CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 2, 2010

Be Grateful For Those Little Things

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca.

Bagaimana kehidupan kita pada hari ini? Bertambah baik atau masih lagi di takuk lama? Harapnya segalanya menunjukkan kemajuan walau sedikit. Jika kita lihat sekeliling kita, semua benda semakin melangkah maju ke hadapan.

Tak faham? Ambil contoh mudah, masa demi masa, hari yang kita lalui semakin bertambah? Betulkan? Begitu juga usia kita, hari demi hari, ianya turut berubah. Jadi, adakah kita masih lagi mahu berada dan berkelakuan seperti mana ketika kita berumur 7 tahun? Adakah sekarang kita masih lagi memerlukan bantuan untuk berjalan? Adakah kita masih lagi memerlukan bantuan orang lain untuk makan?

Inilah perubahan yang perlu kita cari, perlu kita cipta, agar kita tidak berada di takuk lama. Jika semalam kita berzikir sekali,hari ini cuba pula kita buat dua kali. Tak salah bukan? Paling kurang, kita berjaya membezakan diri kita hari ini dan semalam.

Panjang pula penulis berceloteh di sini. Ok,mari kita kembali ke tajuk utama kita. Belajar mensyukuri nikmat-nikmat kecil.mungkin dalam arab boleh kita kata sebagai."assyukru bikulli syaik walau misla zarrah"

Kenapa penulis memilih tajuk ini?

Semuanya kerana ilham yang dating dari Allah s.w.t. Ketika penulis membaca Al-Quran petang tadi, penulis terbaca ayat yang menceritakan bagaimana seekor semut yang berkata kepada kaum semut agar berhati-hati supaya tidak dipijak tentera nabi Sulaiman.

Terdetik di hati penulis, selaku nabi, Nabi Sulaiman kelihatan begitu mensyukuri nikmat Allah. Lalu bagaimana kita selaku umat manusia biasa ini? Rasanya, begitu banyak sekali nikmat yang kita ambil mudah.Ketika adanya nikmat ini, kita tak hargai. Bila sudah tiada, baru kita merasa kepentingan dan bersyukurnya kita tatkala nikmat itu ada. Dalam English dipanggil take for granted.

Sebagai contoh,jika selama ini kita mempunyai kereta, kita tidak bersyukur sehinggalah kita kehilangan kereta tersebut. Contoh yang lebih mudah, kita mempunyai handphone,kita letak sewenang-wenangnya,dan apabila handphone kita hilang,barulah kita tersasar-sasar nak mencari. Masa itulah baru kita merasai, alangkah bersyukurnya kita ada kemudahan tersebut.

Kita semua lahir mempunyai ibu dan bapa. Banyak di antara rakan-rakan kita yang telah kehilangan ibu bapa mereka, namun Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk merasai kasih seorang ibu dan juga seorang bapa. Tapi kita selaku manusia yang bongkak dan angkuh, selalu menjuihkan mulut kita, seolah-olah tidak menghargai nikmat yang ada. Seringkali cemuhan terlafaz di mulut kita,ibu kita penyibuklah,bapa kita pemalaslah. Segala-galanya kita luahkan. Namun tak pernah sekali pun kita terasa bersyukur kerana di antara ramai-ramai manusia, kita adalah antara yang masih lagi mempunyai peluang untuk merasai semua nikmat itu.

Ketika mana kita masih lagi mempunyai pilihan,masih lagi mempunyai peluang,marilah sama-sama kita fikirkan,apa lagi nikmat-nikmat kecil yang sebenarnya besar, yang tidak kita lihat. Bersyukurlah dengan kehadiran nikmat-nikmat ini,sebelum ianya ditarik kembali oleh Allah s.w.t. Bak kata pepatah melayu,"menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna"

2 comments:

mar mp 86 said...

haha..sape yg hilang hp tu??cm kenal j..

ifab2004 said...

ai,ada yg terasa ke?hahaha