CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 2, 2009

dont think you are,know you are..

Ramai manusia yang sering kali berfikir mereka boleh. Berfikir yang mereka mampu,sedang jauh di dalam diri mereka, mereka sendiri tak yakin dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka masih lagi meragui kemampuan mereka sendiri. Seringkali, apabila duduk termenung, berbagai soalan negatif muncul di benak mereka.

Dan mereka yang pada mulanya berfikir mereka mampu melakukannya, akhirnya mula goyah. Mula menjadi gerun dan takut. Takut pada sesuatu yang mereka sendiri ciptakan. Takut kepada matlamat mereka yang mungkin agak terlalu tinggi. Walhal,mereka belum lagi mencuba. belum lagi mereka menjejakkan kaki untuk cuba menggapai cita-cita mereka. Mereka terus mengubah pendirian, dan memilih cara yang kurang berisiko, serta melupakan apa yang mereka impikan suatu masa dahulu.

Ketika mereka mula berfikir mereka tidak mampu melakukannya, mereka telah menjadi orang-orang yang kalah. ya,kalah. Mengapa? ini kerana, mereka umpama seorang manusia yang berdiri di hadapan sebuah gunung. Dari kejauhan mereka melihat gunung tersebut begitu rendah dan percaya yang mereka mampu untuk menawan puncak gunung itu. Pabila mereka benar-benar berada di hadapan gunung tersebut, melihat kepada ketinggiannya, mereka terus takut dan membatalkan niat mereka.

walhal, mereka tahu, mereka belum lagi mencuba. Belum lagi berusaha. Padahal, telah ada manusia lain yang berjaya menawan gunung tersebut. Lihat? Jika pernah ada manusia yang berjaya dan mampu berbuat sedemikian, mengapa mereka tidak mampu?

Semuanya adalah kerana apa yang mereka fikirkan. Ya, semuanya bergantung kepada minda kita. Mindalah yang mengawal segala pergerakan tubuh kita. Jika kita bersungguh-sungguh memikirkan yang kita mampu, maka, untuk saat itu, kita benar-benar mampu.

Pernahkan kita dengar cerita seorang lelaki, yang lari dikejar anjing,lalu ketika sedang berlari itu,ada pula di hadapannya sebuah pagar yang agak tinggi. Tak pernah dalam hidupnya melompat pagar setinggi itu. Tapi ketika itu, mindanya mengatakan dia "boleh!" dan akhirnya, dengan mudah dia boleh melepasi pagar tersebut.

Pabila dicuba sekali lagi untuk melompat dalam keadaan biasa, kelihatan lelaki itu tidak mampu.

Lihat perbezaannya. Bagaimana kuasa minda memainkan peranan yang penting dalam menjana kejayaan dalam kehidupan kita.

suatu dialog yang amat saya gemari ketika menonton filem Matrix dahulu,

"dont think you are, know you are"

"Jangan fikir kamu boleh,ketahuilah yang kamu boleh!"

0 comments: