menjadikan diri mereka robot tanpa mereka sedari. Walaupun mereka berkali-kali menafikan perkara tersebut, namun hari semakin hari, mereka cenderung berubah menjadi robot. Robot-robot yang hanya melakukan perkara lazim bagi mereka. Robot-robot yang cuba menggembirakan diri mereka dengan kenikmatan dunia bila mereka rasa sunyi. Dan mereka dengan penuh hati mengatakan itulah kehidupan mereka. Teringat kata kawan dahulu. Memang benar, manusia sekarang memang sudah jadi robot.

Apa yang mereka fikir cuma pasal kehidupan mereka. Bangun pagi, kerja. Habis kerja, pulang dan tidur. Esoknya, perkara yang sama mereka ulangi. Kadang kala sampai suatu ketika, rasa kekosongan mula membejat di jiwa mereka. Ketika itu, mereka cuba mencari pengisian dengan kegembiraan yang dibuat-buat oleh mereka. Faham?

Bila kita buat sesuatu yang tak sama dengan apa yang kita mahu, secara otomatik, benda tu tak akan memberikan kita kepuasan. Malah, ianya hanya akan memenatkan kita. Akhirnya, kita akan rasa tiada makna kehidupan kita di dunia ini.

Sebagaimana sabda Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W," aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang mana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan tersesat di dunia, untuk selama-lamanya, kitab alquran dan sunnah rasulNya" *atau sebagaimana sabda Nabi S.A.W.

Lihat? Jalan penyelesaiannya sudah ada di depan kita.

Umpamanya, kita sedang duduk di meja makan. Ubat sudah tersedia di hadapan bersama segelas air. Apa yang perlu kita lakukan cuma makan ubat tersebut.

Jadi,bila kita dah tahu jalan penyelesaian untuk masalah kita itu, bersegeralah buat apa yang perlu untuk menyelesaikannya.

Dalam hal keduniaan ni, tidak boleh tidak, kita kena kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Barulah hidup kita terselamat dan bahagia.

Bahagia yang sebenar-benar bahagia kali ini...
Bukan yang dusta apatah lagi nista..

0 comments: