CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

Maksud tersirat di sebalik kejayaan itu

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian. Harapnya berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam usaha mencari rahmatNya di dunia ini. Kerana selaku pengembara di dunia ini, kita sentiasa memerlukan pertolongan dan hidayah daripadaNya.

Kali ini,saya ingin membincangkan tentang fenomena yang berlaku dalam kehidupan saya,mungkin juga telah berlaku di sekitar diri pembaca sendiri. Apa fenomena itu? Fenomena seorang manusia yang sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilakukannya. Seolah-olah tiada langsung pintu kegagalan dalam kehidupan beliau.

Setiap apa yang diceburi, dilakukan oleh beliau, sering kali mendapat kejayaan yang membanggakan sehinggakan jika dia gagal, manusia lain seolah-olah tak percaya dia gagal.

Jadi di sini,saya ingin membawa para pembaca kepada suatu persoalan,mengapakah beliau disogokkan dengan kejayaan yang melimpah ruah? Adakah ini secara kebetulan? Atau mungkin dek kerana usaha beliau yang berpenat lelah selama ini?

Sedar atau pun tidak, kita seringkali membandingkan diri kita dengan mereka yang terus terusan berjaya,sehingga kita mengeluh, mengapa mereka sering berjaya tanpa gagal. Seolah-olah mereka tidak diberikan ujian langsung dari Allah s.w.t.

Namun,sebenarnya ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada mereka lebih berat dan besar daripada kita. Tidakkah kita pernah terfikir, Allah memberikan kejayaan itu kepada mereka untuk menguji adakah mereka tahu dan pandai bersyukur? Adakah mereka akan menundukkan kepala mereka dikhalayak manusia? Adakah mereka mampu menghilangkan perasaan riak di hati?

Lihat,betapa beratnya ujian mereka. Dan ramai daripadanya yang telah kecundang. Masing-masing memandang kejayaan itu adalah disebabkan usaha mereka. Mereka lupa semua itu adalah dengan rahmat dan kehendakNya.

Jika tidak,mustahil ada manusia yang telah gigih berusaha,lantas tiba-tiba dia gagal?

Maka,marilah kita sama-sama merenung fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita,lantas kita analisis perkara itu,dalam usaha mencari tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. Moga-moga iman kita akan menjadi lebih tebal hari demi hari.

"lihatlah orang di bawahmu untuk mempelajari erti syukur,dan pandanglah orang di atasmu untuk mempelajari erti persaingan"

"Kunci pertama kepada kejayaan ialah percaya yang engkau boleh sebelum engkau mula melakukan sesuatu itu"

0 comments: