CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 23, 2009

Disebalik seketul ayam goreng...

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Haikal memicit-micit kepala yang terasa agak pening. Matanya dipejam celikkan,untuk menghilangkan lenguh retina. Nafas dihela perlahan. Kedengaran dengusan kepenatan. "kruuukk" "aduh,lapar la pula".

Tanpa membuang masa,pantas dia bingkas menuju ke pintu bilik. Langkah di atur menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Tangannya mencapai seketul ayam goreng segera yang masih bersisa. Suis microwave dipetik. Kemudian,haikal sabar menanti ayam goreng tersebut siap dipanaskan.

Sambil menanti,matanya merenung jarum jam yang tidak jemu-jemu bergerak. "ting!"
Bingkas dia bangun mengambil makanan. Tanpa membuang masa,tangannya segera mencubit isi ayam tersebut walau pun dia tahu ianya sedang panas.

"aduh!!" segera ayam itu dilepaskan. Jarinya ditiup-tiup. Kepanasan yang amat menyakitkan.
Tiba-tiba,dia berfikir,andai sahaja panas ayam ini pun dia tak tahan,inikan pula panas api neraka yang membara.

Dan ketika itulah,dia mula sedar. Hikmah di sebalik kejadian dalam kehidupan insan. Allah s.w.t amat menyayangi hamba-hambanya. Dia sentiasa memberikan amaran dan peringatan kepada hamba-hambaNya,hanya saja,hamba-hambaNya yang buta daripada peringatan yang diberikan..

Andai sahaja kita tak leka tatkala semua peringatan kepada kita tiba....ye tak? Semua yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya ada hikmahnya. Mungkin hari ini,kita diberi pilihan sama ada mahu makan nasi ayam atau bubur ayam. Apabila kita memilih nasi ayam,mesti ada hikmahnya. Mungkin bubur itu akan mendatangkan penyakit kepada kita?

Pernahkah kita terfikir,mengapa kita menyimpan sesuatu barang untuk sesuatu tempoh yang lama,namun tak pernah kita gunakan?

Sebagai contoh,saya mempunyai dua handphone. Hp A dan hp B. saya menggunakan Hp A. Hp B pula saya simpan tanpa menggunakannya. Saya sendiri tak tahu kenapa,namun saya berfikir,barangkali ada gunanya.

Setelah beberapa lama,barulah saya tahu,bahawa Hp B itu akan saya pinjamkan kepada kawan saya yang kehilangan hp nya.

Nampakkan?

Betapa kejadian atau insiden dalam kehidupan kita saling berkaitan antara satu sama lain.

Pernah juga berlaku kepada saya,saya membeli ubat stapler ketika SPM. Namun,tak saya gunakan sehingga la saya tahu,saya membelinya untuk digunakan di universiti nanti.

Manusia tak akan nampak semua ini,kerana kebanyakkannya hanya mengambil mudah perkara tersebut. "ala,kebetulan aje tu" namun,benarkah semua ini kebetulan? atau semuanya sudah tersurat?


Firman Allah dalam ayat 115 surah Al-Mukminun yang bermaksud : Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami

4 comments:

miss_alin said...

salam..

tertarik dgn post ini..
segala yg terjadi mmg telah tersurat..cuma kita sbg manusia perlu merenung dan berfikir kembali hikmah disebalik semua kejadian..
=)

husnayaacob said...

XD
bagus F

ifab2004 said...

hehe~thanks everyone!

uthrujjah said...

sy pon ada 2 fon...betulk gak,,da lama simpn x guna,tup2 fon adik plak rosak,so sy bg je yg tu...bgus tlisan penulis,,syabas=)