CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 8, 2010

Jawatan dan pangkat

Salam
bertemu lagi kita dalam ruangan blog yang berada di alam virtual ini. Walau pun mungkin kita saling tak mengenali antara satu sama lain, tapi ini tidak menghalang kita untuk saling ingat-mengingati bukan?

Kali ini,apa kata kita buka minda, kita kusutkan sedikit otak kita dengan satu persoalan lazim yang biasanya berlaku di kalangan kita sendiri.

Kita biasa mendengar orang menolak untuk di berikan jawatan yang tidak mendatangkan laba seperti jadi S/U, bendahari dan sebagainya.

Alasan mereka: tak mahu memikul amanah,bimbang tak mampu nak menjalankan tugas dengan baik. Ada juga yang mengatakan diri mereka tidak layak untuk menjalankan tugasan tersebut.

Cuba bayangkan jika semua manusia bersikap sedemikian, siapakah yang akan menjadi pendakwah? Siapakah yang akan berani menyuarakan kebenaran jika semua kita tak mahu memegang jawatan atau menjalankan amanah?

First sekali,kita kena fikir, bukan kita yang menilai siapa diri kita. Orang lain, bukan mudah-mudah mahu beri jawatan dan amanah pada kita. Sure mereka dah nampak potensi dalam diri kita. Jika kita tolak jawatan itu, dan jawatan itu terpaksa diberikan kepada manusia yang tidak layak, adakah kita sanggup melihat amanah itu terbengkalai akhirnya? tidakkah nanti wujud penyesalan dalam diri kita? Sedangkan kita tahu, andai kita yang menjalankannya, hasilnya akan lebih baik?

Persoalannya
wajarkah kita menolak jawatan tersebut?

Pada pandangan saya, tidak wajar. Ini kerana, jika perkara ini wajar dilakukan, nescaya Abu Bakar, Umar,Usman dan Ali akan menolak untuk menjadi Khalifah memandangkan tugas tersebut amatlah berat tanggungannya.

Jadi, cuba kita belajar dari sirah silam. Jika mereka tidak menolaknya, mengapa kita perlu? Sedangkan jika dibandingkan, amanah mereka lebih berat berbanding kita. Apalah sangat kerja bendahari atau setiausaha jika dibandingkan dengan memimpin kaum muslimin?

Fikir-fikirkanlah.

2 comments:

miss_alin said...

agree with that =)
mungkin kita rasa sudah bz dengan kerja sendiri tapi apa salahnya mengaktifkan diri dalam bnda2 yg membntu agama Allah juga kan.
Allah lebih mengetahui segala yg terbaik dan ada sebab Dia bagi kita jawatan tu..Allah sayangkan kita dan Allah tahu kita akn mmpu untuk buat.
(^,^)

Arrharatnasari Kachong Ma'arof said...

"Jadi, cuba kita belajar dari sirah silam. Jika mereka tidak menolaknya, mengapa kita perlu?"

Bagus!teruskan amanah yang terpikul di pundak.

Pemimpin yang utuh adalah insan yang mampu membezakan antara urusan peribadi dan professional.Jangan mudah goyah!