CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 14, 2009

Antara wang dan redaNya..

ok! hari ini kita bercakap pasal duit! Petang tadi,seusai membaca sebuah buku,saya agak kagum dengan apa yang diperbincangkan dalam buku itu. Penulisnya menekankan cara-cara untuk kita menguruskan duit.

Tidak dinafikan,duit merupakan satu benda yang amat penting dalam kehidupan kita sekarang ini. Namun,kebahagiaan sebenar tak terletak pada duit itu sendiri. Duit itu hanyalah medium yang dicipta untuk memudahkan transaksi antara manusia.

Kalau kita renungi balik,zaman dahulu,manusia memulakan transaksi dengan menggunakan sistem barter. Kemudian diikuti dengan kulit kerang,lalu berevolusi menjadi emas,perak dan akhirnya pada hari ini,manusia menggunakan wang atau duit untuk memudahkan transaksi.

Namun,lama kelamaan, medium yang dicipta untuk memudahkan transaksi itu akhirnya disalah anggap sebagai erti kebahagiaan yang sebenar di dunia ini. Disitulah bermulanya satu kesilapan besar manusia.

Manusia perlu sedar,wang tidak menjanjikan apa-apa. Sebab itu,selalu kita lihat si miskin mampu tersenyum walhal dia tidak mempunyai wang yang cukup,manakala si kaya yang mempunyai harta melimpah ruah,namun tak merasa apa-apa dengan kekayaan dan kemewahannya itu.

Lihat,dari situ kita sudah dapat menangkis tanggapan wang sebagai kebahagiaan. Banyak duit tak bermakna kita akan bahagia.Tak ada duit juga tak bermakna kita akan bermuram durja.

Jadi,di mana hendak kita cari kebahagiaan itu?

Semua kebahagiaan itu datangnya daripada Allah s.w.t. Maka,jika kita mahukan kebahagiaan, mintalah kepadaNya.

Umpamanya,kita mahukan kereta,maka kita perlu pergi ke kedai yang menjual kereta. Tidak ada kedai runcit yang menjual kereta kecuali kereta mainan sahaja.

Lihat,sesuatu itu perlulah di cari di tempat yang seharusnya.

Maka,dalam mengejar harta dunia itu, kita sertakan niat untuk mencari redaNya. Nescaya kita akan mendapat keduanya. Maka,ketika itu,kita akan menjadi golongan yang berjaya.

Apabila kita mengejar dunia, maka kelihatan seolah-olah dunia itu semakin menjauh dari kita,namun bila kita kejar akhirat,dunia itu sendiri yang akan datang kepada kita. Bak kata orang putih,"killing two birds with one stone".

Inilah yang dikatakan pelaburan yang bijak. Menggunakan satu cara untuk mendapatkan dua benda. Namun,satu benda itu tak dapat kita lihat pada hari ini,ianya sebagai bekalan di hari esok. Sebab itulah,kita perlu benar-benar yakin.

Kebanyakkan manusia hari ini, mereka percaya namun tidak yakin. Mereka percaya akan mati,namun mereka tidak yakin. Mereka percaya macam-macam lagi, namun mereka masih lagi tidak yakin. Kerana itulah kita lihat mereka tidak membuat persediaan apa-apa.

Jadi,kesimpulannya janganlah kita jadikan wang itu sebagai raja,namun jadikanlah ia sebagai hamba kita dalam usaha kita mencari reda Ilahi di dunia ini.

1 comments:

Anonymous said...

semoga anak umi yang sorang ni beroleh bahagia dunia dan akhirat...sayang lie..